Aku ahli pada sebuah persatuan
Warna bengkung boleh la tahan
Bertaraf gurulatih itulah tujuan
Hanya nak kongsi warisan berzaman
Tak perlu lagi mencari guru-guru lama
Sebab aku memang dah mahir semua
Untuk apa aku berharap pada mereka
Nak berdiri tegak pun dah tak daya
Ada ke suruh aku jadi pengikut
Abih jawatan tinggi kau nak kaut?
Aku pun nak merasa dihormati
Kerana bengkung dan jawatan tinggi
Kalau setakat buat demo pisau
Bagi je la kat budak-budak hijau
Kalau nak tunjuk cindai
Yang itu memang aku pandai
Kata guru aku semuanya kena patuh
Guru lain aku buat acuh tak acuh
Kalau sebut bab nak bergaduh
Panggil saja semua aku tutuh
Tak payah la sebut bab nak berbincang
Buat sahaja semua yang kau rancang
Kalau nak juga ajak semeja
Pastikan aku dapat layanan istimewa
Bab pendapat tak payah la lawan
Korang bukannya ambil bahagian
Semua duit persatuan korang makan
Kat orang lain kau tak kesian?
Bab mengajar beri pada aku
Sambil duduk aku tengok buku
Hey salah tu!
Takkan itupun korang tak tahu!
Faham ke tidak aku tak peduli
Janji yuran persatuan kau bagi
Cukup bulan aku dapat gaji
Zaman ini zaman teknologi
Semua ada di hujung jari
Tak faham cari la sendiri
Riak bukan, sum’ah pun bukan
Hanya nak kongsi sebuah warisan
Peninggalan pendekar menentang penjajahan
Cuma kita tidak sehaluan
Ada yang suruh aku ambil ujian
Tak payah la, aku bukannya orang kanan
Aku redha dengan keadaan
Janji aku ada pelajaran!
Kalau korang nak suruh juga
Bagi la jawatan AJK pun tak apa
Janji aku ada benda nak bangga
Ini tidak satu pun tak ada
Pada semua aku nak pesan
Korang semua jangan nak perasan
Kalau bab bersilat akulah paling berwawasan
Sebab aku pendekar handalan
Ibnu Haron, Jumaat 26.2.2010 ; 03.57 a.m