Thursday, February 17, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Tiga


Wartawan BBS kita dengan hati keringnya terus sahaja menerjah pengurus kilang tersebut dalam temubual sekali seumur hidupnya.

Wartawan : Assalamualaikum tuan. Apa khabar? Saya En. Wartawan dari siaran berita berat sebelah dalam usaha temuramah sekali seumur hidup ingin menemubual tuan selaku pengurus kilang di tanah melukut ni.

Pengurus Kilang : waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi hadir ke bumi bertuah ini. Dari jauh tan datang,sudah tentu saya sudi. Ada royalty tak? Hehe,gurau aje.

Wartawan : Maaf tuan,saya tak reti nak gurau2 ni sebab biasanya saya reti bagi soalan-soalan kebabom je. Harap tuan bersedia la ye. Ni,soalan saya yang pertama,boleh tuan buat ulasan sedikit apa sebab dan akibat kejadian seperti ini berlaku.

Pengurus Kilang : Mmm..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Saya sebenarnya mengaku ini adalah berpunca dari kesilapan saya kerana menghukum Luah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saya ketika tu menjadi teramat marah sampai hilang pertimbangan,yela,sape tak marah bila orang kata bini kita ada skandal! Lebih-lebih lagi dengan pekerja saya,kuli saya,lagi la saya geram dibuatnya. Apakan daya,nasi udah menjadi nasi himpit, sekarang, siapa pun tak mampu nak halau si Lebat kecuali abangnya Luah itu.

Wartawan : Cuma ada satu perkara yang mengganggu saya, bukankah Luah itu pekerja tuan yang paling lurus bendul sampaikan tiang pun tak selurus beliau,dan paling setia? Sampai hati tuan sanggup menghukumnya begitu ye..

Pengurus Kilang : Itulah.. padahal dulu dialah yang menjadi pak turut dalam mendapatkan segala kemahuan saya. Yela,kita ada kuasa dan harta,siapalah yang tak mahu perempuan cantik,,betul tak? Hehe..  Setia sungguh si Luah tu,tiada yang tidak dibuatnya. Dialah pekerja yang paling saya dambakan selama ini, pekerja yang sanggup menurut setiap arahan saya demi memastikan kuasa pengurusan kilang ini kekal di tangan kaum kami. Sanggup berkorban demi memastikan kehendak tuannya dipenuhi tanpa memikirkan dosa dan pahala. Mungkin nombor asasnya lapan kot.. Saya menyesal.. Kalaulah saya tidak terburu-buru,kalaulah saya tak pecat dia seumur hidup… Pasti dia dapat menghalang kejadian ini dari berlaku.
Wartawan : Baiklah,boleh tuan ceritan pendapat tuan mengenai Lebat yang berjuang menuntut keadilan untuk abangnya Luah?

Pengurus Kilang : Lebat penderhaka!! Derhaka pada tuan dan juga bangsa! Derhaka pada pekerja dan kilang melutut!! Ops,Melukut! Kilang kami ada prinsipnya iaitu pantang derhaka pekerja pada tuannya!

Wartawan : Mmm.. walaupun tuannya derhaka pada tuhannya?

Pengurus Kilang : Iyaaa! Kerana itu telah tercatat dalam piagam kilang sejak sekian lama.. sejak kilang ini ditubuhkan oleh nenek moyang saya dahulu! Kilang ini saya punya,mesti ikut cakap saya! Kalo tak puas hati,boleh nasihat je,jangan melawan! Jangan derhaka! Jangan bantah! Mesti nasihat secara lemah lembut,jangan la sampai rampas kuasa! Saya sebagai tuan pengurus, sentiasa betul walau apa keadaan sekalipun! Itu piagam kami!

Wartawan : Nampaknya tuan ni memang tak malu sungguh! Tuan kata kilang ini milik tuan? Hak tuan? Mana pengurus sebelumnya? Semua dah matikan? Ke mana pergi bila mati? Kepada tuhankan? Kilang ini setahu saya dimiliki oleh seorang sahaja pemunya dari dulu sampai sekarang! Tuan hanya pengurus sahaja. Bukankah sebelum kilang ini dibuka,telah disediakan piagamnya oleh pemunya asal tersebut,lalu diubah oleh tuan dan keturunan tuan sesuka hati demi memastikan kuasa mengurus ada di tangan tuan? Tuan pengurus,bukan pemilik! Tuan buat sesuka hati,tuan tak takut balasan tuhan ke?

Pengurus Kilang : Ngeeeeaaa! Banyoknye soklan kamu! Ngerinyee! Ngerinyee!! Yela,takkan kami tak boleh ubah sikit-sikit? Bukan apa,demi kepentingan kumpulan penyelia dan pekerja juga. Kami kena bersatu, kami kena bangunkan ketuanan kilang kami supaya tiada penderhaka seperti Lebat yang akan memusnahkan keamanan dan kesepaduan kilang kami. Lebat pun asalnya setia seperti abangnya Luah,namun.. mungkin kerana takut nasibnya akan seperti abangnya,tu yang dia menentang. Kalo nak kata keadilan,dah banyak kerja kotor yang dia buat bersama abangnya Luah dahulu. Mungkin la alasannya untuk keadilan abangnya,mungkin salah satu,tapi macam saya kata tak boleh begitu. Kilang kami ada adat dan tatasusila yang perlu dipatuhi. Jika tidak,musnahlah kami!

Wartawan : Kilang tuan punah buka kerana Lebat,tetapi kerana system dan pengurusannya yang sudah rosak dan hancur! Piagamnya sudah diubah sesuka hati,ditanam ideology ketuanan kilang sehingga melampaui batas-batas agama.  Ini soalan terakhir, dalam banyak-banyak turutan peristiwa ini,yang mana tuan paling menyesal?

Pengurus Kilang: Mmm.. payah juga nak jawab.. Saya rasa yang paling menyesal ialah ketika saya pecat si Luah, pekerja saya yang paling setia.. Kalau dia ada,tak begini jadinya,hilang kuasa saya. Penyesalan kedua saya ialah sepatutnya saya pecat si Lebat,bukan Luah. Lebat penderhaka dan jika saya dapat menguasai kilang ini semula,saya akan letak si Lebat sebagai ikon penderhaka.

Wartawan : Mmmm…nampaknya tuan masih tak sedar. Okla,saya beransur dulu,Assalamualaikum.

Pengurus Kilang; waalaikumsalam.

P/s : Jeng jeng jeng! Nampok sangat menipunye..

1 comment:

jeri said...

macam-macam berita berat sebelah lah no