Monday, November 15, 2010

Ibu.Kau Di sini Rupanya... (Siri 14)



            Lalu Shahar mengajaknya solat Maghrib dahulu kerana haripun telah beransur kelam.  Mat Yong lalu mengikuti rapat disisi dan pulang dengan keadaan perasaannya  bercampur baur. Beliau sebenarnya masih mengharapkan untuk memiliki bunga yang menjadi idaman setiap manusia yang melantas di taman tersebut,namun apakan daya, dia sedar dia tiada kuasa untuk menentukan dengan kehendak hatinya kerana kehendak pengukir sentiasa mengatasi kehendak pembeli.

            Pengukir tahu mengenai pemilik yang sesuai untuk menyimpan bunga ukirannya. Setiap helai daun, setiap kelopak bunga setiap inci panjang tangkainya telahpun diukur molek benar dengan kehendak dan kesesuaian bakal pemiliknya. Sebab itulah orang lain tidak sesuai untuk menggunakannya. Seperti juga senjata Melayu yang ditempah khas untuk seseorang, maka pengukir akan mengukur setiap inci panjang dan lebar yang sesuai untuk si pemakai supaya tidak akan memakan diri sendiri di kemudian hari. Jangan nanti harapkan pagar,pagar pula yang memusnahkan padi akibat rapuhnya pagar yag didirikan itu tadi.

     Kini Mat Yong telah mula memahami  bahawa walaupun sehebat manapun ilmu kependekarannya, seutuh manapun kasih dan sukanya akan bunga tersebut, sedalam mana keinginannya untuk memilikinya, sekuat mana keteguhannya berusaha mendapatkannya,namun takdir lebih mengatasi segala-galanya. Maka benarkah takdir menentukan segala-galanya? Jika begitu mengapa perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu? Mengapa perlu berusaha untuk memiliki sesuatu seperti harta, ilmu dan sebagainya??!!! Tidak bolehkah sekadar berserah kepada takdir jika takdir yang memiliki segala-galanya? Terhambur persoalan demi persoalan dalam hati Mat Yong. Solatnya pada malam itu berimamkan Shahar menjadi tidak khusyuk dan diapun tidak tahu apa yang dibaca sepanjang solatnya tadi. Sedar-sedar Shahar sudahpun memberi salam.

       Selesai memberi salam, shahar pun berpaling menghadap mat yong dan menemukan lututnya dengan lutut Mat Yong. Direnungnya Mata Mat Yong dengan renungan yang tajam. “apa pula la orang tua ni nak” Detik hati Mat Yong sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Tahukan kamu apa yang menjadi hakmu? Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul keluar dari mulut Shahar.  “Hakmu adalah mendapat rezeki yang ditentukan oleh Allah… Maka apa pula hak Allah?” sambung Shahar lagi walaupun soalan pertamanya belumpun sempat dijawab Mat Yong. “hak Allah adalah mendapatkan taat dari hambaNya.. Kau berusaha dengan taat maka Allah akan menilainya dan memberi dengan kehendakNya bukan dengan kehendakmu. Kau terlalu mengidamkan bunga emas tersebut sehingga kau merayu-rayu dan meminta-minta pada penjual sedangkan sepatutnya kau meminta pada pengukirnya,maka jika itu hakmu akan pengukir itu beri padamu.. Kau telah meminta dengan cara dan jalan yang salah, kerana itu hatimu sentiasa gundah  gelisah.  Apakah yang melupakan kau pada janjimu untuk mencari ibumu dulu?”  Adakah hati kau sudah tidak ingin kembali pada ibumu kerana godaan-godaan sepanjang perjalanan kau ini? Apakah kau sudah bosan dan terpaut pada kecantikan Bandar ini sehingga kau tidak ingin pergi ke Bandar yang lebih besar,mewah dan lebih cantik daripada ini serta bukannya palsu seperti ini?” nada suara Shahar sedikit berubah. Mat Yong hanya mampu diam seribu bahasa,usahkan menjawab,nak bertentang mata pun dia tidak berani.
            Tersentak dengan kata-kata Shahar, Mat Yong terus tertunduk malu. Malu semalu-malunya sehingga ingin meminta maaf pun terasa malu dan tak berdaya. Hatinya sebak memikirkan janji yang pernah dimeterainya dulu. Kesal memikirkan dirinya yang terpedaya dengan kecantikan dan kemewahan palsu yang tidak kekal lama. Perlahan air matanya terjurai membasahi pipinya. Lalu Mat Yong berkata “Bantulah aku melupai keinginan palsu ini, aku kesal…”
            “Mmm, Baiklah… kau mulakan dengan istighfar memohon keampunan kepada Allah atas segala dosamu yang telah lalu…kerana hatimu hanya boleh ditenangkan olehNya. Hari ini aku  akan mengajarkanmu suatu ilmu yang jika kau beramal dengannya,maka kau akan beroleh kekuatan yang benar,jiwa dan ragamu akan bersatu dengan alam sejagat. Kau bukan sahaja boleh memahami bahasa manusia,malah tumbuhan dan haiwan pun akan berinteraksi denganmu… Tapi ingat, ilmu ini jangan disulam dengan sebarang niat yang tidak suci. Inilah juga ilmu yang akan membuka jalan yang tersembunyi selama ini dari mata zahirmu, jalan yang akan membawa kau ke Bandar bersemayamnya ibumu yang kau cari-cari itu. Namun segala-galanya adalah bergantung pada ibumu jua. Namun aku percaya,ibumu lebih merindui saat pertemuanmu dengannya daripada kerinduanmu untuk bertemu dengannya. Ibumu tidak pernah menduakan kasih sayangnya kepadamu hanya semata padamu jua. Ilmunya bermula begini… kita mulakan pembelajaran kita dengan membaca Ummul Quran Al-fatihah… (siri terakhir pada sambungan akan datang..)

12 comments:

tgn besi said...

terima kasih atas usaha tuan menerbitkan post kali ini...byk persoalan di minda telah terjawab...teruskan usaha anda

Gelojak_Jiwa said...

hanya Allah yang bisa menjawab persoalan tuan... hamba hanyalah manusia daif yang hina serta bodoh akal. sama-sama jika membawa manfaat.

fakir al banjari said...

sedarpun siapa diri kau tu rupanya

tgn besi said...

heheheh

Gelojak_Jiwa said...

yang gelak tu mesti tak sedar diri lagi... hohoho!

tgn besi said...

jln aku jauh.lambat skit nk sedor diri..hohoho...

Gelojak_Jiwa said...

jalan ada satu je.. yang jauh tu sebab kau melangkah setapak setapak.. orang lain semua duk berlari nak bagi cepat sampai sebab tak tau takut tak sempat nak sampai dah abih masa...

kiaisepuh said...

eleh ko berlari ke kau berjalan ke..kau mesti sampai..eh! kau mesti balik punya. cuma balik tu ada dua tempat sahaja kalau tak ke syurga maka ke neraka...tak kisah lah kita mati dimana di mulut buaya ka...di perut rimau ka tapi kalau kita bawa taqwa selesai masalah..sebab bila bangun balik kita bangun dengan apa yang kita bawa....

Oghang Ba Ado said...

best! best! best!

fakir al banjari said...

sama ada kamu suka atau tidak, kamu bersedia atau tidak, kau tetap akan kembali padaNya - Syeikh Abdul Qadir Jilani

Gelojak_Jiwa said...

betul.... masa terlalu singkat.. nk berlari skali moh le! hohoho

kiaisepuh said...

jom le kita berlari bersama-sama mula2 kita baca istighfar aaa..berapa ya? buat tengok 10,000- lepas tu hehehhe...janganla plak berenti...