Seorang sahabatku di sekolah lamaku mengajar pernah bercerita padaku.
Beliau pernah mengerjakan haji menaiki kapal merentasi Laut Merah daripada Iran dan berjalan kaki menuju ke Mekah. Ketika itu, beliau menuntut di Universiti Al-Azhar.
Beliau berjalan bersama sahabat yang tidak dikenali, makan berehsankan sedekah, tidur beralaskan ihram sehinggalah seorang penduduk Mekah yang berasal dari Indonesia mengajaknya berteduh di rumahnya.

Suatu hari, setelah penat beribadah, beliau tertidur di sebatang tiang di Masjidil Haram. Ditakdirkan Allah beliau bermimpi..
Beliau terlihat seorang tua yang dikenalinya diapit oleh dua orang Negro yang bertubuh tinggi dan sasa, dipapah kedua tangan orang tua itu dan membawanya mengelilingi Kaabah dengan pantas sekali dan hilang di celah lautan manusia.. Tiba-tiba,beliau tersedar dari ulit lenanya..
Setelah terjaga beliau pergi ke kediaman pelajar Malaysia dan bertanya jika orang tua itu dijemput hadir ke sebarang majlis oleh pelajar-pelajar di sana. Lalu dijawab oleh mereka tiada.

Bingung dengan mimpi yang dialaminya tadi, beliau terus pulang menuju ke Kaabah untuk meneruskan ibadahnya. Terkaku beliau sebentar, tubuhnya dirasakan seolah-olah dialirkan arus elektrostatik lemah apabila melihat dengan kedua-dua biji matanya sendiri seperti yang dimimpikan tadi,berada agak dekat dengannya lalu cuba untuk mengejar orang tua tersebut untuk menyapanya. Namun kelibat orang tua itu semakin jauh dan akhirnya hilang di celah-celah lautan manusia yang sedang melaksanakan ibadah haji.
Lalu untuk memuaskan hatinya, beliau menghubungi saudaranya di kampung dan bertanya jika orang tua yang dilihatnya dalam mimpi tadi berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan haji pada musim haji tahun tersebut.
"Baru pagi tadi beliau memberikan ceramah di pasar Siti Khadijah"
Beliau terpana dan termenung mendengar jawapan saudaranya....
(kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, tahun jika tak salah pada 1994)
Ps MasyaAllah.. Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah pengantinnya Allah, maka hanya Allah sajalah yang boleh melihat Mahramnya walaupun dia hidup di celah-celah manusia, makan,minum dan berlaku seperti manusia-manusia lain.
Diceritakan padaku oleh Ust. Ibrahim bin Yaacob, orang tua itu adalah Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat.
Penafian : Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi - Riwayat Al-Bukhari

11 comments:
Dulu pernah aku ingat tuan guru ni seorang yang sesat. Namun apabila Allah memberikan hidayahNya, aku mula mengenali Tuan Guru dan mengalirkan airmata setiapkali mengingatnya.
Saidina Uthman Al-Affan R.A dibunuh kerana ramai yang tidak puas hati beliau melantik ramai kerabatnya dalam pentadbiran. (padahal memang mereka yang layak ketika itu).
Ada manusia yang mengukur manusia dengan ilmu zahir, ada manusia yang mengukur manusia dengan ilmu batin. Ada manusia yang tidak mengukur manusia kerana sedar ilmunya hanyalah secebis. ada manusia yang tidak mengukur manusia kerana sedar bukan dia yang mengukur.
ada manusia yang mengukur dengan pengalaman zahir, ada manusia yang mengukur manusia dengan pengalaman batin...
ada yang tidak mampu lagi mengukur menggunakan ilmu atau pengalaman samada zahir atau batin...
apakah kayu ukur kita?
Kau jawab la kat akhirat!! (dipetik dari kata-kata fakir al-banjari)
"Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya melainkan Aku" - Hadis Qudsi
manusia tidak akan melihat sisi lahir pada seorang 'pengantin' kecuali keindahan lahiriahnya - As Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi.
baik kita jangan ukur.
betul .... tak payah ukur. sebut yang zahir apabila perlu. sembunyikan yang batin dari yang tak tahu.
baik abang mautauka dan abang fakir. vena kava vedi vava viva kelabu!
syyyyy... syyyyyyy...
kau jalan terus.. kemudian belok kiri.. kau akan nampak ada dua pintu. yang sebelah kiri! jangan sebelah kanan, sebelah kanan tu tandas perempuan!
JIKA TUAN GURU NIK AZIZ ADALAH SEORANG WALI ALLAH........MASAKAN ORANG AWAM MENGERTI AKAN HAL INI??!!
Kenal diri kenal tuhanmu jumpa tuhan fana dirimu
Kenal diri kenal tuhanmu jumpa tuhan fana dirimu
Post a Comment