Wednesday, February 9, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Satu


Suatu masa di suatu zaman, seorang wartawan yang membuat liputan sekali seumur hidup telah menerjah masuk ke sebuah kampong bernama Melukut untuk mengorek dan mengobek cerita-cerita panas yang sedang hangat di pasar ikan ketika itu. Beliau telah berjumpa dengan beberapa orang dan bertanya beberapa soalan maut. Mari kita lihat apakah jawapan-jawapan mereka yang sempat ditemubual.

Wartawan : Assalamualaikum.. saya difahamkan tuan telah memecat ramai orang tak bersalah tanpa mengira siapa dan merampas kuasa mengurus kilang di sini. Apa sebab sebenar tuan lakukan demikian?

Lebat: Oh,cepat betul berita ini tersebar ke tempat lain ye. Iye,memang saya marah dengan semua orang di sini kerana abang saya si Luah telah dihukum pecat seumur hidup tanpa ada sesiapa yang sanggup menolong padahal banyak jasanya telah ditaburkan untuk penuhi nafsu serakah tuan kilang d isini serta pekerja-pekerjanya. Bayangkan,si Luah ni punya la baik sampai sanggup merantau jauh dan menipu anak orang supaya dapat diberinya kepada tuan kilang si kaki perempuan tu! Bukan itu saja,malah kami sanggup pula pergi ke sana dan membunuh tunang pada si perempuan tadi sebab mereka nak membalas dendam pada kami. Malahan, kami pernah juga pergi ke chuna untuk membawa anak tuan tanah di sana untuk berkahwin dengan tuan kilang kami ni. Cumanya Si Luah tu biasa la,pandai mengayat,dah si perempuan tadi jatuh hati pula pada si Luah,nak kata apakan? Punya banyak jasa Luah sampai dinaikkan pangkat Penyelia Kolam dalam masa yang singkat je tau! Hebat kami ni! Sedangkan Luah yang pangkat penyelia tu kena pecat,ni pula aku yang pangkat penolong je,tu yang aku amuk tu! Sebelum aku kena lebih baik aku kenakan orang lain dulu! Hahahaha!

Wartawan : Oh.. begitu rupanya.. tak patut.. tak patut..  Tapi encik Lebat, apa yang sebabkan rakan encik tadi si Luah tu dikenakan hukuman begitu rupa sedangkan punya la lurus bendul kawan encik tu?  Semua benda dibuatnya tak kira betul ke salah.

Lebat: Itu la pasalnya! Ini semua sebab penyelia-penyelia yang dengki punya pasal! Iye la,penyelia-penyelia lain semua ambil masa yang lama nak naik pangkat,tup! Tup! Kami yang baru kerja ni dah dapat pangkat besar,mahunya tak bulat biji mata deme tu! Lahabau sungguh! Ada ke diaorang kata si Luah ni beromen dengan isteri tuan kilang ni tadi?? Logik ke? Kalo dia nak buat,dari masa culik dulu lagi dia buat dah! Banyak lagi yang comelnya! Yang si tuan kilang ni tadi bodoh juga pergi percaya tanpa usul periksa siapa suruh! Ha,sekarang,padan muka diaorang! Nak sangat! Aku kalau ambil,dengan kilang-kilang aku ambil, tak main jawatan penyelia macam Luah tu!

Wartawan : Hmm… Begitu rupanya. Takpelah,nanti saya akan temuramah pula penyelia-penyelia yang encik maksudkan tadi. Tahniah la sebab encik dah menguasai kilang ni. Harap encik Lebat bangunkan kilang ini dengan lebih baik. Maaf kalau saya kata kilang ni nampak berselerak je,operasi pun tak jalan, takde output. Macammana encik nak bayar gaji pekerja-pekerja encik ni? Lagi satu,ni memang soalan betul2 maut ni, Kenapa encik pecat pekerja-pekerja encik yang tiada apa-apa salahpun? Kan zalim di sisi agama?

Lebat: Hoh? Maut sungguh soalan kamu ni. Sebenarnya saya pun tak terfikir lagi macam mana nak jalankan kilang ni. Ingat nak bakar je kut! Haha! Tentang pekerja yang saya pecat tadi tu.. macammana nak cakap ye? Mmm,saya ni sebenarnya baran orangnya, kurang rasional sikit berbanding si Luah tu,tak reti sangat nak jalankan operasi ni. Saja je suka-suka saya pecat,seronok! Tuan kilang pecat Luah seorang,saya pecat punya la ramai! Hahaha! Nanti kalau jumpa tuan kilang dan penyelia,sampaikan salam pada mereka ye. Pesan kat depa,padan muka angpa! Hohoho! Dah la,aku nak tidur ni,nanti ada pula yang maut kena sembur dengan aku,terima kasihlah sudi temuramah saya hari ni.

Wartawan : Terima kasih kerana sudi luangkan masa encik Lebat.

Lalu wartawan tadi memulakan perjalanan seterusnya dalam usaha temuramah sekali seumur hidupnya.

P/s Cerita ini ada tiada kena-mengena dengan itik dan ayam serama. Jadi jangan buat kesimpulan dulu.

No comments: