Monday, December 28, 2009

Ibu,kau di sini rupanya... (siri 7)




Selama ini Mat Yong hanya tahu berpencak, mencari syariat yang zahir tanpa mempedulikan yang batin, yang tersembunyi. Kini beliau sudah mula memahami selain bergerak berpencak dan berpetua, ‘rasa’ merupakan suatu yang amat penting dalam mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Kini Mat Yong merasakan lebih berkeyakinan dan bersedia untuk meneruskan perjalanan  mencari ibunya yang telah lama menghilang.


“Banyak lagi yang perlu kamu belajar Mat Yong. Hari ini kamu umpama bayi, baru bertatih,berjalanlah dengan baik, teguhkan dulu kakimu yang lemah itu sebelum melangkah lebih jauh” ujar Shahar seolah-olah dapat membaca fikiran Mat Yong.


Mat Yong hanya tersenyum dan mengiakan sahaja kata-kata gurunya itu. Setelah apa yang dilaluinya kini, memang benar seperti yang diberitahu oleh Shahar itu.


Mat Yong merasakan seolah-olah tubuhnya seperti burung yang meronta-meronta ingin dibebaskan dari sangkar raga dan terbang bebas ke angkasa menghirup udara segar dan merasai kelazatan dan  menghayati kecantikan alam Mulki ini dari langit luas ciptaan Yang Maha Luas.


Lihat dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung’..


 Sedikit terkejut Shahar apabila mendengar Mat Yong menyanyikan rangkap lagu tersebut lalu tanpa disangka Mat Yong, disambungnya lagu itu dengan penuh keriangan umpama orang yang sedang mabuk todi. Pelik sungguh Mat Yong melihat gurunya itu.





Yang mana satu engkau pilih…


Dalam kalut ada peraturan….


Peraturan cipta kekalutan…


Di mana pula kau berdiri..





‘Suara macam gendang bocor aje’ getus Mat Yong dalam hatinya. Nak ketawa, nanti tak pasal-pasal lebam biji mata, fikirnya. Shahar menyanyikan lagu tersebut sambil terus berlalu meninggalkan Mat Yong menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sejurus kemudian Mat Yong tergelak sendirian.


Memang itulah perangai Shahar, kadang-kadang pelik semacam saja. Nak dikata gila waras. Nak dikata waras, gila pun ada. Landak Adan pun kadang-kadang kelihatan begitu juga. Tapi tahan sedikit berbanding Shahar. Wak Izwil pula suka buat-buat gila. ‘Gila aku dibuatnya!’ Mat Yong mengomel sendirian sambil tersengih seperti kera mendapat bunga, memikirkan telatah kekandanya lantas berlalu meninggalkan gelanggang setelah bersalam Belangkas dengan Pak Azmi dan lain-lain.


Dalam perjalanan pulang, Mat Yong telah memejam mata sambil berjalan menuju ke rumahnya bertujuan menguji ilmu Layang Tubuh tersebut. Pokok, ayam,itik, rumah orang, awek cantik, makcik jiran belakang rumahnya habis semua dielaknya walaupun dengan mata tertutup. Tiba-tiba….. (to be continued..huhuhu)

Saturday, December 26, 2009

Makanlah....




Ibu : Anak-anakku,makanlah makanan yang telah ibu sediakan itu.


Anak 1 : Baiklah ibu, anak akan makan sekarang juga! Anak patuh pada kehendak ibu.. (makan sambil meninggalkan segala kerjanya)


Anak 2 : Baiklah ibu... Anak akan makan sambil menyiapkan tugasan yang ibu berikan..


Anak 3 : Nanti dulu ibu, anak ada tugas yang perlu diselesaikan seperti yang ibu suruh.. ibu simpan la dulu untuk anak ye,anak janji nanti anak akan makan setelah tugas selesai..


Anak 4 : Tak mau makan lagi la bu. Anak nak keluar bermain-main dulu... Anak tak bersedia nak makan lagi.


Anak 5 : (Langsung tak dengar ibunya panggil)


Anak 6 : Anak tak nak makan masakan ibu


Ibu      : Makanlah segera anakku sekalian. Ibu telah masakkan makanan yang lazat-lazat dan masakan kegemaran kamu masing-masing. Makanlah dulu..Rasalah dulu.. Makanlah dengan cermat dan diam.. (si ibu terus memanggil-manggil anaknya untuk makan..)


Namun si anak tetap memberikan jawapan yang sama...

Makanlah... Makanan sudah disediakan....

Tuesday, December 22, 2009

Ibu, kau di sini rupanya.......... (siri 6)

Dirasakan jasadnya seolah-seolah terlepas dari kawalannya. Hilang kekuatan jasmani berganti kekuatan rohani. Kini hanya hatinyalah yang mengarah tubuhnya,bukan lagi jasadnya. Seperti Sang Raja di atas singgahsana. Apabila Sang Raja menyuruh diam, maka diamlah hamba, apabila Sang Raja menyuruh sujud,maka sujudlah hamba, apabila takhta Sang Raja menjadi sarang pengangkara, maka angkaralah rakyatnya.

Inilah kali pertama Mat Yong mengalami pengalaman batin yang tidak dapat di ungkap oleh lidahnya. Diceritakan pengalamannya kepada Shahar dan lain-lain dengan penuh keriangan umpama kanak-kanak mendapat mainan. Shahar hanya tersenyum melihat keletah Mat Yong,.Umpama bayi baru reti bertatih. Bayi sebelum reti bertatih hanya tahu merangkak keriangan. Semua perkara yang menarik perhatiannya dikejar sehingga dapat. Sama ada memberi manfaat atau celaka badan tidak dipedulikannya.

Apabila reti bertatih berlari, ke sana ke mari menunjukkan mainannya, kadangkala tersembam ke bumi kerana kaki masih belum kuat untuk menongkat tubuh. Perjalanan menjadi sempurna jika tubuh sudah bersedia, apabila syariat tubuh dijaga dengan sebaiknya, bukan dizalimi diri dengan merasakan sudah tidak perlu pada tangan dewasa untuk memapah padahal umur baru setahun jagung. Itulah yang dirasakan Shahar apabila melihat saudaranya itu. Kini Mat Yong sudah mula bertatih, Namun masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya, fikirnya.

“Tahniah Mat Yong kerana berjaya menguasai ilmu Layang Tubuh ini. Ingat, gunakanlah kearah kebaikan dengan meminta bantuan dari Yang Empunya segala ilmu pengetahuan. Bagaimana denganmu pula?” soal Shahar kepada Wak Izwil.
“Tiada gerak yang diizinkan kepadaku, mungkin belum sampai masanya untukku, mungkin Dia merasakan aku belum layak untuk menguasainya” jawab Wak Izwil sedikit cemburu dengan saudara bongsunya.

“Benar kalimahmu saudaraku, namun janganlah kita berprasangka dengan Tuan Empunya jiwa kerana KehendakNya melebihi kehendak kita hambaNya, biarlah masa yang menentukan, mungkin ini bukan bahagianmu” balas Shahar penuh bermakna. Bagi Mat Yong, beliau memang kurang memahami maksud dan kata-kata kekandanya itu.

Thursday, December 17, 2009

Hidup Sampah!!!

Nampaknya isu falsampah dan sampah ini telah berlarutan di Bakul sahabatku OBA. Jika dibiarkan bertimbun, maka sampah ini akan terus bertimbun sehingga melemaskan setiap nafas yang menghidunya.. Lantaran itu, aku mengambil keputusan untuk membuang sampah tersebut dari Bakul sahabatku OBA dan menimbunkannya di Bakulku  kerana akulah yang membuangnya di sana. Silalah hidu sampah ini yang telah dibuang oleh Serunai Faqir untuk dihidu oleh setiap nafas yang sentiasa bergelumang dengan sampah, penulis sama yang telah mengarang cerpen "Mencari Gayung" yang pernah disiarkan di blog OBA dan akhbar Utusan Malaysia.



ARKIB : 25/10/2009
Falsampah
Oleh Serunai Faqir
LALAT. Langau. Lipas. Lipan. Semuanya menyeronot di dalam timbunan sampah yang kian menggunung di medan persampahan itu. Pemandangannya sahaja mampu membunuh jelira sesiapa yang melintasinya atau setidak-tidaknya lewat angin petang yang mengirim aromanya di mana sahaja ia mencecah. Tiada siapa yang mahu larut dalam kebusukan sampah itu, kecuali beberapa manusia yang sudah lama menggunakan sampah sebagai medium untuk kesinambungan dompetnya. Dengan tenang mereka berbaring di atas tilam sampah yang lembut, kata mereka seperti tilam di rumah pak menteri.
“Apa sudahnya kita ini Sarip?”
“Sudahnya kita beginilah,” jawab Sarip acuh tak acuh. Dia tahu pertanyaan itu bukanlah pertama kali disodorkan kepadanya. Entah dia sendiri tidak ingat, mungkin jutaan kali.
“Hanya orang seperti kita sahaja yang mengenal makna sampah. Setiap satu sampah punya bau kejahatannya yang tersendiri. Setiap sampah punya warna pelangi di sisi para marhaen. Setiap sampah tersimpan sejarah dan makna budaya yang tinggi nilainya. Dan tentunya setiap sampah adalah tetap sampah di sepanjang perjalanan menuju kejayaan.” Lensa pandangan Dol tidak berkelip, kali ini dia cuba menghitung bintang yang bertaburan di langit.
“Cukuplah, Dol. Apa lagi guna sampah kalau sudah terbuang? Kau bilanglah sejuta makna dan selaut falsafah, sampah tetap sampah. Seperti juga kita, orang anggap kita seperti sampah sahaja.” Sarip terkuap-kuap. Matanya sudah hampir terkatup ketika mengucapkan perkataan terakhirnya.
“Tapi kita bukan sampah masyarakat…” Nada Dol tegas sekali.
Orang seperti Dol ramai sekali apabila ekonomi mengalami demam H1N1 yang tidak kebah. Tapi Dol bukan orang sembarangan. Dahulu, dia seorang ternama dan kaya-raya. Punya segala yang manusia lain mahukan di atas dunia ini. Sarip senyum sendiri memikirkan dirinya juga dibuang kerja ketika zaman ekonomi melecet. Melecet, bukan meleset.
Jeda memanggung waktu. Dol tidak menghiraukan kata-kata temannya. Baginya kata-kata itu bagaikan sampah dan habuk yang tidak membawa sebarang maksud dan pengertian. Orang-orang seperti Sarip hanya melihat sampah dari sudut luaran. Bagi Dol, sampah itu ada rohnya yang tersendiri untuk dinikmati.
“Kau tahu Sarip.”
“Hmmm … apa dia lagi?”
“Dari sampah yang bertaburan ini, kita boleh mengenal taraf ekonomi rakyat Malaysia,” ujar Dol tersenyum, yakin dengan apa yang diperkatakannya. Di atas timbunan sampah itu, Dol berdiri bagaikan patung tugu pahlawan. Wajahnya penuh patriotik. Tiba-tiba dia tegak menyanyikan lagu Negaraku. Sarip terpaksa berdiri sama demi menghormati lagu Negaraku. Walaupun hanya seorang pemungut sampah, tapi hatinya berkobar semangat cintakan negara. Tidak sesekali dia akan menjual maruah negaranya hanya kerana seorang pemungut sampah.
“Cuba kau tengok sampah di sekeliling kita, cuba kau amati kotak-kotak, plastik dan kertas-kertas. Daripada itu sahaja aku sudah mampu menelah kemampuan ekonomi rakyat Malaysia masih lagi baik. Tengok, tengok.” Dol menoleh ke arah kiri.
“Itu, itu. kotak-kotak burger luar negara, kotak-kotak ayam goreng orang putih, kotak-kotak pizza. Menurut skala indeks di bursa saham persampahan, ia menunjukkan ekonomi rakyat Malaysia semakin mantap, mampu membeli barangan luar negara. Mampu untuk berbelanja dengan mewah, ketepikan nasi lemak atau nasi dagang yang enak dan mampu memberikan zat yang cukup serta beralih kepada makanan luar yang mengarut. Dan tentunya mereka ini terdiri orang-orang yang kurang patriotik terhadap negaranya.” Kotak-kotak sampah itu dikais-kaisnya. Sesekali matanya liar memandang keliling.
Sarip terkuap-kuap. Dia hanya memerhatikan sahaja rakannya yang semakin melalut. Semakin malam, semakin melalut, bisik hatinya.
“Berapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang bersikap sederhana dalam membeli barangan dan sekaligus bersikap patriotik. Tak ramai, tak ramai. Hanya inilah golongan yang benar-benar patriotik dan cinta negaranya.”
“Bagaimana pula kau lebih tahu daripada aku?” Tiba-tiba Dol jadi semangat apabila ditiupkan semangat patriotik. Walaupun hembusannya lembut tapi berkesan. Dol tak perlu naik dan kibar bendera merata-rata kalau masih lagi makan di kedai sang imperialis atau memandu kereta buatan orang Yahudi.
“Kau tengok.” Dol menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Sarip. Kelihatan saki baki sambal nasi lemak berbekas di kertas. “Orang yang patriotik tetap akan makan nasi lemak, itu … itu … kertas bungkus nasi lemak, bekas polisterin lauk rendang. Haaa … begitu kaedahnya Sarip. Bukan patriotik di mulut sahaja tetapi juga di lidah, tekak, perut pun mesti juga.”
Baring
“Apa-apa sahajalah Dol,” jawab Sarip, dari baring dia duduk. Memerhatikan sekeliling. Memerhatikan kebenaran kata-kata temannya walaupun dia tidak pernah ambil peduli semua itu. Yang penting adalah perutnya perlu diisi agar tidak berkeroncong sewenang-senangnya berbunyi tak tentu masa dan keadaan.
Dan bintang masih tersangkut di dada langit. Bulan masih bersinar megah, kerana ia tahu bahawa ada manusia yang masih punya fikir walaupun skru kewarasan otak manusia semakin longgar. Tapi tak semua yang longgar. Fikiran kebanyakannya di bawah tapak kaki. Kalau tidak masakan golongan sepertinya masih wujud lagi di sini.
“Dalam mengaji kita mengkaji Sarip,” ujar Dol perlahan. Dia mengusap kepalanya, fikirannya berputar mencari jawapan yang tak pasti. Perlahan dia duduk di sebelah Sarip. Sehelai kertas putih bertulis tangan dibacanya.
“Manusia sudah tidak sayang ilmu. Kertas-kertas ini walaupun hanya bertindak sebagai medium untuk menyampaikan ilmu tapi ini sahajalah taraf dan kedudukan yang mampu dicapai - di timbunan sampah layaknya,” gumam Dol.
“Bermakna apabila rapuhnya kecintaan terhadap ilmu, maka rapuh jugalah ikatan di antara masyrakat. Antara bangsa, antara ibu bapa dan anak, antara suami dan isteri, antara guru dan murid. Semuanya berantakan.” Sambungnya lagi. Dol terdiam untuk seketika. Rumah tangganya juga kacau bilau dek kerana dibuang kerja. Duit tiada, anak sakit. Kerja payah dapat, bini melompat! Akhirnya dia berkawan dengan sampah-sampah yang lebih mengerti perasaannya.
Sarip sudah berdengkur. Tak larat mendengar ocehan temannya yang kuat benar berfalsafah. Baginya mudah, kerja cari duit untuk esok. Perut mesti diisi, tekak jangan kering, mulut mesti berasap. Mudah, mudah sahaja hidup ini. Yang jadi susah apabila ada manusia yang menyusahkan hidup orang lain dengan nafsunya yang tamak dan rakus. Itulah yang menyusahkan semua orang atas muka bumi ini.
Dol memandang ke arah Sarip, kemudian melontarkan lensa pandangannya ke rahang malam yang semakin rakus menelan cahaya. Kegelapan sudah berkerajaan. Lalat, langau, lipas dan lipan masih bersepah di atas tilam sampah yang akan diladeni sebentar lagi.
Dalam lena itu, Sarip merasakan bahawa dirinya sudah melangkaui alam yang sepatutnya.. Di sana dia berjumpa dengan seorang budak kecil (memang klise - kalau mimpi mesti jumpa orang tua berjanggut dan berjubah putih tapi ini lain) yang comel dan manja sekali riak wajahnya. Dia menghulurkan tangannya, Sarip menyambut.
“Tangan abang kasar.” Budak kecil itu tersenyum.
“Mana tak kasarnya, kerja kutip sampah. Tangan selalu kotor dan selalu kena basuh. Pegang benda-benda kotor dik.” Sarip senang sekali dengan budak itu. Dalam fikirannya teringat anak Dol yang seusia dengan budak yang tercokoh di hadapannya.
“Tak mengapa abang, walaupun kerja kotor tapi duitnya bersih. Jangan kerja bersih tapi duitnya kotor. Kerja kotor begini, kalau basuh dia boleh bersih. Kerja bersih yang kotor kalau basuh orang lain yang kena. Tapi, paling penting hati mesti bersih.”
Sarip senyum. Terpikat dengan keletah dan perkataan yang diujarkan.
“Kenapa adik cakap begitu? Adik tak tahukah berapa ramai yang menghina pekerjaan abang? Saudara mara semua lari, kawan-kawan apatah lagi. Kata mereka lagi, kerja busuk dan hina sama macam sampah yang ada di tempat abang.”
Budak kecil itu ketawa lalu menghela tangan Sarip. Mereka terbang. Terbang ke dalam kegelapan malam. Terbang di atas awan biru. Angin sejuk menampar pipinya. Sarip terasa bahagia. Tiba-tiba tangannya dilepaskan. Serta merta anganan Sarip meluncur ke bumi. Segala mewah kasih dan bahagia impian akan terhempas sedikit masa lagi. Tiba-tiba …
Masa terhenti. Semua menjadi kaku, menjadi beku.
“Apa ada dengan kekayaan dan kebahagiaan kalau terhasil dari tangan-tangan yang berdanur? Ibarat kaca terhempas ke tanah, itulah umpamanya. Jatuh berkecai dan akhirnya. Biarlah kerja kotor tapi halal dan bersih.
Sarip tidak bergerak, tubuhnya seakan hancur. Menjadi berkeping-keping. Halus dan akhirnya menjadi lumat. Tubuhnya bagaikan terapung dan terawang-awang seperti zarah-zarah halus yang melewati terowong cahaya. Sarip masih hidup, dia merasakan itu, namun dia tiada daya upaya untuk bergerak atau berkata walau sepatah.
Budak kecil itu menarik semula zarah-zarah halus (jasad) Sarip dan melemparkan ke udara. Sekali lagi tubuh yang bersifat halus menjadi zat dan jasad yang kasar. Jatuh berdebup di atas tanah. Kali ini kesakitan menjalar ke seluruh tubuhnya. Ada darah mengalir siku dan lututnya.
“Apa semua ini?” Sarip menyeringai kesakitan.
“Itulah perasaan yang bernama kesakitan, kebencian, kemarahan, kekecewaan, kehampaan dan, dan itulah yang telah kau berikan sewaktu menduduki kerusi empuk di pejabat berhawa dingin.”
Menitis
Sarip memandang ke arah Dol. Hanya dengkur dan embun pagi sahaja menitis. Suara lalat, langau, lipas dan lipan bagaikan tertangkap oleh telinganya. Semuanya berzikir, mengucap syukur kerana dalam laut sampah itu ada rezeki mereka.
Mereka lebih faham segenap inci, ruang, sudut dan bau sampah yang bertimbun itu. Sarip berdiri memerhatikan mereka. Sesekali matanya tertancap pada barisan semut gula yang bekerja keras mencari rezeki. Dol terjaga, pandangan mereka saling bertikam dan akhirnya Dol menukar lensa pandangannya ke hadapan.
“Dalam sampah ini ada rezeki kita, Sarip.”
Sarip mengangguk.
“Ada apa lagi dalam sampah ini, Dol?"
Dol menoleh ke arahnya, hairan. Mungkin selama ini Sarip menganggap dirinya sewel kerana bercakap soal sampah, tapi dia tidak pernah ambil pusing. Tapi memang Dol tahu dalam sampah ada macam-macam. Dan dalam macam-macam itu juga ada sampah.
Walaupun zahirnya seperti sehelai kain putih yang mulia dan mulus di pandangan ramai, namun Dol tahu bahawa di hati mereka, bertaburan sampah-sampah dan segala macam habuk. Gelap-gelita hati mereka. Memandang dengan pandangan manusia. Berkata dengan perkataan manusia. Bermegah dengan kemegahan manusia.
Ah persetankan itu semua, Dol membentak dalam hati.
“Kalau kau nak tahu, Sarip. Apa kemuliaan dalam timbunan sampah yang melaut ini? Ini yang manusia tidak pernah mahu ambil tahu dan tidak tahu pun apa yang ada pada kita dan sampah-sampah yang berselerakan ini.” Dol memulakan lagi syarahannya seperti biasa.
“Dalam persampahan ini, kau dan aku dan kita dengan sampah. Siapa yang lebih memerlukan siapa? Adakah kita memerlukan sampah untuk terus hidup. Atau bagaimana? Sampahkah yang memerlukan kita untuk terus berada di sini. Kalau tanpa manusia, sampah-sampah ini bergolekan di merata tempat tanpa ada pembelaan? Bagaimana?”
Sarip termenung dengan persoalannya. Ceritanya cuma sampah. Semuanya sampah. Dalam sampah ada sampah - itu bagi mata manusia yang melihat tetapi tidak merenung. Tapi bagi yang merenung dan menilik, dalam sampah ada kesucian yang tak terungkap. Sucinya sampah-sampah itulah yang telah menyebabkan ribuan manusia, haiwan, kuman-kuman terus hidup di atas muka bumi ini. Dan sampah yang paling mulia juga adalah sampah yang telah diproses lalu berkhidmat untuk manusia.
“Jadi sampah itulah yang lebih mulia dari manusia. Sarip kau tengok kotak-kotak makanan, minuman, pakaian - itukan diperbuat dari sampah-sampah yang kita kutip. Dan pesanan yang paling menusuk hati aku adalah ketika pertama kali aku menjual sampah dan kotak. Kata tauke itu begini, ‘bagus orang Melayu sudah tidak malu menjual sampah.’ Muka aku merah, namun aku menjawab, ‘duit itu kan tidak busuk.’ Ya, sejak itu, aku tidak pernah malu menjadi seorang Melayu yang menjual sampah dan kotak.” Dol menghela nafas. Mengenang kembali pertemuan pertamanya dengan sang tauke.
Sarip terus mendiamkan diri. Kata-kata Dol itu banyak kebenarannya. Sejak ekonomi merudum. Sejak kegawatan akhlak merudum. Sejak perpecahan antara perhubungan kekeluargaan, masyarakat dan bangsa, hanya sampah menjadi lambang penyatuan kepada itu semua.
Statusnya sampah tapi maksudnya sampah-sampah di sini bersatu tidak mengira dari rumah siapakah sampah itu berasal. Saling berasak dalam lori sampah yang mengangkut lalu menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk menyatukan maksud dan maknawi. Jangan jadikan perpaduan itu seperti sampah, tapi jadikanlah sampah itu umpama lambang perpaduan.
Sarip terhenyak dengan persoalan-persoalan yang menghunjam benaknya. “Sampah, ya sampah.”
“Ya, sampah,” sahut Dol.
“Hidup sampah!" jerit mereka berdua. Dan kita juga adalah sampah-sampah dan sampah-sampah juga adalah kita, fikir Sarip.

Tuesday, December 15, 2009

Sajak Buat Sahabatku.....

Sahabat..

Kasihmu tetap setia menantimu..

Menanti masa dan ketika..

Ketika kau benar-benar bersedia..

Terjun ke lautan api gelojak jiwa..

Memenuhi ruangan alam sukma..


Sahabat..

Takdir bertapak menurut perintah..

Sepi membisu mengikut fitrah..

Persetankan mereka!

Bukan mereka temanmu..

Mengapa bersekutu dengan seteru..

Mengapa mengadu pada yang kaku..


Sahabat..

Pungguk bukan seekor..

Merindu bulan meratap berseorangan..

Mengeluh nasib nak terbang tak sampai..


Sahabat..

Kasih melambai tak pernah jemu..

Tiada saat tidak terisi..

Kasih merindu pada sang pertapa..

Menyorong tangan menanti bersahut..

Mengapa berpaling Kasih menyeru?..

Tinggalkanlah segala yang bertakhta..

Ahhh... Sahutlah... Sahutlah...


Sahabat..

Janganlah kau menunggu lagi..

Menanti takdir berteman sepi..

Membawa pergi rindu di hati..

Kasih menanti setia di pintu Qurbah..

Pergilah sendiri bersama rindumu..

Tinggalkanlah laramu..

Susurlah lorong yang telah disediakan..



Sahabat..

Percayalah....

Lautan kasih tiada taranya..

Menenggelamkan setiap rindu yang meronta keganasan dalam mautauka..

Umpama Tsunami merobek jiwa..

Ahh.. Ahh.. Lemas.. Lemas......



p/s... Kadang-kadang aku bertanya sendirian, Akukah pungguk Diakah bulan?

Monday, December 7, 2009

Ibu, kau di sini rupanya...... (siri 5)

Dzat! DZat! DZat! Tangkas sekali pergerakan pesilat-pesilat Belangkas bersilat. Hari ini seramai 3 pesilat baru telah diperkenalkan. Manji , Tahakontot, dan Lahkubing. Kelihatan sumbang sekali langkahan mereka kerana baru kali pertama belajar silat.

“Baiklah saudara seperguruanku, pada pagi ini telah diilhamkan padaku untuk menurunkan ilmu yang ada padaku dinamakan Layang Tubuh. Dengan adanya ilmu ini dengan keizinanNya, maka segala mara bahaya akan dapat kau elak, serangan hendap tiada terkesan, tubuh berjaga di dalam dengkurmu. Layang Tubuh bukanlah ilmu sesat, bukan menjadi kuat, jika benar jalannya akan mendapat makrifat. Ilmu ini tergantung kepada penumpuan dan bakat yang ada padamu. Bukan semua mampu menguasai ilmu ini, setinggi mana ilmu persilatanmu bukan penentuan kamu akan menguasainya. Hanyalah dengan izin Allah semata”

Mat Yong, Wak Izwil, Mat Rizan, Ahmad Shakar semuanya begitu khusyuk mendengar penerangan dari Shahar. Mat Dami dan Poka hanya tersenyum di tepi. Rupanya mereka telahpun menguasai ilmu layang tubuh tersebut. Landak Adan tiada di gelanggang kerana ada urusan lain yang lebih mustahak.

Seminggu sudah berlalu semenjak Shahar menurunkan ilmu Layang Tubuh. Namun Mat Yong masih juga belum menguasai ilmu tersebut. Mat Yong melempiaskan tubuhnya di lantai rumahnya sambil merenung memikirkan bagaimana untuk menguasai ilmu tersebut. Ketika fikirannya hampir terlayang dan melelapkan mata, tiba-tiba…. (hehe….macam biasa la)

Sunday, December 6, 2009

Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade.....

3 orang Sanin tersebut adalah merupakan 3 ninja terhebat di Kampung Daun dalam negara Pawaka. Kehebatan mereka bertiga adalah menjadi legenda dalam kampung tersebut.

Mereka bertiga merupakan pelajar kepada ninja terhebat Konoha sepanjang zaman, Hokage ke-4 kampung Daun ( Minato Namikaze) yang digelar Konoha No Kiroi senko, yang mati kerana mengorbankan diri ketika cuba menyekat Iblis terkuat dalam sejarah iaitu Musang Sembilan Ekor yang telah memporak-perandakan seluruh dunia. Anaknya sendiri bersama Uzumuki Kushina iaitu Uzumaki Naruto dijadikan korban untuk mencapai matlamatnya membawa keamanan kepada dunia.

Yang menariknya bagi saya ialah, Jiraiya telah berkecimpung di dalam bidang penulisan ( buku lucah??!), sambil menjalankan misi pengintipan di seluruh dunia.

Manakala Orochimaru menjadi seorang pemberontak yang gilakan hikmat kekal abadi, dan hobinya adalah menimbulkan kucar-kacir di seluruh dunia sehingga dikelaskan penjenayah kelas S, malah menjadikan kampungnya sebagai sasaran percubaan hikmatnya dan kerana dendam kesumat terhadap hokage ke-3 ( Hiruzen Sarutobi) sehingga sanggup membunuh gurunya itu selepas kematian hokage ke-4.

Tsunade pula terlalu asyik dengan judi walaupun beliau sentiasa bernasib malang malah tidak pernah menang pun, jika menang sekalipun, maka beliau tahu bahawasanya beliau akan dirundung malang. Anehnya..

Apa yang aneh? Yang aneh bagi saya ialah, bagaimana 3 Sanin, legenda terkuat di kampung daun, tetapi tiada seorangpun yang berminat menjadi HOKAGE.

Malah Tsunade terpaksa menerimanya kerana tertarik dengan Naruto, seorang pelajar hingusan yang berjaya merubah hatinya dan selepas kematian HOKAGE ke 3. Itulah perempuan.

Jiraiya? Langsung menolak! Beliau lebih suka menulis buku. Orochimaru? Beliau hanya suka dengan hikmat dan berdendam kerana dihalau keluar dari kampung kerana membunuh penduduk kampung daun untuk mendapatkan ilmu kekal abadi.

Maka saya ingin menjawab seperti yang menjadi soalan sahabat saya OBA di blog Tapak Yoi iaitu selain Jiraiya, saudara Mautauka juga berminat dengan penulisan.

Saudaraku OBA...

Dari kisah 3 Sanin tadi dapatlah saya simpulkan:

1. Memang apabila seorang ninja mencapai peringkat Sanin, maka minatnya berubah samada menjadi penulis (blog,e-book,cerpen,nukilan,hikayat dsb) , gila hikmat(mautauka,Oba,Fakir dsb) atau buat kerja-kerja tak berfaedah (main judi, taip blog pukul 3 pagi, main game tengah malam, buat e-book sampai sebulan, mandi bunga, dsb).

2. apabila sampai kepada peringkat Sanin juga, menjadi ketua bukanlah matlamat, tetapi matlamat adalah samada melindungi sesuatu secara bawah tanah dan berkongsi idea lucah??! (Jiraiya), menimbulkan huru-hara(orochimaru), atau langsung lari dari realiti(Tsunade). Menjadi ketua hanya jika terpaksa sahaja.

Kesimpulannya, adakah anda telahpun mencapai peringkat Sanin atau berada pada tahap shunin,chunin ataupun junin (tugas menjalankan misi kelas C,B,A atau S) maka lu fikirlah sendiri.

Aku pun tak tau nak buat kesimpuulan ape.. deyy.. ape yang aku merapik ni daa......

Wednesday, December 2, 2009

Silat Seni Gayong Malaysia.....

Assalamualaikum...

27.5.2002
Orientasi bermula selama seminggu. Masihku ingat, seorang MPP berucap, enak sungguh halwa telingaku mendengar ucapannya,penuh hikmah dan keyakinan. Tapi...susah nak nampak mukanya,kecik je orangnya.. kemudian ucapan YDP MPP,penuh jambang di wajahnya,garang sekali nampaknya. Tapi... ucapannya memang tak best. Terketar-ketar..macam baca teks. Aku bagitau pada orang sebelahku, yang kecik tu tadi mesti bekas guru, YDP tu mesti tiada pengalaman mengajar. Tepat sekali tekaanku..

22.6.2002..

6 sahabat berjanji untuk turun latihan Silat di depan bangunan MPP. 5 orang telah turun pada hari tersebut,namun aku tidak turun kerana sayangkan tidurku. Sebelum itu, YDP MPP @ Mat Dom mengajak turun bergelanggang setelah berbual pada malam sebelumnya.

2 minggu kemudian...

Aku masih terus tidur.. Jam menunjukkan pukul 9 pagi, 5 sahabat yang lain semua dah turun bersilat sejak 8.00 pagi, akhirnya aku memilih untuk sambung kembali tidur dan berasa sangat menyesal dan malu lalu timbul di hatiku, "nampaknya sekali lagi sejarahku berulang, silat bukan takdirku". Tiba-tiba..... 'uda'..'uda'.. berkali-kali namaku dipanggil. aku kenal suara itu adalah Mat Dom, aku terus bingkas bangun, melihat ke tingkat 1, dan Mat Dom mengajak aku pergi bersamanya.

Kali pertama turun bergelanggang di depan MPP. Aku di perkenalkan dengan cikgu Azman, susuk tubuhnya lebih krang sama dengan guru lamaku, cikgu Razali yang mengajarku Pusaka Gayong. Aku tengok mereka semua belajar golongan 10. Mat Dom yang ajar, lalu aku terus boleh buat sebab aku dah pernah belajar sebelum ni.. aku kenal Halim,bengkung putih,mesra orangnya.

seminggu kemudian...

Aku makin pening. inilah kelemahan utama aku. aku susah sangat nak paham buah yang dipelajari. Apa yang patut aku buat, kenapa susah sangat nak hafal setiap gerakan?! Tengok Yasir mudah je hafal. Orang lain pun mudah je.
Hanif,Ibrahim, saifullah, saiful anuar semuanya yakin jer.

Setiap kali abang shah tunjukkan buah, aku slalu melihat dengan teliti, tapi masih tak dapat buat dengan baik. Rasa macam dah fedup,nak mengalah dah. Aku ingat abang shah cakap setiap kali dia tunjukkan buah, "ha, tengok! tengok baik-baik". itu je yang dia cakap,kejam betul! Mana la aku nak paham..

Abang shah a.k.a abang KK ni aku perasan dia suka cakap melalut. kadang-kadang tak tahan nak gelak setiap kali dia buat lawak. Tapi aku perasan satu, kata-kata dia ni ramai orang tak paham termasuk aku. Tapi yang pelik, abang mat Dom, abang Po'ok, abang azlan nampaknya macam paham je ape yang dia cakap. Aku rasa sebenarnya percakapan dia ni berisi dalam mengarut! Aku ingat perbualan Mat Dom dengan dia, mat Dom tanya "ha,macammana AKU hari ni?" "Aku ok" Gilo apo diaorang ni, lepas tu gelak-gelak! penin! penin! Ckg Azman pernah cakap, "shah ni kamu kena dengar baik-baik kata dia, kerana dalam lawak dia tu sebenarnya penuh dengan makna". tapi aku tengok ckg Azman pun kadang-kadang tak paham apa dia cakap.

Waktu rehat aku mengambil peluang sepenuhnya untuk berehat di tepi longkang di depan bangunan MPP. Dah hampir sebulan aku bersilat. Masih susah untuk faham nak buat buah silat. Nasib baik ada Yasir, dia cepat hafal buah, aku sebilik dengan dia, jadi tiap-tiap hari aku tanya dan minta dia hafal buah-buah yang diajar. kami turun setiap petang berdua je di depan bangunan MPP. Malu semua buang tepi, abang shah tengok kitaorang turun petang, dia pun turun gak. Aku tercabar bila ckg Azman kata dulu abg Shah n lain-lain turun berlatih petang-petang. takkan aku tak boleh buat?

Tiap-tiap petang abang shah ajar kami buah silat. KOmbat. pening...pening... satu pagi, minum air,waktu rehat, penat berlatih silat aku duduk di tepi, aku tengok abang shah tunjuk buah silat pada orang lain. Aku sebenarnya rasa hampir putus asa je.. Tiba-tiba.... aku terlihat sesuatu yang belum pernah ku lihat. selama ini aku pandang ke atas. membangga dengan diri, berlagak, rasa di atas lebih baik. aku terlalai untuk memandang ke bawah. bila aku dah terduduk barulah ku tahu di mana silapku selama ini.

"TAPAK" ya, itulah sebenarnya yang ku cari selama ini. aku tidak memahami tapak, jadi bagaimana aku nak bersilat. Selama ini aku hanya menghafal, sebenarnya aku perlu memahami, mengerti barulah aku boleh mengenal. sejak itu, bersilat bukan lagi masalahku, buah kombat, kuncian? semuanya mudah. Yang masih menjadi sukar adalah kelembapan otakku untuk mengingat satu persatu.

Taman Nirwana. Hujung semester 1 2002.

Aku dan 6 rakanku, Yasir, Hanif, Saifullah, Saiful Anuar, dan Ibrahim mengambil ujian di taman Nirwana. Bersemangat sungguh aku rasa sebab aku buat tanpa kesilapan. Seronok rasanya, semua kami lulus, tetapi...

Monday, November 30, 2009

Ibu,Kau di sini rupanya........(siri 4)


Selesai solat maghrib secara berjemaah, ketujuh-tujuh sahabat ini tadi duduk bersila menhadap satu sama lain. Semuanya saling berpandangan dan membisu seribu bahasa. Tiada siapa yang bersuara untuk memulakan bicara.  Tidak lama kemudian muncullah che ani, isteri kepada Shahar membawa minuman pemuas dahaga sejak siang tadi. Wak Izwil tanpa membuang masa terus sahaja minum air kopi tersebut diikuti oleh Mat Yong dan lain-lain. Lega rasa tekak Mat Yong dibasahi air kopi yang sedikit kelat tersebut.
Mat Yong, abg faham niat kamu itu baik dan murni, tetapi abang rasa tindakan kamu itu terlalu terburu-buru. Kamu membuat keputusan setelah mendengar cerita dari Wak Izwil, tanpa mengetahui kebenaran kata-katanya itu. Abang tidaklah menyatakan wak Izwil menipu kamu tetapi  Wak Izwil sendiri belum pernah menemui ibumu, lantaran bagaimana kamu memastikan kesahihan ceritanya? Kenapa tidak bertanya kepada kami, saudaramu yang lebih berpengalaman? Shahar memulakan bicaranya. “ Betul kata Shahar itu Mat Yong, jangan nanti menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Kita ini ibarat batu-bata untuk sebuah rumah, tiada satu tiadalah sempurnanya rumah itu.” Sambung Landak Adan pula.
jadi abang Shahar dan abang Landak kenal ke dengan ibuku itu?” soal Mat Yong bersemangat. “Mmm..nak kata kenal sangat tu idak le, tapi seperti yang abang kata tadi, setakat yang dikhabarkan kepada abang sahaja” jawab Shahar pula. “ ibumu itu adalah seorang yang sangat tinggi ilmunya, tiada tandingannya di kampung tualang tujuh ini sejak sekian lama. Dengar kisahnya ibumu jualah yang telah mengasaskan kampung ini bersendirian tanpa bantuan dari sesiapapun. Ramai yang ingin bertemu ibumu demi untuk mendapatkan ilmunya yang tiada tandingan itu. Ibumu jualah yang telah mengasaskan perguruan silat belangkas kita ini yang dulunya dikenali dengan perguruan seni berperang pada asalnya. Namun tidak ramai yang dapat bertemu dengan ibumu malah dengar katanya terlalu ramai yang terkorban di dalam perjalanan mereka. Sebab itu perkara ini seboleh-bolehnya dirahsiakan kerana khuatir menjadi bencana kepada kampung kita ini.” Sambung Shahar lagi.
Benar kata-kata Shahar itu, abang juga pernah mendengar di surau bahawa ibumu juga adalah seorang yang pemalu, namun gembira sekiranya ada orang yang berjaya menemuinya. Namun kebanyakan mereka yang telah menemui ibumu semuanya telah mengunci bibir mereka rapat-rapat. Katanya itu adalah sumpah setia antara mereka dengan ibumu itu. Khabarnya ada seorang sahaja yang dibenarkan oleh ibumu supaya menyampaikan amanatnya namun abang pun tidak pernah berjumpa dengannya. Ibumu juga selalu bersembunyi dan amat jarang memunculkan dirinya. Ibumu mempunyai ilmu   pelimun dan perabun, malah ilmu bisik semar, semua yang kau fikir, kau perbuat, niatmu ikhlas atau tidak, semuanya diketahuinya sebelum sempat kau berjumpanya. Sebab itulah amat sedikit orang yang boleh bertemunya. Pendek kata kalau niat tak baik, memang jangan haraplah”. Landak Adan meneruskan kata-kata Shahar.

Wednesday, November 25, 2009

Aura Dalaman...... Bleach! Go Ichigo! Gambate neh!


Siapa yang penah baca komik Jepun Bleach? Kisah mengenai seorang remaja Jepun di Bandar kakakura yang nakal dan boleh nampak hantu atau dipanggil 'hollow' di dalam komik tersebut. Bagaimana beliau boleh melihat hollow secara semulajadi sedangkan orang lain tidak boleh kecuali beberapa orang sahaja seperti Ishida Uryuu? Anda boleh terus membaca kisah menarik ini di laman "onemanga".


Jadi kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai aura. Pernah disebut oleh abg Fakir di dalam blognya alam sukma mengenai mengesan serangan dari musuh, lawan atau kawan.

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan tenaga atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Copyright CVT

_________________
http://paranorms.openu2.com


Monday, November 23, 2009

Semua Bala Dianggap Ringan Kecuali Putus Persahabatan


KETAHUILAH bahawa BUKAN tanda setia kepada kawan dengan menyetujui mengenai perkara yang menyalahi kebenaran Islam, bahkan wajib kamu tentang kebatilannya dan nasihatilah kerana Allah Taala, agar dia tidak meneruskan tindakannya yang bercanggah dengan agama. Sebahagian tanda ikhlas dan benar dalam bersahabat ialah amat gelisah hati, apabila tidak sehaluan dalam perkara yang boleh menyebabkan berbalah (mufaraqah) antara kedua pihak yang bersahabat.


Sempurna kesetiaan dalam persahabatan iaitu tunjukkan rasa dukacita sangat andainya terpaksa mufaraqah dengannya. Sedaya mungkin elakkan putus hubungan dengan sahabat.Seperti dinyatakan syair Arab yang bermaksud "Didapati segala bala yang menimpa pada sepanjang masa semuanya ringan untuk ditanggung kecuali apabila terpaksa putus hubungan dengan sahabat yang rapat". Dalam persahabatan sedaya mungkin elakkan daripada berlaku putus hubungan, kerana perkara itu amat berat ditanggung oleh orang yang menganggap amat penting persahabatan.


Seorang alim yang bergelar Ibnu Uyainah apabila membaca syair tersebut lalu berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai sahabat setia yang telah 30 tahun tidak bersua dengannya. Meskipun telah begitu lama, namun hasrat dan keluhannya belum hilang dari hatiku, jangankan tutur kata dan budi bahasanya yang manis dan indah makin sukar untuk dilupakan."


Sebagai tanda setia dengan sahabat, jangan cepat percaya acuman manusia perkara negatif terhadap sahabat itu, lebih baik jika bertanya secara langsung dengan dirinya sendiri untuk mendapat penjelasan bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.


Begitu juga setengah daripada tanda setia kepada sahabat ialah elakkan daripada berkawan dengan musuh kepada sahabat kita itu, kerana perbalahan itu mesti mempunyai punca tertentu. Sedangkan Islam mengajar manusia agar bersahabat hanya dengan orang Soleh.Bagaimanapun wajar bertemu dengan seteru sahabat kita andainya berhasrat mencari jalan untuk mendamaikannya, sekiranya disetujui oleh sahabat kita itu. Jika tanpa persetujuan sahabat dikhuatiri akan melebarkan jurang permusuhan mereka berdua.


Imam Syafie r.a berkata: " Apa bila sahabatmu taat dan percaya pada kata-kata seterumu,beerti kedua-duanya berkongsi untuk bermusuh denganmu." Justeru itu dalam persahabatan hendaklah waspada terhadap anasir yang boleh meluaskan lagi medan permusuhan, andainya terjadi perkara yang negatif akan hancurlah nilai persahabatan yang dibina selama ini.


Adab dalam persahabatan seterusnya ialah perkara memandang ringan, usah mengada-ngada sehingga menyusahkan kawan-kawan. Elakkan daripada membuat sesuatu yang menyusahkkan mereka kerana persahabatan kita. Dianggap tidak bijak dalam melakukan sesuatu urusan dalam persahabatan yang terjalin,jangan bebankan sesuatu tugas yang musyaqqah buat dirinya. Mungkin kerja itu dilakukan kerana kesan pengaruh orang yang menyuruh itu adalah gurunya atau sahabat yang disegani.


Bahkan menjadi kewajipan apabila bersahabat sayugia melapangkan jiwanya, agar dia merasa segar bersahabat dengan kita. Orang rasa bahagia dan gembira bersahabat dengan kita, sama ada kerana kesantunan budi bahasa atau sumbangan harta benda kita. Biarlah seseorang itu lega jiwanya apabila bersahabat dengan kita. Jika sepanjang masa bersahabat saling tidak merasa tenang jiwa walau sekali, ertinya kita gagal dalam mengharungi persahabatan. Ini kerana tidak berjaya saling mendamaikan jiwa masing-masing.


Setiap orang jika berkawan baik murid dengan guru atau kawan sepejabat hendaknya orang merasa senang ketika kita ada bersama mereka, sebaliknya merasa pilu dan rawan dengan ketiadaan kita bersamanya. Jika suasana demikian wujud bererti persahabatannya berjaya. Oleh itu jangan sesekali kamu memberatkan orang atas nama persahabatan, seboleh-bolehnya manusia semuanya merasa senang dan gembira belaka dengan kehadiran kita. Saling bantu membantu atas jalan kebenaran serta taqwa dan tidak saling membantu atas kejahatan, seperti yang ditegaskan oleh firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2.


Erti kasih Allah SWT ialah minta tolong sahabat memperbaiki agama kita begitu jiga sebaliknya, saling ingat mengingati misalnya; hulurkan kain apabila masuknya waktu solat fardhu, terhadap kawan yang kurang ambil berat tentang mustahaknya solat pada awal waktu.


Usah dijadikan dalih tidak solat berjemaah di masjid atau musolla kerana tetamu datang ke rumah, sewajarnya beri tunjuk ajar kepada sahabat yang bertamu ke rumahnya dalam perkara yang mustahak, supaya dia mendapat manfaat daripada persahabatan dengan kita. Bersahabat selain hendak tumpang agama dan senang hati apabila berjumpa, juga untuk tumpang rapat (taqarrub) dengan Allah SWT, semoga tercapai hajatnya kerana dia seorang yang soleh dan bertaqwa.


Berkata sesetengah ulama: "Kalau meminta sesuatu yang tidak munasabah daripada sahabatnya, beerti dia telah menzalimi dirinya. Sesiapa yang tidak meminta sesuatu daripada sahabatnya, hakikatnya dia telah berbudi kepada sahabatnya.


Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; HARAKAH 3 - 5 ZULHIJJAH 1430/ 20-22 NOVEMBER 2009 (Fikrah, F6)

Ibu.. Kau di sini rupanya... (siri 3)


Semua mata tertumpu kepada Wak Izwil. Bulat mata Landak Adan menjegil kearah Wak Izwil. Wak Izwil memang dikenali suka membawa berita, pantang ada cerita semuanya ingin disebar. Ada orang kampung yang memanggilnya Wak Tempayan. Walaupun begitu, namun kata-katanya bukanlah kosong semuanya tapi berisi jua kadangkala. Cuma bagi orang kampung yang tidak mengenalinya memang tidak akan memahami maksud kata-katanya sekali-sekala.


Cuma kali ini memang Landak Adan agak marah dengan wak kerana telah menyebarkan mengenai perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Namun Wak Izwil tetap dengan wajah selambanya dan tersengih-sengih ibarat kerang busuk sambil memandang sahabatnya, Mat Yong. Baginya tiada salahnya menceritakan mengenai kisah Ibu Mat yong walaupun memang diketahuinya menjadi rahsia umum.

Sekali lagi semuanya senyap. Sebenarnya kisah mengenai ibu Mat Yong memang menjadi satu rahsia bagi orang kampung Tualang Tujuh. Seboleh-bolehnya dirahsiakan perkara tersebut kerana boleh menimbulkan bencana. Tidak ramai yang mengetahui kisah sebenar ibu Mat Yong. Jika tahu sekalipun, kebanyakan dari mereka akan merahsiakan perkara tersebut. Mereka yang tahu pun kebanyakannya telah pun pergi menemui kerinduan mereka. Semua kebanyakannya telah kembali menghadap Allah S.W.T.

Jika orang yang pernah menemui ibu Mat Yong apatah lagi, seolah-olah dikunci terus mulut mereka, dikerat lidah pun belum tentu mereka akan ceritakan. Katanya itu adalah sumpah dan janji mereka bersama ibu Mat Yong agar tidak mendedahkan identitinya kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri mereka sendiri. Kebanyakan yang kembali setelah berjumpa dengan ibu Mat Yong menjadi seolah-olah orang yang sasau. Aneh sekali perlakuan mereka dan kerapkali tidak difahami oleh penduduk kampung.

Namun mereka ini tidak pernah menyusahkan kehidupan orang lain, jika dilihat sifat mereka memang suka membantu. Malah mereka ini biasanya orang-orang yang hatinya sentiasa lekat di surau usang di Kampung Tualang 7 setiapkali azan berkumandang. Cuma sesekali sahaja perlakuan mereka yang sukar difahami malah ada yang memanggil mereka ini sudah gila.


Pernah ada seorang tua yang benar-benar mengenali ibu Mat Yong, beliau selalu membawa cerita-cerita mengenai ibu Mat Yong, , sifatnya, panggilannya dan sebagainya, namun beliaupun telah lama kembali ke pangkuan Allah Azzawajalla. Sahabat-sahabat yang rapat dengan orang itu tadi pun semuanya telah tiada lagi. Beliaulah satu-satunya orang yang dibenarkan oleh ibu Mat Yong untuk mendedahkan dirinya dan menjadi pemegang amanah pada masa itu,namun kini beliau sudah tiada lagi.

baiklah, mari kita pulang ke rumah aku dahulu, akan kuceritakan serba sedikit mengenai ibumu setakat yang dikhabarkan kepadaku. Bersabarlah, haripun sudah lewat petang,nanti akan kuceritakan kisahnya sebagai panduanmu untuk mencarinya nanti..” Shahar memberikan pandangannya dan semuanya terus bersetuju. Landak Adan langsung tidak berkata apa-apa, namun riak wajahnya dilihat seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Mat Yong juga terpaksa rela bersetuju dengan cadangan Shahar dan akhirnya semuanya terus membuntuti Shahar seolah-olah ada tali ghaib yang menarik mereka.

Memang semua maklum, Shahar tinggi ilmu kependekarannya. Hidup matinya hanyalah silat sahaja. Sebab itulah orang kampung melantiknya sebagai ketua kampung. Entah ilmu apa yang dipakainya, setiap kata-katanya jarang tidak diikuti. Malah Pak Azmi, gurunya juga mengiktiraf kehebatan ilmu anak murid kanannya itu. Hanya Poka sahaja yang mampu menegurnya, itupun bukan semua perkara. Pernah sekali Shahar mengamuk apabila ada orang luar yang cuba mencabar gelanggangnya, sampai terpatah dua pokok pinang yang tumbuh di gelanggang silat mereka. Sehingga kini masih ada kesan amukannya itu. Hampir sahaja pokok itu terkena Wak Izwil, nasib baik sempat ditepisnya dengan Gerak Lunan Selatannya yang pernah dipelajarinya dahulu.

Shahar bukanlah calang-calang orangnya. Beliau sebelum ini pernah berguru dengan Guru Andika dan Ngah Ghapur dalam perguruan Sendi Sakanya, malah kedua-dua guru ini juga adalah merupakan legenda dalam ilmu kependekaran di hulu Tanah Tualang 7 ini. (bersambung….)

Monday, November 16, 2009

Ibu.. Kau di sini rupanya... (siri 2)

Lalu bergegaslah keenam-enam sahabat ini tadi cuba mengejar Mat Yong sebelum dia pergi terlalu jauh. Bagi mereka Mat yong adalah seperti adik mereka sendiri. Segala keperitan, susah dan senang semuanya ditanggung bersama semenjak mereka saling berkenalan. Walaupun mereka pada asalnya pada aliran perguruan yang berbeza, Shahar dengan Perguruan Sendi Sakanya, Landak Adan dengan Perguruan Harimau Mengaum, Wak Izwil dari perguruan Liat Selatan, Mat Yong juga dari Perguruan Sendi Temenggung, ada pula dari perguruan Sendi Siam, dan sebagainya namun hati mereka seolah-olah telah terikat semenjak berguru dengan Pak Azmi sekian lama. Falsafah dan ajaran Pak Azmi yang terkenal kependekarannya itu telah berjaya mendidik mereka ini dan anak-anak muridnya yang lain supaya sentiasa sepadu dan sejalan dalam menghadapi apa jua keadaan dan rintangan yang mendatang. Itulah yang menjadikan mereka ini semua agak rapat dan hubungannya terasa seperti saudara sendiri.

Terhenti langkahan Mat Yong apabila terdengar ada orang yang memanggilnya sayup-sayup. Lalu dipalingnya dan mendapati keenam-enam abang seperguruannya melangkah laju ke arahnya. Sedikit gusar namun darah kependekarannya yang mengalir dari keturunan ayahnya itu menggagahkan dirinya untuk berhadapan dengan kekanda seperguruannya itu. Dikesatnya peluh jantan yang bercucuran di dahinya dan segera menghentikan langkahnya.

“ Kenapa kau pergi tak bagitau kami? “ sergah Mat Rizan sambil mencekak pinggang. Tertunduk Mat Yong membisu seribu bahasa,takut bertentang wajah dengan Mat Rizan. Dikejapnya bibir sambil menunjukkan muka seolah-olah orang yang tidak bersalah.

“ Kenapa tiba-tiba kau nak pergi cari ibumu? Apa kau tak selesa tinggal di Kampung Tualang Tujuh ni? Di sini kau ada kami, sahabatmu, ada rumah tersergam indah memukau jiwa setiap yang melihatnya, malah ada tanah seluas saujana mata memandang. Lagipun sudah lama kau menetap disini, kenapa kau nak susahkan diri menempuh perjalanan jauh dan sukar untuk mencari ibumu yang entah di mana? Bagaimana dengan hartamu, ladangmu, emas dan permatamu?” sambung Mat Rizan lagi.

Ikut hati, mahunya di ‘silat’ Mat Yong seperti yang selalu dibuatnya sewaktu Mat Yong masih lagi remaja dahulu. Sunyi seketika suasana di situ, hanya kedengaran nafas mendengus sekali sekala serta suara cengkerik yang memecah suasana.

“ Aku rindu akan ibuku” perlahan suara Mat Yong memecah keheningan. “Kenapa baru sekarang?” sampuk Poka yang dari tadi mendiamkan diri. “Sebenarnya….. sudah lama aku mendengar pelbagai cerita mengenai ibuku yang telah lama menghilang dari orang-orang kampung. Tapi selama ni aku tak kisah pun. Semalam Wak Izwil bercerita mengenai ibuku dengan agak panjang lebar menyebabkan semalaman aku tak tidur memikirkan ibuku dan akhirnya akupun mengambil keputusan untuk mencarinya pada hari ini.” panjang penerangan dari Mat Yong. Harapannya dengan cerita tersebut akan memuaskan hati kekanda-kekandanya.

“ Abang tak salahkan Mat Yong keluar mencari ibu, tapi kenapa Mat Yong tidak memaklumkan kepada kami? Mat Yong rasa kami akan menghalang hasrat Mat Yong ke?” soal Poka. Kelihatan Mat Yong mengangguk lemah. “Hmmm……” dengus Mat Dami sambil memerhati Mat Yong... (bersambung)