Tuesday, April 6, 2010

257000

Bila kita sebut 257,000 maka akan terbayang pada kita suatu jumlah yang banyak..
Cuba bayangkan jika anda memperoleh RM 257,000 di tangan anda. Wauu!!
Cuba Bayangkan jika anda berjaya mengumpul pengikut seramai 257,000 orang.

Pasti akan digeruni oleh manusia-manusia lain. Jika anda seorang pemimpin batalion tentera, maka tentera seramai itu mungkin membolehkan anda menawan sesebuah negara sekiranya dilengkapi senjata yang canggih dan strategi yang berkesan.
Itu contoh untuk menunjukkan banyaknya bilangan 257,000 tersebut.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Maknanya itulah jumlah anak "halal" yang didaftarkan mengikut perlembagaan negara tidak termasuk bayi-bayi yang menjadi ratahan binatang-binatang liar dan serangga-serangga lapar yang terdapat sejak dulu, kini dan harap janganlah selamanya..

Baru-baru ini, di mesyuarat PIBG di sebuah sekolah, ketika ceramah keibubapaan, penceramah memberitahu bahawa di rumah anak yatim di Kuantan, seramai 11 orang dari 30 lebih jika tak silap yang menghidap HIV malahan ada di antara mereka yang langsung tidak pernah mengenali ibu bapa mereka malah sanak saudara mereka. Apalah dosa yang dilakukan oleh anak-anak ini sehingga mereka dipaksa melalui sebuah pengalaman hidup yang sangat jerih dan pahit.

Daripada Maimunah RA berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
لا تزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا فإذا فشا فيهم ولد الزنا فأوشك أن يعمهم الله بعذاب
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan) - http://sawanih.blogspot.com/2010/01/akhir-zaman-dan-bahaya-zina-penzina.html 


Apakah punca yang menjadi duri dalam daging sehingga penyakit berzina ini membarah dalam masyarakat Islam kita pada hari ini? Kurangnya ilmu agama? kurangnya ulamak atau guru-guru agama? kurangnya kuliah agama sehingga mereka jahil mengenai agama? Atau kerana manusia belum sempurna imannya untuk percaya bahawa hukum Allah lah yang mampu untuk mengawalnya?

6 comments:

Gelojak_Jiwa said...

Mereka bukannya takde ilmu, tapi tak takut akan hukuman yang akan dikenakan sekiranya kena tangkap. Contohnya budak sekolah jika ditangkap berzina, paling kuat pun kena belasah dengan bapa dia kat dalam bilik pengetua.

Lepas tu tak boleh keluar rumah seminggu, tak bole pakai nset sebulan lepas tu.....?

Last-last jadi pelakon tanpa gaji, bole download di *^%^%*tube! yahuuu!

fakir al banjari said...

macam mana nak download?

Jiman said...

sgt byk....

ape nk jadi?

Gelojak_Jiwa said...

soalan abang fakir itu seperti satu provokasi! hahaha! mungkin tangan besi boleh menjawabnya.. huhu..

fakir al banjari said...

komputer saya tak boleh buka youtube. ha ha ha.

itu yang jadi anak...


yang buat tapi tak jadi anak agaknya lagi banya ke lagi sikit?

Gelojak_Jiwa said...

Hah? soalan tu payah sket nak jawab! Betul jugak ye, maklumlah, budak-budak sekarang kan di ajar pendidikan seks! huhu