Tuesday, September 20, 2011

Bisikan Halus...

Bisikan 1 : Betullah.. Memang puasa sunat ni  menjadikan aku orang yang lebih baik dan menghalang nafsu ni.
Bisikan 2 : Celaka kau syaitan! Pandai kau nak mainkan aku!
Bisikan 3 : Sepatutnya begini.. Betullah dengan berpuasa ni akan dapat pertolongan dari Allah untuk menghalang nafsu yang membuak-buak ni.


Bisikan 1 : Takpelah..walaupun aku selalu buat dosa, namun aku tetap tak tinggal solat 5 waktu dengan sengaja. Kalau aku tertinggal pun,aku tak sengaja.. Lagipun aku orang Islam,tetap akan masuk syurga juga. Amalan banyak pun tak tentu lagi masuk syurga!
Bisikan 2 : Celaka sungguh kau syaitan! Berani kau nak menipu aku!
Bisikan 3 : Mmm... sebenarnya, Jika kau buat dosa dan tak jaga solat,mana kau nak dapat pertolongan dan rahmat Allah untuk masuk syurga. Jangan sangka  kau masuk syurga kerana amalanmu, walaupun kau masuk syurga pun sebab Allah redha atas amalanmu. 

Bisikan 1 : Akulah antara orang yang diberi peluang untuk mengenaliNya. Dia pernah menunjukkan padaku SifatNya yang Agung! Dah tentu aku antara orang yang bertuah dan mungkin dipilih sebagai salah seorang waliNya! Mungkin kerana sifatku yang selalu redha pada Allah,maka Allah pun redha pada aku. InsyaAllah masuk syurga,salah sikit-sikit tu biasa la..
Bisikan 2 : Hati-hati bang.. jangan cepat membuat kesimpulan.
Bisikan 3 : Benar.. Sebenarnya Allah beri peluang mungkin kerana doa ibu atau ayahku. Siapalah aku untuk amalannya dipandang oleh Allah. Ya Allah,syukur padaMu kerana masih memberiku peluang. Aku memohon perlindunganMu Ya Allah dari bisikan Syaitan dan nafsu yang sentiasa melalaikan aku.

P/s : Yang mana satu ye??

7 comments:

Oghang Ba Ado said...

bab khatir iaitu lintasan2 pada qalb/hati..

kalau kotor macam pelimbah, "dia" la yg buat istana tang sana..

kalau bersih dan suci sesucinya, "dia" juga yang buat istana tang sana..

adapun khatir ini terbahagi kepada beberapa bahagian.. dan bergantung juga pada maqam nafsu tuan umah..

ini kawan ada 'ceduk' dari satu website.. nak tau, buat rujukan mengenai lataif pada jasad lembaga adam:

Sepuluh Latifah - Risalah Aliyah

1. QALB

TITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmani adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri dan cenderung sedikit ke arah ketiak. Latifah Qalb juga disebut Latifah Adami adalah dari takluk Alam Malakut yakni Alam Para Malaikat dan ianya merupakan pusat ‘Arasy Mu’alla Allah Ta’ala di dalam diri Insan.

Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentian di Alam Amar. Sifat yang dikurniakan Allah dengan Latifah Qalb ialah pendengaran dan ianya merupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu Yang Maha Mendengar.

Mendengar merupakan suatu sifat utama Para Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah Ta’ala untuk mendengar segala perintahNya dan taat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifat pendengarannya untuk mendengar seruan Agama Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum memiliki sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar dalam ertikata yang sebenar yang mana apabila mereka mendengar sebarang perintah dari Allah Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mereka akan terus mentaatinya.

Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan langit pertama di atas ‘Arasy. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.

Cahayanya adalah dari langit yang pertama dan warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang Salik yang telah sempurna penyucian Latifah Qalbnya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akan terhasillah padanya Kasyful Qulub yakni pandangan mata hatinya celik dan memperolehi Basirah serta Kasyaf iaitu melihat perkara-perkara yang Ghaib menerusi mata hati.

Oghang Ba Ado said...

adapun bab lataif ni, tariqat yang banyak bercerita bab ini adalah tariqat aliran naqsyabandiyyah.. sekian..

Gelojak_Jiwa said...

best...best....

tgn besi said...

ayakk...penin!

fakir al banjari said...

tambah lagi wahai OBA

Gelojak_Jiwa said...

betul..betull! tambah lauk Paklan!

kiaisepuh said...

pok cik pun nak tau sebab pok cik memang tak berapa nak tau