Tuesday, January 26, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 3) - Sambungan

Lalu orang tua itu menjelaskan kepadaku satu persatu mengenai kertas yang dilakarnya itu. Aku mendengar dengan serius dan kadangkala tersenyum. Namun lebih baik tidak diceritakan kerana boleh menimbulkan fitnah ke atas diriku dan dirinya.

Satu Subuh ,sekali lagi aku pergi ke masjid dan berbual lagi dengannya. Jika tak silap dalam bulan puasa. Malam sebelumnya beliau datang ketika orang sedang solat tarawikh,namun beliau hanya tidur dan tidak solat sekali bersama-sama jemaah. Seorang sahabatku menyatakan keraguannya terhadap orang tua itu kerana tidak solat fardhu berjemaah bersama-sama orang lain malah kadang-kadang nampak tidak solat fardhu sampai habis masa. Bukan sekali malah setiapkali ke Masjid Tanjong Malim.

' Saya orang Musafir,siapa kata saya tak solat? Entah saya dah buat Jamak di tempat lain atau buat jamak Takhir'. jawab orang tua itu bila aku tanya pada subuh itu. 'Subuh saya ikut sekali'katanya lagi.

'kadang-kadang saya solat saya tak dapat nak ikut imam kerana saya tenggelam,mabuk dalam solat terutamanya waktu Asar. Jadi lebih baik saya tak ikut imam.' Itu serba-sedikit penerangan beliau yang aku ingat (mungkin tak sama dengan 100% percakapannya).

Dan banyak lagi penerangannya pada pagi itu yang jika aku ceritakan pasti ramai yang kata orang tua itu kurang waras. Setelah itu,aku tidak lagi bertemu dengan orang tua itu. Kenapa? Kerana aku sudah faham sesuatu,bukan kerana aku anggap orang tua itu gila maka aku tidak lagi bertemunya tetapi kerana aku adalah seorang PESILAT dan seorang PENDIDIK. Aku bertemunya hanya untuk mencari sekelumit jawapan.

Allah telah mengurniakan aku laluan sebagai PENDIDIK dan PESILAT untuk aku berkongsi ilmu ini kepada orang lain. Jalanku bukanlah jalan mereka. Aku tidak akan meninggalkan amanah Allah ini untuk kepentingan diriku sendiri. Bagaimana caraku bukan persoalan. Inilah ujian yang Allah telah beri kepadaku,maka mengapa aku harus lari dari ujian ini.

Setiap orang ada ujiannya sendiri,begitu juga orang tua itu tadi. Itulah jalannya,maka ramai yang menganggapnya gila, bukan menganggapnya sebagai orang yang berilmu atau pemimpin kecuali sedikit sahaja yang memahami. Itu hak dia,bahagian dia. Bukan menghinanya tapi itu adalah terbaik untuk dia tapi bukan untukku.

Jalanku juga penuh dengan ranjau dan duri. Aku kena hadapinya kerana aku Hamba Allah dan umat Nabi Muhammad. Yang penting,ikhlas! Itulah pesan guruku saudaraku abang Shahrizad.


PS
matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang Allah dan Nabi suruh dan larang, maka itulah TARIQAT MUHAMMAD RASULULLAH SAW.



7 comments:

fakir al banjari said...

Rasanya Betaro Jet Lili pun pernah jumpa pakcik tu

Gelojak_Jiwa said...

Rasanya pernah juga..

fakir al banjari said...

Kalau tak salah ingat, nama pakcik tu adalah Pakcik Jaafar

Gelojak_Jiwa said...

hah,yang tu den langsung lupo nak tanyo!

Gelojak_Jiwa said...

hah,yang tu den langsung lupo nak tanyo!

fakir al banjari said...

dia duk di umah anaknya d KL. selalunya dia siggah tanjong malim, ipoh, putrjaya ....... bila perlu
dia pernah eksiden......

Gelojak_Jiwa said...

ha,yang tu dia ada cter juga.. dia bosan duk kat umah je.. eksiden? bila n di mana?