Friday, February 11, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Dua

Setelah puas mencari hampir habis sepuntung rokok, akhirnya wartawan terjah sekali seumur hidup telahpun berjumpa dengan bekas-bekas penyelia kilang seperti yang pernah disebut oleh encik Lebat pada temuramah sebelum ini. Setelah memperkenalkan dirinya, maka bermulalah sesi temuramah sekali seumur hidup bersama soalan-soalan mautnya. Bersama wakil penyelia kilang melukut di sini.

Wartawan : Assalamualaikum tuan. En. Lebat minta saya sampaikan salam kepada tuan-tuan semua. Dia ada beritahu bahawa sebab sebenar kejadian ini berlaku adalah kerana tuan-tuan semua yang dengki kat dia dan abangnya Luah. Dan dia menyalahkan tuan-tuan dan pengurus kilang di atas pemecatan seumur hidup  abangnya  si Luah.Betul ke begitu?

Wakil Penyelia : waalaikum salam. Eh,mana ada begitu. Lebat tu memang  begitu,suka sangat membelitkan fakta macam abangnya juga si Luah tu! Perangai sama je mereka berdua tu. Kami bukannya dengki kat diaorang tu, kami cuma nak tuntut keadilan pada pekerja-pekerja lain yang lebih senior dari mereka berdua tu. Yela,cuba bayangkan,ada yang dah kerja berpuluh-puluh tahun, macam-macam pengalaman dilaluinya, tup! Tup! Si Luah pula yang diberi jawatan tu dek pengurus kilang kami tadi. Sebabnya? Konon atas jasa mereka melayani nafsu serakah si pengurus kami dengan membawa balik perempuan-perempuan dan halau beberapa kerat pencuri kat kilang kami tu. Mana tak geramnya? Dia nak salahkan kami atas pemecatan abang dia? Abih,nasib pekerja yang sepatutnya pegang jawatan penyelia Kolam tu atas kelayakan dan pengalaman siapa punya salah?Kami ke? Mula-mula penyelia kolam,lama-lama, entah jawatan saya pun diambilnya! Sebab tu kami nasihatkan si pengurus kilang tu pecat je dia seumur hidup! Biasa la,ingat dia seorang je pandai putar belit? Kami ni lagi banyak pengalaman dari dia tau! Haha!

Wartawan : Oh, begitu.. Betul juga ye kata encik tu. Tapi encik,bukan ke dari cerita encik tu bunyi macam dengki je? Lebih-lebih lagi tadi encik kata “entah jawatan saya pun diambilnya”, adakah ini satu andaian semata-mata?

Wakil Penyelia: Kalo kamu nak kata dengki,terpulanglah pada kamu. Yang penting kami ada sebab kami tersendiri. Kami hanya cuba menjaga keharmonian kilang kami sahaja. Ketuanan pekerja-pekerja kami yang setia,hak kami. Semenjak mereka ada, macam-macam benda jadi di sekeliling kami. Kami sampai terpaksa bermusuh dengan kilang lain hanya semata-mata perempuan. Kami pun kena jaga kebajikan pekerja-pekerja kami juga. Kami tak mahu sebab mereka yang lurus bendul pergi layan serakah pengurus kilang kami, orang lain pula yang merana. Lagi satu, tentang entah jawatan saya pun dirampasnya sudahpun terbukti dengan kejadian rampasan kuasa si Lebat yang berlaku sekarang. Punya la gila kuasa,sampai jawatan pengurus dipangkahnya!Baru penyelia kolam dah macam-macam benda jadinya! Bayangkan kalau jadi ketua penyelia? Hancuusss!

Wartawan : Mmmm.. tapi dia kata dia rampas kerana menuntut keadilan abangnya Luah!

Wakil penyelia : Itu kata dia.. Dia memang pandai putar belit. Kamu tahu tak selepas abangnya dipecat,dialah yang dilantik menggantikan abangnya sebagai penyelia kolam tu? Kalo betul dia nak tuntut keadilan semata untuk Luah,banyak lagi cara lain dia boleh buat! Saman je la pengurus kilang tu sorang sebab dia yang pecat si Luah tu. Atau buka kilang baru ke,ape ke, ni idak! Dia pergi rampas pula kilang kami tu. Menyusahkan orang lain,semua orang dipecatnya tanpa mengenal salah dan usia. Kilang tak berjalan,hasil takde! Kamu tengok ape jadi? Kalau betul dia ikhlas nak tuntut keadilan,apa perlu dia rampas kilang tu? Sebelum ni,dia yang membantu tuah buat kerja-kerja jahanam tu,kenapa tak fikirkan keadilan? Kenapa tolong sekali Luah tu buat kerja kejahatan? Lepas tu duk dalam kilang tak keluar-keluar mengabihkan hasil yang ada dalam kilang tu. Kamu tahu kenapa? Sebab dia pun takut kena pecat macam abangnya si Luah tu! Lebat ni memang pelik sikit perangai! Kurang waras! Tak Sabo! Samseng!  

Wartawan : Saya no komen. Tak sangka ye,maknanya Lebat ni buat alasan je la. Betul juga,kalo dia marah kat pengurus kilang dan penyelia-penyelia lain,kenapa orang lain pula yang jadi mangsa ye? Atau mungkin orang lain ni cuba halang dia kot? Memang dia akui dia kurang rasional sikit. Yela,orang mengamuk ni bukan kira, bila dah amuk, tak dapat kepala,ekor pun jadi! Padan muka diaorang! Hahaha! Oklah,sekarang saya nak Tanya satu soalan maut, Encik fitnah si Luah ni tadi tak rasa bersalah dan berdosa ke? Bukankah perbuatan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh dalam agama? Kenapa tuan buat juga?

Wakil Penyelia: Hoh??! Maut sungguh soalan kamu ni! Payah juga nak jawab soalan ni. Mmm..Kadang-kadang kami tahu apa yang kami buat ni salah.. Tapi apakan daya,seperti yang saya bagitau sebelum ini, Demi untuk memastikan kuasa kaum pekerja kami kekal dan tidak ditindas,kami terpaksa menindas beberapa orang demi mendapatkan keharmonian ini berkekalan. Kami bertanggungjawab menjaga  ketuanan kilang kami ini. Bukan senang kami nak jaga amanah kami,biasa la, untuk mencapai sesuatu,kita harus korbankan sesuatu walaupun bercanggah dengan nilai agama kita, betul tak? Percayalah,satu hari mereka akan berterima kasih kepada kami atas usaha yang kami telah lakukan untuk menghalang pekerja dari hanya menjadi lurus bendul macam tiang talipon seperti si Luah dan Lebat tu. Kami hanya membantu pengurus kami mengusir anasir-anasir yang merosakkan kilang kami. Itulah tugas dan tanggungjawab kami. Kami tak mahu anak-anak pekerja kami di kemudian hari menjadi punah ranah disebabkan perangai mereka tu. Percayalah,kami tetap setia pada tuan kami selagi segala keperluan kami dipenuhi,cukup makan, cukup tidur, dan bersuka-ria bersama keluarga. Tak percaya carilah mereka.

Wartawan : Terharu sungguh saya dengar jawapan dari pihak tuan,ada benarnya cakap tuan itu. Selagi tuan dikurniakan akal dan lidah,memang tuan boleh jawab dengan baik. Namun jika di akhirat nanti,tuan jawablah depan tuhan kalau tuan mampu.  Takpelah,walaubagaimanapun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada tuan kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan  maut saya pada hari ini. Saya tetap kagum dengan sifat tuan mempertahankan ketuanan kilang dan hak pekerja tuan. Assalamualaikum dan terima kasih..

Wakil Penyelia : Waalaikumsalam,nanti singgah la lagi. Tapi harap rahsiakan perbualan kita dari pengurus kilang ye!

Wartawan : InsyaAllah.

Maka perjalanan wartawan terjah sekali seumur hidup diteruskan lagi bagi mendapatkan berita-berita yang mendidihkan hingus dan cecair otak mereka yang mendengarnya! Teruskan meleleh!

P/s :  P/s Cerita ini ada kena-mengena dengan itik dan ayam serama. Jadi anda boleh mula membuat kesimpulan awal. Hahahaha!

No comments: