Thursday, January 7, 2010

Katok ke Ular?

Lelaki A :Eh, ular!!!

Lelaki B : Katok la!

Lelaki A : Ular la!!

Lelaki B : iyo la, katokk la!

Lelaki A : Aku cakap ular,ular la! Bukan Katak! Lempang jugak budak ni kang!

Lelaki B : iyo la, katok la ular tu!!

Lelaki A : Bodoh! Aku cakap ular dia cakap katak!(bengang)

Ular pun berlalu sambil kedua-dua manusia tadi terus bertengkar..


P/S Kerana Bahasa..... Padahal Melayu... pesan guruku di Taiping, manusia selalu bergaduh kerana memahami bahasa dengan tafsiran yang berbeza. Ada yang reti bahasa, dituduh tak reti bahasa, ada yang tak reti bahasa, buat-buat reti. Susah-susah punggai je ular tuh!!  kalo tak pun, Mekon je!! HAHAHAHA...

2 comments:

Gelojak_Jiwa said...

tu baru bahasa melayu.

Melayu jawa
melayu kelantan
melayu nogori
melayu banjar
melayu sabah
melayu sarawak
melayu asli
melayu pahang
melayu kedah

Jawa je dah pecah 80 bahasa.
Pahang je dah pecah 9 bahasa daerah
Kelantan pun dah pecah 2, kelantan siam dengan kelantan ori.

Sebab tu melayu payoh nak bersatu.. Melayu boleh bersatu kerana apa? Bangsa atau Agama? jeng..jeng...

Anonymous said...

ooooooo