Tuesday, January 26, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 3) - Sambungan

Lalu orang tua itu menjelaskan kepadaku satu persatu mengenai kertas yang dilakarnya itu. Aku mendengar dengan serius dan kadangkala tersenyum. Namun lebih baik tidak diceritakan kerana boleh menimbulkan fitnah ke atas diriku dan dirinya.

Satu Subuh ,sekali lagi aku pergi ke masjid dan berbual lagi dengannya. Jika tak silap dalam bulan puasa. Malam sebelumnya beliau datang ketika orang sedang solat tarawikh,namun beliau hanya tidur dan tidak solat sekali bersama-sama jemaah. Seorang sahabatku menyatakan keraguannya terhadap orang tua itu kerana tidak solat fardhu berjemaah bersama-sama orang lain malah kadang-kadang nampak tidak solat fardhu sampai habis masa. Bukan sekali malah setiapkali ke Masjid Tanjong Malim.

' Saya orang Musafir,siapa kata saya tak solat? Entah saya dah buat Jamak di tempat lain atau buat jamak Takhir'. jawab orang tua itu bila aku tanya pada subuh itu. 'Subuh saya ikut sekali'katanya lagi.

'kadang-kadang saya solat saya tak dapat nak ikut imam kerana saya tenggelam,mabuk dalam solat terutamanya waktu Asar. Jadi lebih baik saya tak ikut imam.' Itu serba-sedikit penerangan beliau yang aku ingat (mungkin tak sama dengan 100% percakapannya).

Dan banyak lagi penerangannya pada pagi itu yang jika aku ceritakan pasti ramai yang kata orang tua itu kurang waras. Setelah itu,aku tidak lagi bertemu dengan orang tua itu. Kenapa? Kerana aku sudah faham sesuatu,bukan kerana aku anggap orang tua itu gila maka aku tidak lagi bertemunya tetapi kerana aku adalah seorang PESILAT dan seorang PENDIDIK. Aku bertemunya hanya untuk mencari sekelumit jawapan.

Allah telah mengurniakan aku laluan sebagai PENDIDIK dan PESILAT untuk aku berkongsi ilmu ini kepada orang lain. Jalanku bukanlah jalan mereka. Aku tidak akan meninggalkan amanah Allah ini untuk kepentingan diriku sendiri. Bagaimana caraku bukan persoalan. Inilah ujian yang Allah telah beri kepadaku,maka mengapa aku harus lari dari ujian ini.

Setiap orang ada ujiannya sendiri,begitu juga orang tua itu tadi. Itulah jalannya,maka ramai yang menganggapnya gila, bukan menganggapnya sebagai orang yang berilmu atau pemimpin kecuali sedikit sahaja yang memahami. Itu hak dia,bahagian dia. Bukan menghinanya tapi itu adalah terbaik untuk dia tapi bukan untukku.

Jalanku juga penuh dengan ranjau dan duri. Aku kena hadapinya kerana aku Hamba Allah dan umat Nabi Muhammad. Yang penting,ikhlas! Itulah pesan guruku saudaraku abang Shahrizad.


PS
matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang Allah dan Nabi suruh dan larang, maka itulah TARIQAT MUHAMMAD RASULULLAH SAW.



Saturday, January 23, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 3)

Kisah ini berlaku pada tahun 2005 ketika aku masih menuntut di UPSI dahulu. Ketika itu aku baru sahaja dikurniakan sebuah ilmu gerak rasa oleh Allah Yang Maha Gagah melalui guru dan saudaraku abang Shahrizad.


Dimaklumkan padaku sebelum itu oleh abang Azlan mengenai seorang tua yang selalu singgah di Masjid Tanjong Malim. Orang tua itu bertongkat dan selalu membawa gendongan kain ataupun beg, aku pun tak berapa ingat. Abang Azlan telah berjumpa dengan orang tua itu dan tanpa disangkanya orang tua itu tahu bahawa beliau adalah orang Banjar walaupun beliau tidak memberitahu orang tua itu.


Digerakkan dengan Kehendak Allah,satu hari aku akhirnya pergi ke pekan Tanjong Malim dan ditakdirkan Allah aku berjumpa dengan orang tua tersebut sedang duduk di depan restoran mamak berdekatan BSN Tanjong Malim. Dengan sebuah tabung dan beberapa kertas berwarna kuning jika tak salah dan terdapat beberapa salinan, kelihatan seolah-olah beliau sedang meminta sedekah.


Lalu aku memberi salam dan duduk dihadapannya. Secara jujur aku katakan jika abang Azlan tidak pernah bercerita mengenai orang ini,mungkin aku tidak akan berhenti bersalam dengannya kerana orang tua itu kelihatan seperti orang yang tidak siuman dengan pakaian yang agak comot dan tidak terurus.


Orang tua itu berkata sesuatu padaku memujiku namun aku tak ingat katanya. Lalu ditunjukkan padaku kertas kuning tersebut dan diterangkannya padaku walaupun aku tak berapa faham. Aku menghulurkan padanya RM 5 untuknya kerana memberiku ilmu dan kertas kuning tadi. Ramai yang memandang aneh padaku namun aku hanya tersenyum puas dan bersalam serta mencium tangannya.


Beberapa hari kemudian aku berjumpa lagi dengan beliau di Masjid Tanjong Malim, berbual meminta penerangan mengenai kertas kuning tersebut. Lalu tanpa disangka  ketika rancak berbual, dia tahu bahawa aku adalah pelajar sains di UPSI dan belajar dalam tahun 3. Ketika itu, aku berada dalam semester 5. Aku dimaklumkan bahawa beliau adalah seorang pengikut Tarikat Naqsyabandi dan umurnya dalam lingkungan 90 tahun jika tak salah. (Bersambung.....)


Monday, January 18, 2010

Ibu..Kau Di Sini Rupanya...(siri 8)


“Dummmm”  Mat Yong terjelepuk umpama nangka busuk sambil mengurut-ngurut dahinya yang kian membengkak. Kelam dirasakan dunianya sebentar. Sambil terlentang menghadap dan merenung langit yang terbentang luas, dipeluk kedinginan malam yang pekat gelita dengan bersuluhkan sedikit kerdipan cahaya bintang ehsan dari Cahaya Yang Maha Terang. Mat Yong keliru, terkedu dengan peristiwa yang baru dialaminya.
“ Bukankah aku telah menguasai ilmu tersebut? Bukankah sepatutnya aku boleh mengelak segala bahaya yang datang dengan ilmuku itu? Apa silapku? Berlegar-legar soalan itu menjelma di fikirannya.
“Mat Yong, Bahagia atau  celaka bukanlah ditentukan olehmu melainkan dengan Ilmu Allah,Kekuasaan Allah semata. Sehebat manapun ilmu yang kau kuasai tidak akan dapat melawan Qada dan Qadar Ilahi. Hatimu masih disulam dengan nafsu amarah yang bergejolak, masih gelap-gelita,buta dalam memahami ilmu kebatinan yang luas. Masih belum sampai masanya,janganlah terlalu asyik dengan mainanNya itu” tiba-tiba terlintas percakapan itu di dalam hatinya. Benar,memang Mat Yong merasakan agak seronok dan ujub dengan ilmunya itu.
Mat  Yong masih lagi terlentang, merenung jauh ke dada langit, memerhati bulan dan bintang di celah kepekatan malam, mencari sedikit ketenangan. Kesal dengan sikapnya selama ini yang sentiasa bermegah dengan ilmu yang sedikit sehingga menganggap dengan ilmunya itu boleh menjauhkannya dari segala bahaya. Jika telah sampai masanya,maka Allah sedikitpun tidak akan menangguhkan rahmat atau seksaanNya.
Mat Yong terus bangkit, meredah malam dengan mata zahir dibuka luas, mencari jalan pulang ke tanah asal, di rumahnya yang diwarisi dari nenek moyangnya dahulu kala. Penuh senyuman, Mat Yong berikrar untuk tidak lagi asyik diulit rasa megah terhadap ilmu tetapi mula mencari dan memahami kemegahan ilmu itu sendiri. (bersambung....)

Thursday, January 14, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 2)

Kisah ini terjadi pada tahun 2006. Ketika itu aku adalah seorang guru sandaran tak terlatih (GSTT) di sebuah sekolah di Perak. Tempoh tersebut adalah merupakan tempoh yang penuh ujian untukku semenjak awal tahun 2005.

Pada satu ketika aku berada dalam kepayahan, kekeliruan yang menyenakkan fikiran, berusaha mencari sebuah jawapan kepada teka-teki yang sarat dengan hikmah di depan mata. Aku berusaha mendekatkan diri dengan Allah, mengamalkan zikir yang telah ditalkinkan oleh guruku, sambil hati diikat dengan cinta awekku(kini isteri.hehe), tugas sebagai guru yang memberatkan jiwaku. Entah bila masanya aku beribadah dengan khusyuk. Bagai-bagai perkara nak kena fikir. Sekolah, awek, pelajar dan sebagainya.

Jadi bagaimana nak jadi seorang yang hatinya dekat dengan Allah jika asyik tersekat dengan perkara duniawi ni. Ini mustahil !!!. Aku meminta pandangan abang Azlan dan abang Shah selaku guruku dalam pencarian hakiki. Solat dilewat-lewatkan, malah ada masanya ditinggalkan. Sukarnya bersendiri dalam mendepani ujianMu Ya Allah. Kasihanilah HambaMu ini.

Lalu satu hari aku mendapat jawapan hasil penerangan Abang Azlan dan dengan kefahaman yang telah diberikan olehNya. Namun hatiku dan jasadku tetap berat dalam menjalani kehidupan di tengah ramai,penuh dengan kepelbagaian manusia, memuaskan hati setiap orang di sekeliling kita. Hebatnya Iman Rasulullah dan para sahabat serta pejuang-pejuang islam yang menegakkan Islam di muka bumi, bagaimana mereka boleh mendepani segala masalah umat, padahal hati mereka sentiasa dekat dan menjadi kekasih Allah.

3 malam berturut-turut aku berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah agar menemukan aku dengan seorang waliNya, yang merupakan seorang guru sepertiku, tetapi hatinya sentiasa dekat denganNya. Tujuanku ingin tahu,adakah benar wujud walinya yang bekerja di tengah ramai.

Ditakdirkan Allah, hari keempat,aku berbual dengan seorang guru dan akhirnya terbuka apa yang tertutup selama ini mengenainya. Aku benar-benar terkejut, seorang guru yang selama ini ada di hadapanku, orangnya biasa sahaja, hisap rokok, buat lawak, dan sebagainya, namun pengalaman batinnya tersangatlah tinggi dari pengetahuanku. Aku tak faham ketika itu semua penerangannya,namun setelah aku membaca buku Sirrul Asrar karangan Syeikh Qadir Al Jailani,aku mula memahami sedikit demi sedikit. Adakah dia seorang wali Allah? Entahlah....

P/s memang ramai Wali Allah yang ada di kalangan manusia,namun kita memang tak diberitahu. Jadi hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu kepada seseorang terutamanya ulamak kerana mungkin mereka salah seorangnya adalah wali Allah.


Penafian : Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi - Riwayat Al-Bukhari

Sunday, January 10, 2010

Al Kisah Si Kerang


yeeepiii!!!

Yaaahuuuu!!!!!

yihaaaaa!!!

Yabedabedu!!!!!

Si karang : hei kerang, kau buat apa tu?! kau tak takut dengan ombak ke?

Si kerang : Ah,marilah karang! main bersamaku, gembira bersamaku!

Si karang : kau gila? aku ini terlekat pada sang pasir, ini kejadianku! Aku Menanti ombak menhempas aku untuk menyatu dengan lautan!

Si kerang : Ah sayangnya.. Jika begitu bukankah engkau akan hilang ditelan lautan? engkau akan tewas walaupun engkau gagah melawan ombak. Mangapa kau melawan?

Si Karang : Sibuklah engkau! engkau bukan aku! kau masih belum jawab soalanku, mengapa engkau kelihatan gembira? apa kau tak takut pada ombak ganas?

Si Kerang : Aku bergerak mengikut alunan ombak. Dihanyut ke darat, ditarik ke laut. aku tidak melawan,aku bersahabat dan bermain dengannya. Aku gembira bersama ombak.  

Si Karang : eh, tidakkah ombak itu ganas? bagaimana kau boleh bersahabat dengannya?

Si kerang: Karang...karang... Bukan semua yang ganas itu menyakitkan dan memusnahkan.. Ombak hadir kerana dipaksa angin. .   aku juga memerlukan ombak untuk membawaku ke lautan, tetapi aku tidak melawan kerana ombak tetap adalah lautan dan Aku adalah sebahagian lautan......Jika dikau sepertiku pasti kau akan mengerti. Kerana aku adalah seorang kerang dan tetap juga akan menjadi pasir sepertimu..

Si Karang : Oh... Lantak kau la! Akhirnya aku dan kau tetap menjadi pasir.

Si Kerang : yeeeeepiiii!!! yaaahuuuuu!!!



p/s Dekat di mata, dekat di jiwa.... hehe....

Saturday, January 9, 2010

Kisah Seorang Wali Allah SWT (Bahagian 1)

Seorang sahabatku di sekolah lamaku mengajar pernah bercerita padaku.

Beliau pernah mengerjakan haji menaiki kapal merentasi Laut Merah daripada Iran dan berjalan kaki menuju ke Mekah. Ketika itu, beliau menuntut di Universiti Al-Azhar.

Beliau berjalan bersama sahabat yang tidak dikenali, makan berehsankan sedekah, tidur beralaskan ihram sehinggalah seorang penduduk Mekah yang berasal dari Indonesia mengajaknya berteduh di rumahnya.

Suatu hari, setelah penat beribadah, beliau tertidur di sebatang tiang di Masjidil Haram. Ditakdirkan Allah beliau bermimpi..

Beliau terlihat seorang tua yang dikenalinya diapit oleh dua orang Negro yang bertubuh tinggi dan sasa, dipapah kedua tangan orang tua itu dan membawanya mengelilingi Kaabah dengan pantas sekali dan hilang di celah lautan manusia.. Tiba-tiba,beliau tersedar dari ulit lenanya..

Setelah terjaga beliau pergi ke kediaman pelajar Malaysia dan bertanya jika orang tua itu dijemput hadir ke sebarang majlis oleh pelajar-pelajar di sana. Lalu dijawab oleh mereka tiada.

Bingung dengan mimpi yang dialaminya tadi, beliau terus pulang menuju ke Kaabah untuk meneruskan ibadahnya. Terkaku beliau sebentar, tubuhnya dirasakan seolah-olah dialirkan arus elektrostatik lemah apabila melihat dengan kedua-dua biji matanya sendiri seperti yang dimimpikan tadi,berada agak dekat dengannya lalu cuba untuk mengejar orang tua tersebut  untuk menyapanya. Namun kelibat orang tua itu semakin jauh dan akhirnya hilang di celah-celah lautan manusia yang sedang melaksanakan ibadah haji.

Lalu untuk memuaskan hatinya, beliau menghubungi saudaranya di kampung dan bertanya jika orang tua yang dilihatnya dalam mimpi tadi berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan haji pada musim haji tahun tersebut.

"Baru pagi tadi beliau memberikan ceramah di pasar Siti Khadijah"


Beliau terpana dan termenung mendengar jawapan saudaranya....
(kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, tahun jika tak salah pada 1994)


Ps MasyaAllah.. Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah pengantinnya Allah, maka hanya Allah sajalah yang boleh melihat Mahramnya walaupun dia hidup di celah-celah manusia, makan,minum dan berlaku seperti manusia-manusia lain. 

Diceritakan padaku oleh Ust. Ibrahim bin Yaacob, orang tua itu adalah Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat. 




Penafian : Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi - Riwayat Al-Bukhari

Friday, January 8, 2010

Silat Seni gayong Malaysia

"TAPAK" ya, itulah sebenarnya yang ku cari selama ini. aku tidak memahami tapak, jadi bagaimana aku nak bersilat. Selama ini aku hanya menghafal, sebenarnya aku perlu memahami, mengerti barulah aku boleh mengenal. sejak itu, bersilat bukan lagi masalahku, buah kombat, kuncian? semuanya mudah. Yang masih menjadi sukar adalah kelembapan otakku untuk mengingat satu persatu.

Taman Nirwana. Hujung semester 1 2002.

Aku dan 6 rakanku, Yasir, Hanif, Saifullah, Saiful Anuar, dan Ibrahim mengambil ujian di taman Nirwana. Bersemangat sungguh aku rasa sebab aku buat tanpa kesilapan. Seronok rasanya, semua kami lulus, tetapi...

Markah aku yang paling rendah sekali. Aku mendapat 16 markah, orang lain dapat 17 markah dan paling tinggi Yasir dapat 18 markah. Aku rasa kecewa kerana aku rasa aku pun dah berusaha bersungguh-sungguh malah aku pernah belajar Silat Gayong namun markah aku paling rendah.

Bertitik tolak dari hari itu, aku berazam untuk mendapat markah tertinggi dalam ujian bengkung. Aku berlatih sungguh-sungguh, menghafal setiap buah kombat dan kunci mati serta golongan 85 satu persatu. Cikgu Azman ketika itu jarang melatih kami kerana melatih senior bengkung merah bermain senjata. Seingat aku, pada awal bergayong di upsi, yang melatih adalah abang Mat Dom, abang Ejal@Pook dan abang shah. Kadang-kadang Halim memberi tunjuk ajar.

Aku selalu berpasangan dengan Yasir dalam bersilat. Seorang sasa, seorang kurus kering. Yasir mudah mengingat pelajaran, namun kurang pada susunan. Aku memang payah nak ingat pelajaran tapi agak hebat dalam susunan. Huhuhu! Masa itu je la..

Kemudian Chein masuk silat, aku ingat sebab aku yang tanya dia masa tengok dia macam berminat masa tengok kami berlatih.Maklumlah, naib Presiden! huhuhu! Kau menyorok kat pokok pinang woi! Badan punyo la bosa!  Masa tu chein pakai bengkung hijau,cikgu Azman suruh dia pakai bengkung Hijau dan berlatih bersama kami walopun baru masuk. Aku putih, Halim dah hijau. Chein masuk kerana amik Kokurikulum.

Kami amik bengkung hijau di UPSI. Ketika tu aku Naib Presiden,abang Rizal Presiden. Kami lulus,tetapi markah aku bukanlah yang paling tinggi. Pada peringkat hijau rasanya Yassir lebih tinggi. Ibrahim tidak mengambil ujian dan jarang turun latihan kerana memberi tumpuan pada pelajaran.

2 bulan selepas memegang bengkung hijau, Abang Shah mengarahkan aku dan Yasir untuk mengambil bengkung merah bersama sahabat-sahabatku.. Aku hubungi Hanif, Saifullah, Saiful Anuar,Halim,Chein dan memaklumkan akan perkara tersebut..

Halim dan Chein menyatakan tak pasti, kerana baru lagi ujian bengkung jadi takut tak sempat nak bersedia, namun aku menyatakan pada mereka berdua.

" Aku menghormati korang sebagai senior, korang pegang bengkung awal dari aku,aku taknak sama bengkung dengan korang! Aku nak kau amik jugak"

Kalo korang ingat lagi la.. Sebenarnya aku buat begitu sebab taknak rasa sombong dan bongkak dengan korang! you're my brother! Aku taknak rasa setaraf dengan korang. Pehh, pecah rahsia,hilang pahala gua!

Sebenarnya ada sebab mengapa abang Shah mengarahkan kepada kami untuk mengambil ujian tersebut walaupun dialah yang beria-ia supaya kami mencukupkan 90 jam latihan kalo tak salah. Sebabnya..... (bersambung lagi!!! )

Thursday, January 7, 2010

Suara Pemimpin Islam (dari blog tok Guru)

 Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris)  yang terjemahannya:


(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19:  Surah Ali’Imran).”


Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan?  Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan  “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi.   Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu)  memberi  erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia  tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam.  Inilah salah satu puncanya sehingga  saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik.  Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.


Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama?  Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais?   Sama?   Tak serupa?   Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu.   Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri?   Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama  ini serupa  tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama.   Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.


Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan  berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS  jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan  “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini?  Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk  hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan  Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.


Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda  dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”   (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ  BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

Katok ke Ular?

Lelaki A :Eh, ular!!!

Lelaki B : Katok la!

Lelaki A : Ular la!!

Lelaki B : iyo la, katokk la!

Lelaki A : Aku cakap ular,ular la! Bukan Katak! Lempang jugak budak ni kang!

Lelaki B : iyo la, katok la ular tu!!

Lelaki A : Bodoh! Aku cakap ular dia cakap katak!(bengang)

Ular pun berlalu sambil kedua-dua manusia tadi terus bertengkar..


P/S Kerana Bahasa..... Padahal Melayu... pesan guruku di Taiping, manusia selalu bergaduh kerana memahami bahasa dengan tafsiran yang berbeza. Ada yang reti bahasa, dituduh tak reti bahasa, ada yang tak reti bahasa, buat-buat reti. Susah-susah punggai je ular tuh!!  kalo tak pun, Mekon je!! HAHAHAHA...