Monday, February 1, 2010

Ibu.Kau Di sini Rupanya.. (Siri 9)


‘Hah,ke mana kau menghilang Mat Yong? Dah seminggu aku tak nampak kau di gelanggang. Apa hajat kau lantas ke sini?’ soal Wak Izwil kehairanan.
‘Benarkanlah aku berteduh di istanamu ini barang semalam dua. Hatiku dirundung gelisah. Jiwaku berasa gejolak,meronta-ronta seolah-olah burung yang ingin terbang bebas ke angkasa raya setelah dikurung dalam sangkar raga sekian lama.” Pinta Mat Yong sedikit lesu.
“Jika kau inginkan istana, disini bukanlah tempatnya. Aku hanya memiliki teratak usang tempat berteduh, itupun bukanlah milikku. Silalah menjadi tetamuku sehingga gelisahmu lenyap. Dengarlah alunan gurindam ini,semoga engkau beroleh ketenangan”
Bintang-bintang ke syurga..
Pertama percaya..
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah…
Kelima rela berserah..
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa… Keikhlasannya…

‘Ah,indah sungguh gurindam ini, apakah maksudnya?’ tertarik sungguh Mat Yong dengan gurindam tersebut. Seolah-olah maksudnya menggeletek jiwanya yang sedang kelesuan.
‘Itulah gurindam jiwa. Gurindam rindu kekasih kepada kekasih yang mencaribya’ jawab Wak Izwil dengan senyuman. Mat Yong terus mendengar gurindam itu berulang kali sehingga memuaskan halwa telinganya mendengar lalu tertidur lena. Baginya gurindam itu benar-benar memberikan ketenangan kepadanya. Seolah-olah pengembara yang tersesat di lautan 7  tanpa cahaya penerang  jalan dan  di kejauhan kelihatan samar-samar cahaya bintang yang menjadi petunjuk arah untuk mencari jalan pulang.
Keesokannya setelah mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, Mat yong berjalan keseorangan menuju ke Gelanggang silat Belangkas bertujuan menambah ilmu di dada.
Di gelanggang, Pak Azmi, Shahar dan Landak Adan kehairanan melihat Mat Yong seolah-olah mendapat tenaga baru. Langkahnya lebih pantas, gerak tubuh semakin tangkas, tumbukan kelihatan padu. Baru seminggu mat Yong menghilang sudah kelihatan berbeza sekali.
“apakah yang berlaku Mat Yong? Baru seminggu seolah-olah kamu sudah menjadi orang yang berlainan sekali. Adakah berkat ilmu layang tubuh tersebut?.” Soal Shahar.
“Aku berpencak, bergerak, bertari dengan kekuatan yang dianugerahiNya. Aku sedar kini bukan ilmuku yang menjadikanku hebat, dapat menghindar  bala bencana namun Dialah yang berkuasa dengan IlmuNya jua” jawab Mat yong penuh bersemangat.
Tersenyum Shahar mendengar jawapan Mat Yong tersebut.  Begitu juga Landak Adan dan Pak Azmi. Kini mereka faham bahawa Mat Yong telah mula memahami sesuatu. Namun perjalanan masih jauh, banyak lagi yang perlu dilalui oleh Mat Yong sebelum benar-benar gagah untuk mengembara jauh meneruskan pencariannya.
Sekurang-kurangnya biarlah Pelajaran silatnya mencapai peringkat gelanggang ke tujuh, barulah bersedia dalam pencarian ibunya.
Masa terus berlalu, Mat Yong dan saudaranya terus berpencak, bertari dengan membuang kemegahan terhadap ilmu yang sedikit dariNya itu.

8 comments:

fakir al banjari said...

Ilmu layang tubuh ............

ada lagi satu ilmu yang nama hampir serupa, tapi lebih best dari layang tubuh. layang tubuh ni kira sebahagian je dari ilmu yang best tu....

Gelojak_Jiwa said...

HUH? ADA LAGI KE?? HEHE...

itu bukan layang tubuh tapi layang punggung! haha!

Oghang Ba Ado said...

dilayang takpa.. asal jangan...

diTONGGEK!

Gelojak_Jiwa said...

wahaha.. Wak Izwil yang nakal..

fakir al banjari said...

yang aku masudkan ialah ilmu layan tubuh. best woo

Oghang Ba Ado said...

nak layan tubuh suruh akak layan..

kalau G_J layan jadi kes anuar nanti..

ada la yang mata lebam sebelah..

hehehehehe.....

fakir al banjari said...

maleh cakap ah. amal lagi baik

Gelojak_Jiwa said...

haha! ni yang aku marah ni. mesej ni macam copy paste aje..