Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Sembah Batu?


Selepas solat Maghrib,maka bertakbirlah para jemaah mengagungkan Allah Azzawajalla menandakan tibanya Hari Raya Qurban.. Lalu selepas membaca doa, Mat Yong menghampiri Landak Adan perlahan-lahan lalu terus baring disisinya. Selang beberapa ketika...

Mat Yong       : Tengah berzikir ke bang? khusyuk benor nampak tu!

Landak Adan : Biasalah kita ni hamba,lemah,nak solat 24 jam tak larat maka sebab itulah nabi kata ibadah yang paling mudah adalah berzikir.. Kamu tiba-tiba je baring sebelah abang ni kenapa? mesti ada udang di sebalik mee ni!

Mat Yong : Hehe... abang Landak ni memang tinggi ilmunya,tau aje ye.. Ni bang,saya nak tanya, Allah ni ada kat dalam kaabah ke? Kenapa semua manusia menuju ke Mekah dan menyembah kaabah? Kenapa nak sembah batu tu? Kan ke itu rumah Allah,Allah pun perlu rumah ke?

Landak Adan : Bukan begitu...Allah itu tidak sama dengan satupun makhluk.. Dia tidak bertempat seperti bertempatnya makhluk malah luar dari akal manusia yang dangkal ini. Allah ini ghaib pada pandangan manusia,tiada seorangpun yang pernah melihat Allah secara nyata termasuk nabi Muhammad kecuali kat akhirat nanti. Kalau tak nampak macammana kau nak sembah? jawab! jawab!

Mat Yong : Laaa..kita sembah je la dengan menundukkan hati,dengan membayangkan seolah2 kita berdepan dengan Allah atau seolah-olah Alllah melihat kita. Betul tak?

Landak Adan : Pandai pun! Jadi kaabah itu sebagai panduan atau tumpuan untuk kita menyembah Allah, sebagai tempat menundukkan anggota zahir, jadi semua orang menyembah ke arah yang satu yakni kaabah namun hakikatnya hati kita menyembah Allah. Ini kerana kita tak nampak Allah namun kita nak sembah Allah,nak cari Allah, tapi di mana? Bagaimana nak tunjuk kita cintakan Allah?

Mat Yong : Saya faham!!! Jadinya Allah zahirkan satu tempat yang suci yakni kaabah supaya manusia ada tempat nak tuju dan sembah serta berkorban harta dan nyawa iaitu menunaikan haji untuk menunjukkan kita cinta dan rindukan padaNya,betul tak? Jadinya kita tak sembah batu,kita tak kata batu tu ada kuasa apa-apa atau Allah ada dalam kaabah dan perlukan rumah, kita cuma menjadikan kaabah sebagai tempat tujuan untuk menunjukkan ketaatan dan supaya manusia ada tempat untuk dituju. Yahuuuuuuuu!!!

Landak Adan : yahuuuuuuuu!! (tersenyum)

Lantas Mat Yong dan Landak Adan terus menjerit-jerit 'yahuuuuuuu'!

P/s Kenapa berkorban sedangkan Allah tak perlukan pada korban? Kerana yang Allah nilai usaha manusia, bukan Allah perlukan usaha tu,cuma manusia yang perlu usaha untuk dapat redha Allah..

7 comments:

fakir al banjari said...

saya sangsi dengan ayat tuan "dengan membayangkan seolah2 kita berdepan dengan Allah"

Bolehkan kita membayangkan kita berdepan dengan Allah

Gelojak_Jiwa said...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).
Dalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi s.a.w. dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan. “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

-http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/08/sembahlah-allah-seolah-kamu-melihatnya/-

hehe...Oh! ada jerat di laluan ni?? Ahhh,langkah je la... hu hu hu

fakir al banjari said...

saya bertanya tentang perkataan 'membayangkan' sedangkan Allah tidak boleh dibayangkan

Gelojak_Jiwa said...

Mm... sebenarnya yang bertanya lebih tahu jawapannya dari yang ditanya..

Membayangkan dalam post ini bermaksud kita seolah-olah melihat Allah dalam setiap perbuatan kita iaitu melihat sifat Allah yang dipinjamkan kepada makhlukNya dan bukan zatNya kerana zat Allah tidak menyamai apa-apapun makhluk.

Contoh yang terbaik dalam solat kita, kita bayangkan seolah-olah kita melihat sifat Allah melalui perbuatan kita dalam solat iaitu kekuatan untk bangun solat pun Allah yang bagi,bukan kita, maka itulah yang dimaksudkan olehku dalam post ini.

Atau melihat alam yang cantik dengan melihat cantiknya Allah melalui sifat kecantikan alam yang dipinjamkan tadi. Jika Alam dan cantik, maka Allah pasti lebih cantik zatNya sehingga tak dapat dibayangkan itulah yang dimaksudkan membayangkan olehku.

Kesimpulannya,bukan membayangkan Zat, tetapi sifat Allah melalui makhluk atau alam. Paklan dipersilakan tambah yang mana kurang atau perbetulkan yang mana salah. Terima kasih bertanya.Wallahua'lam

juragan kota said...

terima kasih///

Oghang Ba Ado said...

bila ko masuk 3 line ni juragan?

Gelojak_Jiwa said...

hahaha! sejak dia baligh kot...