Monday, November 30, 2009

Ibu,Kau di sini rupanya........(siri 4)


Selesai solat maghrib secara berjemaah, ketujuh-tujuh sahabat ini tadi duduk bersila menhadap satu sama lain. Semuanya saling berpandangan dan membisu seribu bahasa. Tiada siapa yang bersuara untuk memulakan bicara.  Tidak lama kemudian muncullah che ani, isteri kepada Shahar membawa minuman pemuas dahaga sejak siang tadi. Wak Izwil tanpa membuang masa terus sahaja minum air kopi tersebut diikuti oleh Mat Yong dan lain-lain. Lega rasa tekak Mat Yong dibasahi air kopi yang sedikit kelat tersebut.
Mat Yong, abg faham niat kamu itu baik dan murni, tetapi abang rasa tindakan kamu itu terlalu terburu-buru. Kamu membuat keputusan setelah mendengar cerita dari Wak Izwil, tanpa mengetahui kebenaran kata-katanya itu. Abang tidaklah menyatakan wak Izwil menipu kamu tetapi  Wak Izwil sendiri belum pernah menemui ibumu, lantaran bagaimana kamu memastikan kesahihan ceritanya? Kenapa tidak bertanya kepada kami, saudaramu yang lebih berpengalaman? Shahar memulakan bicaranya. “ Betul kata Shahar itu Mat Yong, jangan nanti menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Kita ini ibarat batu-bata untuk sebuah rumah, tiada satu tiadalah sempurnanya rumah itu.” Sambung Landak Adan pula.
jadi abang Shahar dan abang Landak kenal ke dengan ibuku itu?” soal Mat Yong bersemangat. “Mmm..nak kata kenal sangat tu idak le, tapi seperti yang abang kata tadi, setakat yang dikhabarkan kepada abang sahaja” jawab Shahar pula. “ ibumu itu adalah seorang yang sangat tinggi ilmunya, tiada tandingannya di kampung tualang tujuh ini sejak sekian lama. Dengar kisahnya ibumu jualah yang telah mengasaskan kampung ini bersendirian tanpa bantuan dari sesiapapun. Ramai yang ingin bertemu ibumu demi untuk mendapatkan ilmunya yang tiada tandingan itu. Ibumu jualah yang telah mengasaskan perguruan silat belangkas kita ini yang dulunya dikenali dengan perguruan seni berperang pada asalnya. Namun tidak ramai yang dapat bertemu dengan ibumu malah dengar katanya terlalu ramai yang terkorban di dalam perjalanan mereka. Sebab itu perkara ini seboleh-bolehnya dirahsiakan kerana khuatir menjadi bencana kepada kampung kita ini.” Sambung Shahar lagi.
Benar kata-kata Shahar itu, abang juga pernah mendengar di surau bahawa ibumu juga adalah seorang yang pemalu, namun gembira sekiranya ada orang yang berjaya menemuinya. Namun kebanyakan mereka yang telah menemui ibumu semuanya telah mengunci bibir mereka rapat-rapat. Katanya itu adalah sumpah setia antara mereka dengan ibumu itu. Khabarnya ada seorang sahaja yang dibenarkan oleh ibumu supaya menyampaikan amanatnya namun abang pun tidak pernah berjumpa dengannya. Ibumu juga selalu bersembunyi dan amat jarang memunculkan dirinya. Ibumu mempunyai ilmu   pelimun dan perabun, malah ilmu bisik semar, semua yang kau fikir, kau perbuat, niatmu ikhlas atau tidak, semuanya diketahuinya sebelum sempat kau berjumpanya. Sebab itulah amat sedikit orang yang boleh bertemunya. Pendek kata kalau niat tak baik, memang jangan haraplah”. Landak Adan meneruskan kata-kata Shahar.

Wednesday, November 25, 2009

Aura Dalaman...... Bleach! Go Ichigo! Gambate neh!


Siapa yang penah baca komik Jepun Bleach? Kisah mengenai seorang remaja Jepun di Bandar kakakura yang nakal dan boleh nampak hantu atau dipanggil 'hollow' di dalam komik tersebut. Bagaimana beliau boleh melihat hollow secara semulajadi sedangkan orang lain tidak boleh kecuali beberapa orang sahaja seperti Ishida Uryuu? Anda boleh terus membaca kisah menarik ini di laman "onemanga".


Jadi kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai aura. Pernah disebut oleh abg Fakir di dalam blognya alam sukma mengenai mengesan serangan dari musuh, lawan atau kawan.

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan tenaga atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Copyright CVT

_________________
http://paranorms.openu2.com


Monday, November 23, 2009

Semua Bala Dianggap Ringan Kecuali Putus Persahabatan


KETAHUILAH bahawa BUKAN tanda setia kepada kawan dengan menyetujui mengenai perkara yang menyalahi kebenaran Islam, bahkan wajib kamu tentang kebatilannya dan nasihatilah kerana Allah Taala, agar dia tidak meneruskan tindakannya yang bercanggah dengan agama. Sebahagian tanda ikhlas dan benar dalam bersahabat ialah amat gelisah hati, apabila tidak sehaluan dalam perkara yang boleh menyebabkan berbalah (mufaraqah) antara kedua pihak yang bersahabat.


Sempurna kesetiaan dalam persahabatan iaitu tunjukkan rasa dukacita sangat andainya terpaksa mufaraqah dengannya. Sedaya mungkin elakkan putus hubungan dengan sahabat.Seperti dinyatakan syair Arab yang bermaksud "Didapati segala bala yang menimpa pada sepanjang masa semuanya ringan untuk ditanggung kecuali apabila terpaksa putus hubungan dengan sahabat yang rapat". Dalam persahabatan sedaya mungkin elakkan daripada berlaku putus hubungan, kerana perkara itu amat berat ditanggung oleh orang yang menganggap amat penting persahabatan.


Seorang alim yang bergelar Ibnu Uyainah apabila membaca syair tersebut lalu berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai sahabat setia yang telah 30 tahun tidak bersua dengannya. Meskipun telah begitu lama, namun hasrat dan keluhannya belum hilang dari hatiku, jangankan tutur kata dan budi bahasanya yang manis dan indah makin sukar untuk dilupakan."


Sebagai tanda setia dengan sahabat, jangan cepat percaya acuman manusia perkara negatif terhadap sahabat itu, lebih baik jika bertanya secara langsung dengan dirinya sendiri untuk mendapat penjelasan bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.


Begitu juga setengah daripada tanda setia kepada sahabat ialah elakkan daripada berkawan dengan musuh kepada sahabat kita itu, kerana perbalahan itu mesti mempunyai punca tertentu. Sedangkan Islam mengajar manusia agar bersahabat hanya dengan orang Soleh.Bagaimanapun wajar bertemu dengan seteru sahabat kita andainya berhasrat mencari jalan untuk mendamaikannya, sekiranya disetujui oleh sahabat kita itu. Jika tanpa persetujuan sahabat dikhuatiri akan melebarkan jurang permusuhan mereka berdua.


Imam Syafie r.a berkata: " Apa bila sahabatmu taat dan percaya pada kata-kata seterumu,beerti kedua-duanya berkongsi untuk bermusuh denganmu." Justeru itu dalam persahabatan hendaklah waspada terhadap anasir yang boleh meluaskan lagi medan permusuhan, andainya terjadi perkara yang negatif akan hancurlah nilai persahabatan yang dibina selama ini.


Adab dalam persahabatan seterusnya ialah perkara memandang ringan, usah mengada-ngada sehingga menyusahkan kawan-kawan. Elakkan daripada membuat sesuatu yang menyusahkkan mereka kerana persahabatan kita. Dianggap tidak bijak dalam melakukan sesuatu urusan dalam persahabatan yang terjalin,jangan bebankan sesuatu tugas yang musyaqqah buat dirinya. Mungkin kerja itu dilakukan kerana kesan pengaruh orang yang menyuruh itu adalah gurunya atau sahabat yang disegani.


Bahkan menjadi kewajipan apabila bersahabat sayugia melapangkan jiwanya, agar dia merasa segar bersahabat dengan kita. Orang rasa bahagia dan gembira bersahabat dengan kita, sama ada kerana kesantunan budi bahasa atau sumbangan harta benda kita. Biarlah seseorang itu lega jiwanya apabila bersahabat dengan kita. Jika sepanjang masa bersahabat saling tidak merasa tenang jiwa walau sekali, ertinya kita gagal dalam mengharungi persahabatan. Ini kerana tidak berjaya saling mendamaikan jiwa masing-masing.


Setiap orang jika berkawan baik murid dengan guru atau kawan sepejabat hendaknya orang merasa senang ketika kita ada bersama mereka, sebaliknya merasa pilu dan rawan dengan ketiadaan kita bersamanya. Jika suasana demikian wujud bererti persahabatannya berjaya. Oleh itu jangan sesekali kamu memberatkan orang atas nama persahabatan, seboleh-bolehnya manusia semuanya merasa senang dan gembira belaka dengan kehadiran kita. Saling bantu membantu atas jalan kebenaran serta taqwa dan tidak saling membantu atas kejahatan, seperti yang ditegaskan oleh firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2.


Erti kasih Allah SWT ialah minta tolong sahabat memperbaiki agama kita begitu jiga sebaliknya, saling ingat mengingati misalnya; hulurkan kain apabila masuknya waktu solat fardhu, terhadap kawan yang kurang ambil berat tentang mustahaknya solat pada awal waktu.


Usah dijadikan dalih tidak solat berjemaah di masjid atau musolla kerana tetamu datang ke rumah, sewajarnya beri tunjuk ajar kepada sahabat yang bertamu ke rumahnya dalam perkara yang mustahak, supaya dia mendapat manfaat daripada persahabatan dengan kita. Bersahabat selain hendak tumpang agama dan senang hati apabila berjumpa, juga untuk tumpang rapat (taqarrub) dengan Allah SWT, semoga tercapai hajatnya kerana dia seorang yang soleh dan bertaqwa.


Berkata sesetengah ulama: "Kalau meminta sesuatu yang tidak munasabah daripada sahabatnya, beerti dia telah menzalimi dirinya. Sesiapa yang tidak meminta sesuatu daripada sahabatnya, hakikatnya dia telah berbudi kepada sahabatnya.


Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; HARAKAH 3 - 5 ZULHIJJAH 1430/ 20-22 NOVEMBER 2009 (Fikrah, F6)

Ibu.. Kau di sini rupanya... (siri 3)


Semua mata tertumpu kepada Wak Izwil. Bulat mata Landak Adan menjegil kearah Wak Izwil. Wak Izwil memang dikenali suka membawa berita, pantang ada cerita semuanya ingin disebar. Ada orang kampung yang memanggilnya Wak Tempayan. Walaupun begitu, namun kata-katanya bukanlah kosong semuanya tapi berisi jua kadangkala. Cuma bagi orang kampung yang tidak mengenalinya memang tidak akan memahami maksud kata-katanya sekali-sekala.


Cuma kali ini memang Landak Adan agak marah dengan wak kerana telah menyebarkan mengenai perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Namun Wak Izwil tetap dengan wajah selambanya dan tersengih-sengih ibarat kerang busuk sambil memandang sahabatnya, Mat Yong. Baginya tiada salahnya menceritakan mengenai kisah Ibu Mat yong walaupun memang diketahuinya menjadi rahsia umum.

Sekali lagi semuanya senyap. Sebenarnya kisah mengenai ibu Mat Yong memang menjadi satu rahsia bagi orang kampung Tualang Tujuh. Seboleh-bolehnya dirahsiakan perkara tersebut kerana boleh menimbulkan bencana. Tidak ramai yang mengetahui kisah sebenar ibu Mat Yong. Jika tahu sekalipun, kebanyakan dari mereka akan merahsiakan perkara tersebut. Mereka yang tahu pun kebanyakannya telah pun pergi menemui kerinduan mereka. Semua kebanyakannya telah kembali menghadap Allah S.W.T.

Jika orang yang pernah menemui ibu Mat Yong apatah lagi, seolah-olah dikunci terus mulut mereka, dikerat lidah pun belum tentu mereka akan ceritakan. Katanya itu adalah sumpah dan janji mereka bersama ibu Mat Yong agar tidak mendedahkan identitinya kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri mereka sendiri. Kebanyakan yang kembali setelah berjumpa dengan ibu Mat Yong menjadi seolah-olah orang yang sasau. Aneh sekali perlakuan mereka dan kerapkali tidak difahami oleh penduduk kampung.

Namun mereka ini tidak pernah menyusahkan kehidupan orang lain, jika dilihat sifat mereka memang suka membantu. Malah mereka ini biasanya orang-orang yang hatinya sentiasa lekat di surau usang di Kampung Tualang 7 setiapkali azan berkumandang. Cuma sesekali sahaja perlakuan mereka yang sukar difahami malah ada yang memanggil mereka ini sudah gila.


Pernah ada seorang tua yang benar-benar mengenali ibu Mat Yong, beliau selalu membawa cerita-cerita mengenai ibu Mat Yong, , sifatnya, panggilannya dan sebagainya, namun beliaupun telah lama kembali ke pangkuan Allah Azzawajalla. Sahabat-sahabat yang rapat dengan orang itu tadi pun semuanya telah tiada lagi. Beliaulah satu-satunya orang yang dibenarkan oleh ibu Mat Yong untuk mendedahkan dirinya dan menjadi pemegang amanah pada masa itu,namun kini beliau sudah tiada lagi.

baiklah, mari kita pulang ke rumah aku dahulu, akan kuceritakan serba sedikit mengenai ibumu setakat yang dikhabarkan kepadaku. Bersabarlah, haripun sudah lewat petang,nanti akan kuceritakan kisahnya sebagai panduanmu untuk mencarinya nanti..” Shahar memberikan pandangannya dan semuanya terus bersetuju. Landak Adan langsung tidak berkata apa-apa, namun riak wajahnya dilihat seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Mat Yong juga terpaksa rela bersetuju dengan cadangan Shahar dan akhirnya semuanya terus membuntuti Shahar seolah-olah ada tali ghaib yang menarik mereka.

Memang semua maklum, Shahar tinggi ilmu kependekarannya. Hidup matinya hanyalah silat sahaja. Sebab itulah orang kampung melantiknya sebagai ketua kampung. Entah ilmu apa yang dipakainya, setiap kata-katanya jarang tidak diikuti. Malah Pak Azmi, gurunya juga mengiktiraf kehebatan ilmu anak murid kanannya itu. Hanya Poka sahaja yang mampu menegurnya, itupun bukan semua perkara. Pernah sekali Shahar mengamuk apabila ada orang luar yang cuba mencabar gelanggangnya, sampai terpatah dua pokok pinang yang tumbuh di gelanggang silat mereka. Sehingga kini masih ada kesan amukannya itu. Hampir sahaja pokok itu terkena Wak Izwil, nasib baik sempat ditepisnya dengan Gerak Lunan Selatannya yang pernah dipelajarinya dahulu.

Shahar bukanlah calang-calang orangnya. Beliau sebelum ini pernah berguru dengan Guru Andika dan Ngah Ghapur dalam perguruan Sendi Sakanya, malah kedua-dua guru ini juga adalah merupakan legenda dalam ilmu kependekaran di hulu Tanah Tualang 7 ini. (bersambung….)

Monday, November 16, 2009

Ibu.. Kau di sini rupanya... (siri 2)

Lalu bergegaslah keenam-enam sahabat ini tadi cuba mengejar Mat Yong sebelum dia pergi terlalu jauh. Bagi mereka Mat yong adalah seperti adik mereka sendiri. Segala keperitan, susah dan senang semuanya ditanggung bersama semenjak mereka saling berkenalan. Walaupun mereka pada asalnya pada aliran perguruan yang berbeza, Shahar dengan Perguruan Sendi Sakanya, Landak Adan dengan Perguruan Harimau Mengaum, Wak Izwil dari perguruan Liat Selatan, Mat Yong juga dari Perguruan Sendi Temenggung, ada pula dari perguruan Sendi Siam, dan sebagainya namun hati mereka seolah-olah telah terikat semenjak berguru dengan Pak Azmi sekian lama. Falsafah dan ajaran Pak Azmi yang terkenal kependekarannya itu telah berjaya mendidik mereka ini dan anak-anak muridnya yang lain supaya sentiasa sepadu dan sejalan dalam menghadapi apa jua keadaan dan rintangan yang mendatang. Itulah yang menjadikan mereka ini semua agak rapat dan hubungannya terasa seperti saudara sendiri.

Terhenti langkahan Mat Yong apabila terdengar ada orang yang memanggilnya sayup-sayup. Lalu dipalingnya dan mendapati keenam-enam abang seperguruannya melangkah laju ke arahnya. Sedikit gusar namun darah kependekarannya yang mengalir dari keturunan ayahnya itu menggagahkan dirinya untuk berhadapan dengan kekanda seperguruannya itu. Dikesatnya peluh jantan yang bercucuran di dahinya dan segera menghentikan langkahnya.

“ Kenapa kau pergi tak bagitau kami? “ sergah Mat Rizan sambil mencekak pinggang. Tertunduk Mat Yong membisu seribu bahasa,takut bertentang wajah dengan Mat Rizan. Dikejapnya bibir sambil menunjukkan muka seolah-olah orang yang tidak bersalah.

“ Kenapa tiba-tiba kau nak pergi cari ibumu? Apa kau tak selesa tinggal di Kampung Tualang Tujuh ni? Di sini kau ada kami, sahabatmu, ada rumah tersergam indah memukau jiwa setiap yang melihatnya, malah ada tanah seluas saujana mata memandang. Lagipun sudah lama kau menetap disini, kenapa kau nak susahkan diri menempuh perjalanan jauh dan sukar untuk mencari ibumu yang entah di mana? Bagaimana dengan hartamu, ladangmu, emas dan permatamu?” sambung Mat Rizan lagi.

Ikut hati, mahunya di ‘silat’ Mat Yong seperti yang selalu dibuatnya sewaktu Mat Yong masih lagi remaja dahulu. Sunyi seketika suasana di situ, hanya kedengaran nafas mendengus sekali sekala serta suara cengkerik yang memecah suasana.

“ Aku rindu akan ibuku” perlahan suara Mat Yong memecah keheningan. “Kenapa baru sekarang?” sampuk Poka yang dari tadi mendiamkan diri. “Sebenarnya….. sudah lama aku mendengar pelbagai cerita mengenai ibuku yang telah lama menghilang dari orang-orang kampung. Tapi selama ni aku tak kisah pun. Semalam Wak Izwil bercerita mengenai ibuku dengan agak panjang lebar menyebabkan semalaman aku tak tidur memikirkan ibuku dan akhirnya akupun mengambil keputusan untuk mencarinya pada hari ini.” panjang penerangan dari Mat Yong. Harapannya dengan cerita tersebut akan memuaskan hati kekanda-kekandanya.

“ Abang tak salahkan Mat Yong keluar mencari ibu, tapi kenapa Mat Yong tidak memaklumkan kepada kami? Mat Yong rasa kami akan menghalang hasrat Mat Yong ke?” soal Poka. Kelihatan Mat Yong mengangguk lemah. “Hmmm……” dengus Mat Dami sambil memerhati Mat Yong... (bersambung)

Monday, November 9, 2009

Ibu.. Kau di sini rupanya...

"Ke mana kau nak pergi tu Mat Yong?" kedengaran Wak Izwil melaung bertanya rakan baiknya, Mat yong. "Nak pergi cari ibu" balasnya ringkas. Terkejut Wak Izwil dengan jawapan rakan baiknya itu kerana setahunya selama 10 tahun berkenalan, tidak pernah sekalipun si Mat Yong bercakap mengenai ibunya. Memang Wak Izwil pernah dengar akan kisah ibu Mat Yong satu ketika dulu, namun sudah agak lama. Itupun didengarnya dari pak lebai dan orang-orang tua yang selalu bersembahyang di surau usang di hujung kampung berhampiran rumah Ahmad Kerbau.

Sesekali pernah juga didengarnya kisah ibu Mat Yong dari Pak Azmi, guru silat Belangkas di kampungnya yang terkenal dengan kehebatan ilmu persilatannya. Pernah sekali ditanya akan guru silatnya itu semasa latihan, ke mana menghilangnya ibu Mat Yong, merajuk sekian lama,langsung tak pernah pulang menjenguk anaknya. "Kau cari la sendiri" jawab gurunya selamba. Sejak itu tidak pernah lagi ditanya Wak Izwil kepada guru silatnya itu akan perkara tersebut.

Lalu Wak Izwil pun berlari secepat mungkin untuk menyampaikan khabar tersebut kepada beberapa lagi rakan seperguruan mereka yang lebih tua, Poka, Mat Dami, Mat Rizan, Landak Adan dan Shahar mengenai Mat Yong yang keluar merantau sendirian mencari ibunya.

"Kenapa dia pergi tak beritahu kita, apa dia fikir dia sudah dewasa, sudah dalam ilmu di dada?!" bentak Mat Rizan dengan memek muka menampakkan geram akan perlakuan adik bongsu seperguruan mereka yang terburu-buru pergi tanpa memaklumkan kepada mereka, abang seperguruan Silat Belangkas '

"Biarlah, dia sudah dewasa, biarlah dia buat keputusannya sendiri dalam hidup..." balas Poka yang lebih tenang. Memang semua maklum akan perangai Mat Rizan yang panas baran namun kerap membuat rakan seperguruannya ketawa kerana sikapnya yang kelakar dan suka bercakap.

"Aku tak peduli pun, lantak dia la nak pergi manapun.." sampuk Mat Dami sambil melurut janggutnya yang tinggal sejemput. Kurang 3 bulan, genaplah sudah 6 tahun Mat Dami memencilkan diri dari dunia persilatan.

'"Jangan begitu, mari kita kejar Mat Yong dan jumpa dengan dia sendiri sebelum dia pergi jauh..'"balas Landak Adan yang terkenal dengan kepetahannya menyusun kata dan sesekali menjadi imam di surau kampung mereka walaupun berbadan agak kecil berbanding rakan seperguruannya yang lain.

'"Elok benar pada pandangan Landak Adan tersebut, Mat Yong masih mentah dan perlukan nasihat dari kita yang lebih tua.. " ujar Shahar yang berbadan tinggi dan tegap merasionalkan keadaan. Semua senyap dan setuju dengan pandangan Shahar yang merupakan guru Kaka Silat Belangkas dan juga Ketua Kampung Tualang 7.

Gembira Wak Izwil mendengar keputusan dari rakan seperguruannya untuk mengejar Mat Yong kerana Mat Yong adalah adik seperguruan mereka yang paling muda, dan paling rapat dengannnya serta suka bertindak terburu-buru. ( Bersambung...)



Sunday, November 8, 2009

Remaja Itu

'Anwar ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri'... terhenti hayunan tangan seorang anak remaja berumur 15 tahun yang sedang menggosok baju sambil memakai tuala dek kerana tersentak dengan berita pukul 7 pagi pada suatu pagi pada bulan september 1998 di sebuah bilik di asrama sekolahnya.. tidak percaya dengan apa yang didengarnya,lalu dia berhenti menggosok baju untuk mendengar berita selanjutnya,dan........ sah! memang DS Anwar Ibrahim dipecat kerana salahlaku LIWAT!

Begitu cepat berita tersebut tersebar di sekolah sehingga seharian remaja itu dan rakan-rakannya hampir tidak belajar kerana topik tersebut menjadi perbualan yang sangat hangat dalam sejarah hidup remaja tersebut. Ada segelintir yang menyokong dan lebih ramai yang tidak percaya..

Namun anak muda yang masih remaja itu hampir tidak percaya kerana DSAI diketahuinya hebat,amanah,menyayangi rakyat dan berkarisma.. Berita TV3 menayangkan ucapan DSAI di masjid negara dan masih lagi terngiang-ngiang di benaknya sehingga kini.. "saya percaya kepada DS Dr. Mahathir.. saya akan berbincang dengannya,rakyat diminta bertenang..." Seingatnya begitu..

"Reformasi!! Reformasi!! Remormasi!!" Bergema laungan dari rakyat bersama idola mereka DSAI di masjid negara setelah perbincangannya bersama DS Mahathir menemui jalan buntu. Oleh kerana tidak sanggup menjadi lembu yang dicucuk hidung, dan demi mempertahankan maruahnya yang terhina kerana tuduhan tersebut, tiada televisyen dan suratkhabar perdana yang sanggup memberi ruang untuknya membela diri, DSAI memilih masjid negara menjadi medan penerangan.. Masa terus berlalu,DSAI ditangkap,dipukul,dihina,dipenjara, dan akhirnya dibebaskan....

Kini usia anak remaja tersebut telahpun menginjak dewasa. 11 tahun masa berlalu dan anak remaja tersebut telahpun bekerja di salah sebuah agensi kerajaan di negara ini. Kes DSAI ini telah mengenalkan anak remaja tersebut dengan idolanya kini, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang disangkanya sesat suatu ketika dulu semasa tingkatan 1 ketika ibubapanya masih ahli UMNO dan pernah memegang jawatan S/U UMNO Cawangan pada tahun 1984 - 1995.

Anak muda ini tidak lagi keliru, malah berikrar dengan dirinya untuk terus menyokong perjuangan yang dibawa TGNA dan sahabat-sahabatnya ini sampai akhir hayatnya selagi dasar mereka tidak pernah berubah.. Terima kasih DSAI, kerana semangat tuan yang tidak pernah luntur, dapatlah anak muda ini mengenali yang mana intan yang mana kaca akhirnya..

Ya Allah.. Tabahkan hati anak remaja itu, berikan anak remaja itu petunjuk untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.. Amin

Thursday, November 5, 2009

Pak Pandir Vs 'Shit'.......

Suatu hari Pak Pandir bersiar-siar di kampungnya mengambil angin petang.. Sedang beliau leka menghirup udara petang yang sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba beliau terpijak sesuatu.... lalu ditenungnya 'benda' yang dipijaknya itu sambil terfikir :

'Ape kebendanya yang aku pijak ni? Pelik semacam je, Nampak macam bubur lambuk! Sape dia la yang tumpahkan bubur ni kat sini... Ehh?? Ni t**k lembu ke bubur lambuk?? Aku rasa aku ni terpijak t**k lembu! Tapi betul ke t**k lembu.........ke bubur lambuk?' ' Ishh,xpueh hati aku,baik aku pegang... Eh,memang lembik macam t**k lembu la... mesti t**k lembu ni!! Tapi betul ke t**k Lembu?' Sniff...Sniff... 'betul la,memang bau t**k lembu ni! Hmmmm......... betul ke t**k lembu ni?? slurpp...slurrpp... Sah!!!! Memang rasa t**k Lembu!!!!!

Lalu Pak Pandir pun pergi dengan bangganya kerana tahu yang beliau sebenarnya telah terpijak tahi lembu..
(sumber : E.A.K.W)

Ps : yang korang dah tau tu 't**k', memang dah sah mende tu 't**k'! Tengok pun kita dah tau 'mende' tu t**k, takkan nak jilat baru korang tau mende tu suma 't**k'!! T**k rasuah, t**k judi, t**k zina, t**k penipu, t**k segala macam t**k! Jilat la!! Jilat sampai abih!!
Bak kata abg Fakir, " kau jawab la kat akhirat!!"

I am smarter than Einstein (siri 2)

Assalamualaikum... hari ni kita teruskan dengan aktiviti melatih penggunaan otak kanan..

11 x 0 = 0
11 x 1 = 11
11 x 2 = 22
11 x 3 = 33
11 x 10 = 110
11 x 11 = 121
11 x 14 = 154
11 x 29 = 319
11 x 45 = 495
11 x 85 = 935

bagaimana anda mendarab tanpa menggunakan calculator????
begini caranya..

11 x 15 = 1 5 [kekalkan nombor yang didarabkan]
= 1 (1+5) 5 [ nombor yang tengah adalah hasil tambah dari dua nombor tersebut].
= 165

mari cuba lagi..

1 ) 11 x 47 = 4 (4 + 7 ) 7 = 4 (11) 7 = 517

2) 11 x 81 = 8 (8+1) 1= 891

3) 11 x 21 = ??

4) 11 x 63 = ??

selamat mencuba!!!

Monday, November 2, 2009

I am smarter than Einstein..

12 x 0 = (0+ 0) 0 = 00
12 x 1 = (1 + 0) 2 = 12
12 x 2 = (2 + 0)4 =24
12 x 3 = (3 + 0)6 =36
12 x 4 = (4 + 0)8 =48

12 x 5 = (5 + 1)0 =60
12 x 6 = (6 + 1)2 =72
12 x 7 = (7 + 1)4 =84
12 x 8 = (8 + 1)6 =96
12 x 9 = (9 + 1)8 =108

12 x 10 = (10 + 2)0 = 120
12 x 18 = (18 + 3)6 = 216
12 x 25 = (25 + 5)0 = 300
12 x 34 = (34 + 6)8 = 408
12 x 234 = (234 + 46)8 = 2808

Selamat mencuba!!
Train your own brain....
Gunakan otak kanan anda...
tips : jangan hafal atau guna kalkulator..