Aku ahli pada sebuah persatuan
Warna bengkung boleh la tahan
Bertaraf gurulatih itulah tujuan
Hanya nak kongsi warisan berzaman
Tak perlu lagi mencari guru-guru lama
Sebab aku memang dah mahir semua
Untuk apa aku berharap pada mereka
Nak berdiri tegak pun dah tak daya
Ada ke suruh aku jadi pengikut
Abih jawatan tinggi kau nak kaut?
Aku pun nak merasa dihormati
Kerana bengkung dan jawatan tinggi
Kalau setakat buat demo pisau
Bagi je la kat budak-budak hijau
Kalau nak tunjuk cindai
Yang itu memang aku pandai
Kata guru aku semuanya kena patuh
Guru lain aku buat acuh tak acuh
Kalau sebut bab nak bergaduh
Panggil saja semua aku tutuh
Tak payah la sebut bab nak berbincang
Buat sahaja semua yang kau rancang
Kalau nak juga ajak semeja
Pastikan aku dapat layanan istimewa
Bab pendapat tak payah la lawan
Korang bukannya ambil bahagian
Semua duit persatuan korang makan
Kat orang lain kau tak kesian?
Bab mengajar beri pada aku
Sambil duduk aku tengok buku
Hey salah tu!
Takkan itupun korang tak tahu!
Faham ke tidak aku tak peduli
Janji yuran persatuan kau bagi
Cukup bulan aku dapat gaji
Zaman ini zaman teknologi
Semua ada di hujung jari
Tak faham cari la sendiri
Riak bukan, sum’ah pun bukan
Hanya nak kongsi sebuah warisan
Peninggalan pendekar menentang penjajahan
Cuma kita tidak sehaluan
Ada yang suruh aku ambil ujian
Tak payah la, aku bukannya orang kanan
Aku redha dengan keadaan
Janji aku ada pelajaran!
Kalau korang nak suruh juga
Bagi la jawatan AJK pun tak apa
Janji aku ada benda nak bangga
Ini tidak satu pun tak ada
Pada semua aku nak pesan
Korang semua jangan nak perasan
Kalau bab bersilat akulah paling berwawasan
Sebab aku pendekar handalan
Ibnu Haron, Jumaat 26.2.2010 ; 03.57 a.m
32 comments:
aku jumpa lagi sorang uru silat hebat. kena menuntut ni
siapa dia? hehe..
guru silat hebat tu jarang mgngajar. main tunjuk jari je dah! huahua!
kerling...kerling je..hebat tuk guru ni
dengarnya banyak petua-petua. petua masakan kot!
apo kono dgm mu ni jang....minta salin sajak power ni huhuhu
sape pulok kiai sepuh ni? salin je la kiai sepuh. nak bagi royalti pun takpe. huhuhu..
pendekar Ibnu Haron yang hebat.
Tok Guru, ajarlah daku ilmumu
biar nanti aku mampu jadi orang berguna
haha! ni yang aku tak tahan nih!
ni nak beritau kat saudara fakir,
ilmu ni saya belajar dari guruku.
orang banjar juga tapi bukan
saudara fakir. orang lain.
mungkin saudara fakir pun kenal.
Kirim salam kat dia tuh ye.
ni ada org tanyab sapa kiaisepuh sungguh kau yg bertanya... aku amat mengenali ko wahai pendekar handalan...
huh,nampaknya kiai sepuh berilmu bisik semar.. hehe..
hahahha gelojak jiwa jgn ko lupa kisah bengkong mu melayang di atap sana...
kiaisepuh, blog gayong hang dah dekat 4 bulan tak update tau
aaaa..mana ada blog gayong yang mana ya? nak beli kamus bleh la cuba pi ke blog http://e-bookhebat.blogspot.com/
eh,bukan saya punya yang terbang sampai ke atas tu bang. itu harimau ekstrem punya. saya abang fakir kata harimau api sebab suka mengamuk! hehe..
bukan, harimau api yang terbakar kaki masa demo lompatan gelung api waktu konvo tu..... bukan kau la. huh, perasan!
apa daaaaa tak faham
harimau api kat sarawak daa.. harimau gelung api..
lepas tu terduduk.. blur kejap..
betul gak ye.. tu harimau gelung api, harimau angkara di selatan, aku harimau malu kot! haha!
cis aku dah lama tak bersua muka ngan harimau angkara apa dia seperti dulu suka membuat angkara...
dia skang dah jadi harimau gout
harimau untut berkaki tiga..
jeng jeng jeng!
itupun masih lagi berbuat angkara dan onar! huahua!
ish...ish,...bila mau insaf daaaa...harimau untut berkaki tiga kalau di cabut menjadi dua.,..namun bertapak menyusur belantara..semangat yang kuat terus membara...itulah dia harimau angkara...jangan di cabar jangan di cuba...silap langkah buruk padahnya...klau mahu menuntut pergilah ke sana...kemana?....ke selatan negara kita...sebelum harimau untut berkaki 3 pergi bertapa buat selamanya....
Innalillah..
...miaauuu...
syohh..syohhh..
tengok sekarang harimau untut berkaki tiga sudah menjadi kucing yang manja
goreng sodap nih. taruk bawang bagi lebih sikit
jangan lupa buat manis skit!
aik mentang2 kawen ngan org kelantan asyik makan manis aje hati2 nanti kena potong kaki hahahahaha
Jauhkan memakan makanan bergula tebu.
Post a Comment