“Mat Yong, marilah berjalan bersama kami, kita pergi mencari ibu. Abang rasa sudah sampai masanya kita bersama melangkah dalam sebuah pencarian murni ini. Kita temukan apa yang hilang, hilangkan rindu yang berbalam-balam. Tetapi ingat, perjalanan kita perjalanan rahsia. Apa yang kau temui di tengah jalanan, kau perhati betul-betul, kutip yang perlu, buang yang keliru. Jangan ambil permudah setiap petunjuk, tersilap petua, panjang jadinya perjalanan kita. Jauhnya sepanjang ufuk dunia, sukarnya umpama merentasi 7 lautan. Namun jika benar petuanya, betul nafasnya, maka jauhnya umpama perjalanan darahmu, sesaat sudah sampai ke jantungmu. Sukarnya umpama mengerdip kelopak matamu..” panjang lebar pesan Shahar kepada Mat Yong.
“Namun janganlah terpesona dengan keindahan Bandar-bandar metropolitan yang akan kita lalui nanti. Jangan berhenti terlalu lama. Kerana ibumu berada di sebuah Bandar yang lagi besar dan indah. Jika kau ingin memuaskan dahagamu, maka puaskanlah di Bandar itu. Kerana lauknya enak-enak, masakannya bagus, minumannya manis seperti madu” sambung Landak Adan sambil tersenyum.
Jika begitu,maka benarlah abang berdua pernah berjumpa dengan ibuku? Soal Mat Yong kehairanan. Tanpa menjawab soalan Mat Yong, Landak Adan dan Shahar hanya tersenyum dan berlalu pergi dari gelanggang persilatan.
Mat Yong sangat gembira dengan ajakan saudaranya itu. Sudah lama beliau menantikan perkara ini. Nampaknya kakandanya akan membawanya kali ini bertemu dengan ibunya. Rasa bangga pun ada kerana diiktiraf oleh kekandanya itu. Mat Yong terus pulang ke rumah kerana haripun beransur kelam, matahari mula menyembunyikan diri, menanti bulan memalingkan cahaya.
“Bagaimana dengan Mat Dami dan Poka? Wak Izwil dan Mat Rizan? Adakah mereka akan ikut bersama?” soal Mat Yong kepada Shahar keesokan harinya.
“Mereka tidak akan ikut sekali. Kerana jalan mereka berlainan dengan jalan ini. Namun tujuannya tetap sama dan tetap akan sampai jua jika diizikan. Jalan yang akan abang bawa ini adalah untukmu sahaja. Mengenai mereka, janganlah kau risau, kerana suatu masa kelak, akan bertemu jua kita dengan mereka di Bandar tersebut.” Jelas Shahar kepada Mat Yong.
4 comments:
terbang............
horey .............
kedebus ........... (jatuh terlanggar pelangi)
hu hu... hureyyy!!
hore! hore!
hore! hore!
Oooo gumbira...!
Oooo gumbira... la la la la!
lagu sudirman..
kita menari
sambil langkah kanan kiri
goyang kanan goyang kiri
hurrey hurrey
hip hip hurrey
Post a Comment