Thursday, February 11, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 4) - Versi Pembetulan

Tiba-tiba 2 hari ni aku teringat kisah ni. Kisah ni berlaku rasanya pada tahun 2005. Lagipun setelah terbaca mengenai sedekah di blog Alam Sukma, maka semakin teringat aku akan kisah ni. Kisah ini berkaitan dengan orang yang nak dekati Allah dan Dia akan permudahkan..

Ceritanya bermula begini....

Pada suatu hari, tak ingat malam atau siang,salah seorang sahabatku telah mengajakku ke salah sebuah negeri di pantai timur untuk menemaninya mengambil keretanya yang eksiden  sebelum itu.

Tanpa berfikir panjang ketika itu, aku terus sahaja bersetuju walaupun cuti hanya Sabtu dan Ahad. Isnin ada kuliah pula. Entahla, ketika itu, jazam aku agak kuat , mencari makna yakin dan ikhtiar kepada Allah. Beliau menasihatkanku bahawa kita serah kepada Allah dan Allah akan permudahkan. Maklumlah,aku masih pelajar masa itu dan mana ada duit lebih.  Pada malam sabtu, jika tak salah bas pukul 12 tengah malam, kami menaiki bas dari perhentian bas di depan sekolah Khir Johari, Tanjong Malim.

Banyak yang kami bualkan pada malam itu, kami langsung tak tidur, dan pada jam 5 pagi, kami pun sampai ke destinasi. Kami menaiki sebuah kereta sapu yang kebetulan ada di situ untuk mencari surau atau masjid. Pemandunya lelaki bersama isterinya  yang tidak berhenti bercerita mengenai dirinya. Akhirnya kami singgah ke sebuah surau yang amat kecil dan agak bersepah. Ada seorang lelaki yang tidur di situ.

Kami solat Subuh berjemaah dan berjalan kaki untuk bersarapan dan akhirnya berhenti bersarapan di sebuah pasar pagi. Ketika ingin membayar sarapan kami,  pemilik kedai menyatakan yang sarapan kami telah dibayar oleh seorang makcik yang bawa anak lelaki yang kami tidak kenal. Aku agak terkejut kerana rasanya kami tidak bertegur pun dengan makcik tersebut.  Maha Berkuasa Allah yang memudahkan perjalanan kami. Memang sahabatku ada menceritakan padaku semasa berjalan kaki tadi bahawa Allah akan memudahkan perjalanan hambaNya yang berniat keranaNya. Kami pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke bengkel kereta di mana keretanya tersadai.

Aku lihat gambar keretanya dan nampak keretanya punah agak teruk dan terbalik namun dengar cerita beliau tak cedera sedikit pun. 

"Kau kena belajar ilmu kebal uda! Hahaha" itu kata-kata dia bernada bergurau bila aku bercakap dengannya dalam telefon ketika di rumahku sewaktu cuti semester. Namun aku faham maksudnya bukanlah berlagak atau berbangga, cuma memahamkan aku jika Allah kata jadi, maka jadilah!

Ketika di bengkel, aku menunggu di tingkat atas bersama beliau. Ketika itu hampir Raya Cina seperti sekarang. Kami dihidangkan dengan air kotak dan 4 biji limau mandarin sementara menunggu. Namun entah kenapa, kami rasa berat sahaja untuk menyentuh limau tersebut. Kemudian, beliau dipanggil turun kebawah. Jadi tinggallah aku seorang di tingkat atas.

Tidak lama kemudian, muncullah sebuah keluarga bersama 2 orang anak lelakinya yang agak aktif menunggu bersama aku di tingkat atas.  Kedua-dua anaknya ternampak buah limau tersebut dan meminta dengan emaknya untuk memakan buah limau tersebut. Dengan rasa baik hati dan ikhlasnya(chewah) aku terus bagi 2 biji limau kepada anak-anaknya.

"Mak,nak lagi"

"hoh, dia nak lagi?abih la limau aku!" terdetik hatiku. Tapi takpelah, budak-budak, aku pun beri lagi sebiji dengan ikhlasnya takut ibu budak tersebut malu. Tinggallah sebiji, masa tu aku terfikir, "ai,tak merasa la aku jawabnya, baik aku makan sebiji ni". Aku pun kupas buah limau tu dengan penuh sopan kerana ada pasangan suami isteri ni tadi(hehe). Habis kupas aku pun tengok budak tu dah abih makan! Laju sungguh budak tu makan! Kedua-dua budak tadi memandang limau di tanganku dengan penuh keghairahan dan seperti orang yang tak makan limau sebulan.(haha)

Aku pun terasa kasihan dan dengan ikhlasnya, aku bagi lagi separuh bahagianku, lalu menyuap dua ulas limau ke mulutku dan selebihnya aku beri pada budak-budak tadi. Kemudian mereka pun beredar, tidak lama kemudian sahabatku tadi naik ke atas dan bertanya di mana limau tadi lalu aku menceritakan padanya segala yang berlaku tadi.

Lantas sahabatku tersenyum dan menyatakan padaku  supaya meniatkan sedekah dan bertanya padaku sekiranya kami mendapat ganti semula limau itu atau tidak.  Aku hanya menjawab tidak tahu. Selepas membayar ongkosnya, kami pun duduk sebentar. Aku pun bertanya kepadanya mengapa tunggu lagi sedangkan semuanya sudah selesai. Lalu dia meminta aku tunggu sebentar sambil tersenyum mengingatkan aku mengenai nasihatnya mengenai sedekah yang akan dibalas sepuluh kebaikan selepas sarapan pada pagi tersebut.Tiba-tiba datang pekerja di bengkel tersebut menyerahkan kepada kami sekotak limau! Tergamam sambil tersenyum aku ketika mengangkat sekotak limau tersebut.

Lalu sahabatku meminta aku mengira limau tersebut dan katanya sepatutnya ada 40 biji. Lalu aku mengira satu demi satu dan jumlahnya 39 biji! Mana lagi sebiji?

Subhanallah... tersenyum lebar aku apabila teringat akan 2 ulas limau yang telah aku makan sendiri dan mungkin itulah 1  biji yang hilang tersebut. Subhanallah!

Jika difikirkan memang ketika itu aku berniat untuk belajar dari sahabatku itu mengenai pencarian hakiki dan lazimnya dengan merantau. Kerana seorang Salik itu sentiasa berjalan dan tidak pernah berhenti dalam perjalanannya.

SODAQALLAHULAZIM..

P/s Sedekah la.. jangan la kedekut.. Sedekah pada jalan Allah lagi besar pahalanya. Takkan dulu zaman mengaji sedekah RM 1, ni dah keje pun masih sedekah RM 1 jugak masa solat Jumaat padahal gaji beribu! KEDEKUT! TAIK HIDUNG MASIN! Kata seorang ust. tu dalam ceramahnya yang menyedarkan aku.  

Penafian : Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi - Riwayat Al-Bukhari

8 comments:

Gelojak_Jiwa said...

macam mana sahabat aku tu boleh tau? peliknya.. mungkin dia dah kowtim dengan bdk kecik tadi n tokey bengkel tu sebab nak bagitau mengenai pahalanya sedekah kot.

Susah payah betul dia nak wat camtu ye..

kuikui!

mautauka said...

perkara simple.

Allah yg bagitau melalui lisan member awak tu.

Gelojak_Jiwa said...

huuhhu...

nampaknya begitu...

fakir al banjari said...

rezeki uda la nak dapat pengalaman macam tu

Gelojak_Jiwa said...

itulah.. cuma ada pembetulan sedikit pada cerita tu.. Alhamdulillah..
Bak kata abang Mautauka. Dia nak bagi melalui kita,mereka atau apa-apa sahaja ikut Kehendak Dia.
Semua Dia punya.

Oghang Ba Ado said...

Wak Izwil:
..yang meminta, AKU! yang memberi AKU, yang mendapat juga AKU! KAU apa ada?

Mat Yong:
..ooo.. gitu... abes AKU boleh berak la? boleh makan la kalau gitu? bukankah AKU ini tempat bergantung sekelian makhluk?

Wak Izwil:
..ish budak ni! Ha! jadi tekalah di mana AKU?

..Mat Yong tergaru-garu kepala nak menjawab, dalam hati, "isk.. gilo orang tua ni...".

p/s: jangan mengaku-ngaku.. nanti ko akan terpedaya..

Gelojak_Jiwa said...

haha! kepala dia gatal kot, tu yang dia garu..

Aku hebat! aku hebat!

hah,aku nak mengaku jugak, apa kau nak jawab? Tanya Mat Yong kepada Wak Izwil


Wak Izwil pula yang tergaru-garu.. hehe..

Gelojak_Jiwa said...

ops.. terlondeh pulak..