Thursday, August 26, 2010

Layak Zakat ke?

Selesai solat sunat Rawatib,Landak Adan terus menyambung zikirnya sementara menanti ketibaan waktu Isyak. Mat Yong kembali menghampiri Landak Adan dan memulakan perbualan.

Mat Yong : Abang Landak, nak tanya sikit la. Saya ni kan dah kerja, jadi saya nak tahu layak ke saya ni zakat? Apa syarat layak zakat ye?

Landak Adan : Zakat ni terbahagi kepada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat simpanan,zakat emas dan perak, zakat perniagaan, ternakan, tanaman dan harta rikaz selain zakat fitrah yang wajib. Zakat dikenakan apabila wang pendapatan kita dalam setahun hijrah yakni haul mencapai kadar bersamaan 85 gram emas semasa kecuali zakat ternakan,rikaz dan tanaman.

Mat Yong : 85 gram emas? Macam mana pula cara kiranya? Takkan nak derma 85 gram emas? banyak tuu!

Landak Adan : Hahaha.. Dengar biar abih.. bukan zakat sebanyak 85 gram. Maksudnya lebihan dari perbelanjaan kita yang dibenarkan syarak dalam tempoh setahun mencapai uruf iaitu bersamaan kadar 85 gram emas, maka kita akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% dari lebihan tersebut.

Mat Yong : OoOo... Jadi maksudnya,katakan gaji saya 3000 sebulan, setahun 36,000. Tolak perbelanjaan saya yang dibenarkan syarak,katakan masih ada baki lebihan 11,000, dan uruf ketika itu 10,000, maka saya kena zakat 2.5% dari 11,000 tadi la? Macam mana nak tahu perbelanjaan yang dibenarkan syarak?

Landak Adan : Yaaa..pandai punn! Perbelanjaan yang dibenarkan syarak seperti rumah, kenderaan, pakaian, makan minum, tanggungan anak-anak dan sebagainya dan boleh dirujuk pada pusat zakat akan nilainya. Ada 3 kaedah pengiraan. 1 kita kira langsam tanpa penolakan. Kaedah 2 kita kira dengan tolakan yang ditetapkan pusat zakat nilainya dan kaedah 3 kita tolak nilai sebenar perbelanjaan kita, tapi digalakkan guna kaedah 2.

Mat Yong : kalau saya ada 2 kereta?

Landak Adan : Kita kira 1 sahaja. Dua tu dah jadi nafsuuu! Tapi kalau ada 2 bini kena kira dua-dua sekali! yahuuu! hahaha!

Mat Yong : hahahaha!Maknanya saya boleh masukkan nilai sebenar setiap satu perbelanjaan kita la ye.. Kalau macam tu memang tiada lebihan la setiap tahun,nak makan sebulan pun tak cukup!

Landak Adan : Yaaa..memang benar tu! Maknanya sepanjang hidup tak payah bayar zakat la. Kita belanja je ikut nafsu kita. Kita makan banyak, beli pakaian mahal-mahal, beli kereta mahal, rumah besar,bini sampai 4, baru tak kena zakat! Ni abang nak tanya, kau tanya ni sebab nak bayar zakat ke atau sebab nak cari jalan supaya tak payah bayar zakat???

Mat Yong : Kena lagi aku....Yela,saya nak bayor la ni. Saya guna kaedah 2. Supaya harta saya berkat,InsyaAllah.

P/s Layak zakat ke? Layak kalau korang nak bayar,tak layak kalau korang tak nak bayar!! Itu pun mau tanya ke? Soalannya nak zakat ke tak nak? 

8 comments:

Gelojak_Jiwa said...

jika simpanan kita cukup haul pun kena zakat wang simpanan. kadarnya juga 2.5%

fakir al banjari said...

dah bayar zakat fitrah?

Gelojak_Jiwa said...

(terkedu) kena lagi aku.... yela,esok saya bayar la..

Gelojak_Jiwa said...

ni nak bagitau kat sape2 yang tak tau.. KWSP kena bayar zakat ye!

fakir al banjari said...

kena zakat bila dikeluarkan

kaedahnya, tunggu setahun dan guna baki terendah simpanan dalam setahun tu.
tapi pejabat zakat cadangkan keluarkan terus je zakat bila duit tu dikeluarkan, tak payah tunggu setahun.
yang betul-betull zakat jadi zakat, yang lebihnya jadi sedekah.
kalau lambat takut tak cukup lak zakat yang dibayar

Gelojak_Jiwa said...

terima kasih atas penerangan yang detail dari tuan fakir...

fakir al banjari said...

yang RM300 tu Uda bayar zakat apa?

Gelojak_Jiwa said...

hahaha! abang fakir ni suma dia tau! bahaya sungguh! itu zakat perniagaan.