Saturday, June 26, 2010

INGIN HIDUP SELESA?

Kau ingin hidup selesa?
mudah saja..
kau kunci bibirmu sekedap-kedapnya
jari-jemari kau kakukan dari menulis berita
kakimu kau goyangkan sepuas-puasnya
kepalamu kau gunakan untuk mengangguk saja

Masih ingin hidup selesa?
di sekeliling kau buat tak tahu saja
janji kau boleh makan,minum,buang dan bersenyawa
Hal orang kau jangan pedulikan semua
cukup bulan kau baca penyata
selagi ada duit, kau cukup bahagia

Nak hidup selesa lagi?
Perjuangan apa kau buang semua
membazir masa pertaruh nyawa
silap dicatur buruk padahnya
orang lain kau biarkan saja
pujian tak dapat badan celaka
tunggu saja sampai habis nyawa

IBNU HARON

4 comments:

tgn besi said...

aku ingin hidup selesa.tidak brbuat dosa sesama manusia..

Gelojak_Jiwa said...

selesa di dunia atau di akhirat sahabatku?

tgn besi said...

brjuang dn myakiti hati manusia tnpa disedari atau mjauhkn diri dn hidup selesa tnpa risaukn dosa sesama manusia.mana yg kau pilih?

Gelojak_Jiwa said...

itulah beza pejuang dan orang sufi..

Tarafnya berbeza sahabatku.

Nabi dibenci,diugut bunuh, Abu bakar diracun, Umar ditikam, Usman disembelih, Ali terbunuh kerana perang. Mereka semua menyakitkan hati golongan kuffar, dibenci sebenci-bencinya.

Tidakkah kau ingin seperti mereka?

atau kau ingin menjadi seperti 2 orang abid yang pertama dibalikkan Allah seperti peristiwa kaum Nabi Luth?