Kisah ini berlaku pada tahun 2005 ketika aku masih menuntut di UPSI dahulu. Ketika itu aku baru sahaja dikurniakan sebuah ilmu gerak rasa oleh Allah Yang Maha Gagah melalui guru dan saudaraku abang Shahrizad.
Dimaklumkan padaku sebelum itu oleh abang Azlan mengenai seorang tua yang selalu singgah di Masjid Tanjong Malim. Orang tua itu bertongkat dan selalu membawa gendongan kain ataupun beg, aku pun tak berapa ingat. Abang Azlan telah berjumpa dengan orang tua itu dan tanpa disangkanya orang tua itu tahu bahawa beliau adalah orang Banjar walaupun beliau tidak memberitahu orang tua itu.
Digerakkan dengan Kehendak Allah,satu hari aku akhirnya pergi ke pekan Tanjong Malim dan ditakdirkan Allah aku berjumpa dengan orang tua tersebut sedang duduk di depan restoran mamak berdekatan BSN Tanjong Malim. Dengan sebuah tabung dan beberapa kertas berwarna kuning jika tak salah dan terdapat beberapa salinan, kelihatan seolah-olah beliau sedang meminta sedekah.
Lalu aku memberi salam dan duduk dihadapannya. Secara jujur aku katakan jika abang Azlan tidak pernah bercerita mengenai orang ini,mungkin aku tidak akan berhenti bersalam dengannya kerana orang tua itu kelihatan seperti orang yang tidak siuman dengan pakaian yang agak comot dan tidak terurus.
Orang tua itu berkata sesuatu padaku memujiku namun aku tak ingat katanya. Lalu ditunjukkan padaku kertas kuning tersebut dan diterangkannya padaku walaupun aku tak berapa faham. Aku menghulurkan padanya RM 5 untuknya kerana memberiku ilmu dan kertas kuning tadi. Ramai yang memandang aneh padaku namun aku hanya tersenyum puas dan bersalam serta mencium tangannya.
Beberapa hari kemudian aku berjumpa lagi dengan beliau di Masjid Tanjong Malim, berbual meminta penerangan mengenai kertas kuning tersebut. Lalu tanpa disangka ketika rancak berbual, dia tahu bahawa aku adalah pelajar sains di UPSI dan belajar dalam tahun 3. Ketika itu, aku berada dalam semester 5. Aku dimaklumkan bahawa beliau adalah seorang pengikut Tarikat Naqsyabandi dan umurnya dalam lingkungan 90 tahun jika tak salah. (Bersambung.....)
18 comments:
banyk info dalamblog ni..
orang tua pelik.. kekanda insanfakir@mullah omar ada sebut dan cerita pasal orang tua ni..
saya musafir ......
buat ijad, blog rakan2 saya yang tersenarai di bawah tu semuanya mempunyai info yang sangat berharga. silalah lawat.
Salam, syukur dapat bertemu dengan orang tua itu semoga anda semua beroleh sesuatu.....hamba hanya beroleh cerita sahaja teringin benar bertemu dengan manusia istimewa sebagini namun belum diizinkan ALLAH....:-), semoga kita diberi petunjuk oleh ALLAH untuk kehidupan yang abadi. Amin
Amin... sebenarnya manusia yang begini ramai sekali,cuma mereka mahramnya Allah,jadi adalah menjadi rahsia Allah sahaja.
Semoga bertemu dengan mereka ini dan bersahabat dengannya terutamanya wali-wali yang mengamalkan sunnah Rasulullah secara total..
kali petama ... "armada"
kali kedua ... "Taming sari"
kali ketiga ... "Imam Mahdi"
kali keempat ... "taubat"
kali kelima ... "amal"
kali keenam .... belum, dah lama tak jumpa. 3 tahun kut
uih,lama dah ye..saya dah 5 tahun kut..
Kalau ketemu lagi sampaikan salam hamba kepadanya, minta doakan hamba, kedua ibu bapa hamba serta guru hamba selamat dari neraka Allah.
aku tak ketemu.. tapi aku dah lihat apa kertas yang dia dok photostat - tak dapat ditafsirkan.. bbzzz! bbbzzz!
xpayah tafsir pun..
tafsirannya kena tanya sama dia. lama nak selesai satu helai tu
abang ada simpan lagi ke kerts tu? saya dah lama xde. memang saya pernah tanya dia. ingat lagi sket2..
ala... senang turun je tanjong.. kalau rezeki jumpa laa...
yap,tepat skali...
kadangkala kita rasa kita cari dia, tapi sebenarnya dia yang tunggu kita....
ada lagi beberapa helai.
Dia pernah tunjuk seseorang di Masjid Tanjong Malim
kali terakhir jumpa Pak Cik tu di Masjid Slim River
ini yang rasa nak jumpa pakcik tu lagi.
ini yang rasa nak jumpa pakcik tu lagi.
Post a Comment