Sunday, January 10, 2010

Al Kisah Si Kerang


yeeepiii!!!

Yaaahuuuu!!!!!

yihaaaaa!!!

Yabedabedu!!!!!

Si karang : hei kerang, kau buat apa tu?! kau tak takut dengan ombak ke?

Si kerang : Ah,marilah karang! main bersamaku, gembira bersamaku!

Si karang : kau gila? aku ini terlekat pada sang pasir, ini kejadianku! Aku Menanti ombak menhempas aku untuk menyatu dengan lautan!

Si kerang : Ah sayangnya.. Jika begitu bukankah engkau akan hilang ditelan lautan? engkau akan tewas walaupun engkau gagah melawan ombak. Mangapa kau melawan?

Si Karang : Sibuklah engkau! engkau bukan aku! kau masih belum jawab soalanku, mengapa engkau kelihatan gembira? apa kau tak takut pada ombak ganas?

Si Kerang : Aku bergerak mengikut alunan ombak. Dihanyut ke darat, ditarik ke laut. aku tidak melawan,aku bersahabat dan bermain dengannya. Aku gembira bersama ombak.  

Si Karang : eh, tidakkah ombak itu ganas? bagaimana kau boleh bersahabat dengannya?

Si kerang: Karang...karang... Bukan semua yang ganas itu menyakitkan dan memusnahkan.. Ombak hadir kerana dipaksa angin. .   aku juga memerlukan ombak untuk membawaku ke lautan, tetapi aku tidak melawan kerana ombak tetap adalah lautan dan Aku adalah sebahagian lautan......Jika dikau sepertiku pasti kau akan mengerti. Kerana aku adalah seorang kerang dan tetap juga akan menjadi pasir sepertimu..

Si Karang : Oh... Lantak kau la! Akhirnya aku dan kau tetap menjadi pasir.

Si Kerang : yeeeeepiiii!!! yaaahuuuuu!!!



p/s Dekat di mata, dekat di jiwa.... hehe....

8 comments:

Oghang Ba Ado said...

...karang dan kerang kemudiaannya sama sirna dalam deruan ombak..

Jiman said...

teringat kt kerang kukus area medan gopeng...fuhh...disalut rempah dan serai...cicah sos....emmm....

ummu said...

salam
selagi ombak beralun
selagi itu irama kerang dan karang masih berlagu

Gelojak_Jiwa said...

patut la perut kau makin membulat Jiman! Ya..ya.. Ombak tidak akan pernah berhenti sehingga angin telah lenyap..

fakir al banjari said...

aku tak mau makan kerang, nanti kena gaut, gout, goat, huah huah huah

Oghang Ba Ado said...

...masuk ni dah dekat 5 tahun beta tak makan kerang-kerangan.. syrruup... gulp!

Datuk! sediakan kelengkapan kita nak menangguk kerang di pintu kuala!

Gelojak_Jiwa said...

Jom cucuku! kat sini tak payah kau tangguk2 lagi dah! sepiring cuma RM 3. Banyak woo!!

juragan kota said...

aku tak makan...nanti gatai badan ,....wakakaka