Kisahnya bermula begini.... Ianya bermula di sebuah kolam.
Beberapa berudu berenang dengan gembira bersama-sama dengan katak-katak sambil menyanyi gembira. Ada seekor berudu yang sudah tumbuh sepasang kaki belakang bertemu dan terlihat seekor katak dewasa yang besar dan bunyinya mengalahkan katak-katak lain yang ada di sekitarnya termasuk bapak kepada berudu tadi. Lalu berudu tadi berkata pada berudu yang lain..
" Aku sebenarnya tak gentar dan gerun langsung dengan katak yang besar dan gagah itu kerana bapakku lebih hebat walaupun tubuhnya lebih kecil.. Ini kerana bapakku pernah berenang di sebuah kolam sakti dan aku juga mewarisi sakti bapakku apabila dilahirkan dari benihnya." kata si berudu dengan angkuh.
Si katak yang gagah tadi hanya tersenyum dan memandang dengan kasih sayang si berudu itu tadi lalu berkata," tahukah kamu bahawa aku juga pernah berenang di kolam sakti itu?".
"Ahh,tapi kau tak sehebat bapakku.. bapakku berbadan gagah dan tangkas, malah mendapat sakti dan kegagahannya diiktiraf oleh dewa katak" jawab berudu dengan sombong. Lalu si katak yang gagah itu terus tersenyum dan diam.
Maka berudu-berudu yang lain sangat kagum dan memuji-muji berudu yang baru tumbuh kaki itu tadi. Si katak yang gagah itu terus melompat keluar dari kolam dengan satu lompatan kuat dan hilang dari pandangan. Lalu si berudu yang baru tumbuh kaki belakang pun berkata,setakat lompat macam tu ,aku pun boleh dan splasshhhhhh.. terdengar percikan air dari si berudu itu tadi..
Di luar kolam, berudu itu tercungap-cungap menghirup udara dan akhirnya mati dalam kesombongan tanpa sempat menjadi katak dan tidak sempat melahirkan anak-anak berudu yang sihat dan berjaya menjadi katak. Tinggallah bangkai berudu yang membusuk dan langsung tidak dipedulikan oleh berudu yang lain.
P/s : Ukurlah baju di badan sendiri sebelum mengukur baju di badan katak. Berudu yang akhirnya menjadi katak, sedarlah bahawa kamu hanyalah umpan untuk dimakan ikan. Hahahahaha!
9 comments:
Nasib baik aku tak ukur badan katak yang jumpa kat kolam depan sekolah, kalau tak mesti tak boleh pakai baju tu
hahaha! nasib baik katak tu tak diukur,kalo tak,entah apa jadinya. mungkin jd umpan kaloi agaknya!
hahaha! nasib baik katak tu tak diukur,kalo tak,entah apa jadinya. mungkin jd umpan kaloi agaknya!
Katak hanya sesuai untuk memancing toman, haruan dan keli
hoh.memang pakar memancing tuan fakir ni!
mana ko dapat cerita katak ini..memang best! minta izin nak copy hehehehe
dapat dari langit! hohoho... silakan abang kiai.. silakan berkongsi..
Syukur dan mujur le jadi berudu yang mati katak, andai jadi manusia banyaklah yang kau kena hisab nanti berudu....:-(
hak hak hak! nasib baik ye abang insanfakir...
Post a Comment