Friday, April 15, 2011

Jangan Kau Hampiri...



Si Ibu dan Si Anak.

Anak : Ibu,kenapa ia jadi begitu?

Ibu : Anakku,itu kerana ia telah dicipta untuk menjadi begitu. Segala kehinaan dan kejelikkan telah tercipta untuknya. 

Anak : Bagaimana pula begitu?

Ibu : Segala apa yang manusia tidak mahukan lagi,akan dilontar kepada ia. Ia tetap menerima penghinaan itu dengan penuh ketabahan. Manusia merendahkannya kerana tidak tahu nilainya. Sehingga sampai masanya....

Anak : Sampai masa apa ibu?

Ibu : Sampai masa ia sudah tidak tertahan dengan penghinaan sehingga ia musnah dan hancur. Lalu mengeluarkan segala kebusukan dan kemusnahan. Menusuk ke rongga jasad dan kalbu. Sehingga menyedarkan mereka yang sedang tidur nyenyak, merimaskan manusia yang sedang bersuka ria. Akhirnya manusia akan sedar nilai dan kepentingan untuk memeliharanya. Anakku,janganlah kau letakkan dirimu bersama ia. Janganlah kau musnahkan dirimu dengan menetap di dalamnya hatta hampir dengannya. Jauhilah ia sebolehmu,kerana jika tidak, kau juga akan dihina sebegitu rupa. Kau akan dilihat sepertinya dan manusia akan melayanmu seperti melayan ia.

Anak : Takutnya ibu! Apa namanya Ia itu ibu?

Ibu : Itulah LONGKANG.....


P/s : Hanya si Bodoh Bangang dan Bahlul sahaja yang tak tahu bahawa itu adalah LONGKANG!!!

5 comments:

fakir al banjari said...

oh, rupanya saya bodoh sebab baru tau dia adalah longkang.

oh, longkang yang ku cintai

seorang brader.. said...

asal rase macam terase jer..hurm..

Gelojak_Jiwa said...

hak hak hak! bang lan dh mkn ubat?

kiaisepuh said...

cintailah longkang kita tanpa longkang mana air nak lalu...kat mana pulak baby comel nak di campak...hehe hehehe

Gelojak_Jiwa said...

betul,tanpa longkang,kat mana lagi pendekar kita nak buat persembahan? tanpa longkang kat mana lagi nak letak barang2 masa buat demo! huahuahua!