Tuesday, October 27, 2009

TAHUKAH ANDA??

Assalamualaikum.. hari ni ambe tetibe je tergatal jari rasa nak menaip.. ingin nak berkongsi idea mengenai antara kejadian alam muluk yang sangat menakjubkan ini. Bagaimana mulanya berlaku alam ini? ambe nak cerita dari teori sains sahaja.

Semua maklum mengenai atom..... satu jasad yang terdiri daripada proton (cas positif), electron (cas negatif) dan neutron (cas neutral). Bapa segala atom adalah atom hidrogen. Lahirnya unsur-unsur lain seperti helium, oksigen, nitrogen semuanya bermula dari atom hidrogen ini tadi akibat tekanan dan suhu yang tinggi. Alam ini berkembang dari tiada kepada ada iaitu jasad atau makhluk bernama electron,proton,dan neutron(setakat diketahui) bergabung membentuk bapa segala atom atau Hidrogen dan terus bergabung membentuk unsur-unsur lain. Bagi atom neutral, jumlah proton dan electron bagi atom tertentu adalah sama, semuanya berpasangan. Namun jumlah ini boleh berubah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu. Disebabkan keadaan ini, maka terbukti bahawa alam ini sebanarnya bukanlah semulajadi seperti andaian orang dahulu kala, tetapi sebenarnya terbentuk dari proses yang mengambil masa yang sangat lama. Alam muluk ini Jadid yakni Baharu.

Saintis sebenarnya tidak pernah pun nampak rupa ketiga-tiga jasad kecil ini termasuklah atom itu sendiri. Mereka hanya mampu meramalkan struktur atom berdasarkan standard kajian yang teliti dan boleh dipercayai... Maha Suci Allah dari segala kelemahan makhluk, manusia percaya dengan kewujudan atom walaupun manusia tidak pernah melihatnya namun akal mereka berupaya menerimanya dengan ilmu yang diajar... Itupun pada mereka yang belajar.. Tetapi bukanlah semua yang mampu memahaminya.. Adakah mereka yang tidak memahami ilmu kimia, fizik,biologi, dan sains sehingga mereka boleh menyangkal kebenaran ilmu-ilmu ini tadi? "Bodohnya orang itu".. kata seseorang. Maha Hebatnya Allah, walau secanggih manapun teknologi pada zaman kini, tidak tercipta lagi alat untuk dapat kita melihat rupa sebenar atom itu tadi... Firman Allah : " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam lagi Yang Tetap Benar: tiada Tuhan melainkan Dia; Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: ayat 115-116)

Bagaimana manusia boleh memahami kewujudan perkara ghaib yang lebih jauh alamnya dari akal kita, sedangkan atom yang wujud di alam muluk inipun,ghaib pada pandangan manusia, manusia tidak mampu melihatnya. Adakah hanya kerana mereka tidak memahami alam ghaib yang lain sehingga mereka memilih untuk membelakangi agama dan membelakangi perintah Allah dan RasulNya??! Manusia boleh mengimani kewujudan atom tetapi tidak kewujudan syurga dan neraka?? Nauzubillah... . Adakah dengan tidak mengenal dan memahami ilmu tasauf maka manusia layak untuk menyatakan ilmu ini sesat??? Bagaimana mereka boleh berkata begitu sedangkan mereka belumpun mempelajarinya... "Bodohnya orang itu".. kata seseorang. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita semua..

Malah saintis percaya bahawa sebenarnya ada jasad yang lebih kecil dari elektron itu tadi. Sebenarnya kejadian planet mengeliling matahari adalah sama seperti electron mengelilingi proton dan nampak sama jika melihat manusia mengelilingi kaabah! Mungkin sama seperti malaikat mengelilingi baitulmakmur.. MAHA HEBATNYA ALLAH!!!

Mari kita fikir bersama dari mana alam ini datang dan ke mana alam ini akan pergi... Dari Gerak datangnya petua, dari petua datangnya rasa, dari rasa datangnya rahsia,.... Ampunkanlah segala kesilapan dan dosaku Ya Allah.. Berikanlah Aku kekuatan untuk berlaku taat kepadaMu.. Amin....

Thursday, October 22, 2009

Alam Muluk atau disebut Alam Maya merupakan satu alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T yang Maha Berkuasa dan pemurah selama 6 masa sebagai tempat ujian bagi umat manusia dan jin untuk menerima ujian Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Senang disebut dalam bahasa Melayunya ALAM CAKERAWALA. Di Alam Maya ini ALLAH telah menzahirkan kebanyakan sifatNya supaya manusia bersyukur dan mengenaliNya bagi sesiapa yang mahu. Bagaimana untuk mengenali Allah melalui ALAM CAKERAWALA ini atau Alam Muluk ini supaya boleh diterima oleh akal? Anda semua sebenarnya telah mempelajarinya namun kerana silaunya cahaya Alam Muluk itu sehingga tiada terlihat sifatNya yang Indah lagi Mengagumkan itu. SAINS, itulah ilmunya.