Tuesday, January 17, 2012

Warkah buat Tuan Guru Hj Abd. Rahman Limbong

Izharuddin Bin Haron
Kuantan,Pahang
17 Januari 2012

Assalamulaikum Tuan guru,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menyampaikan kekesalan saya terhadap perkara yang menimpa tuan guru pada tanggal 21 Mei 1928 iaitu pada 84 tahun yang lalu. Masih segar di fikiran saya akan kejadian yang menyebabkan Tuan Guru dibuang daerah ke Mekah pada ketika itu. masih ingatkah Tuan Guru?

Tuan Guru,

Ketika Tuan Guru menyerah diri di Istana Maziah dengan sukarela, lalu dikenakan pertuduhan menderhaka, alangkah hancurnya hati saya selaku anak muda yang menyayangi Tuan Guru sebagai ulama walaupun kita tidak pernah bersua muka. Masih Ingat lagi kata-kata Tuan Guru di mahkamah..

"Tanah itu adalah Hak Allah dan bukan Hak Negeri"

Tuan Guru,

Mengapa Tuan Guru tidak membayar sahaja Cukai Tanah tersebut dan meminta kepada semua rakyat Terengganu untuk membayarnya? Alangkah ruginya Tanah Melayu ketika itu kerana kehilangan Tuan Guru sebagai ulama yang terkemuka! 

Tuan Guru, 

Kini pada tarikh 17 Januari 2012, sudah berpuluh tahun datuk dan ibu saya membayar cukai tanah demi untuk pembangunan negara. Mungkin Fatwa Tuan Guru sebenarnya tersilap.  Kini tiada lagi British sebagai penasihat Tanah Melayu. Tuan Guru, Maafkan saya selaku pewaris generasi kini kerana usaha Tuan Guru selaku Pejuang Kemerdekaan telah saya siakan.

Salam Hormat,

Izharuddin

Tuesday, September 20, 2011

Bisikan Halus...

Bisikan 1 : Betullah.. Memang puasa sunat ni  menjadikan aku orang yang lebih baik dan menghalang nafsu ni.
Bisikan 2 : Celaka kau syaitan! Pandai kau nak mainkan aku!
Bisikan 3 : Sepatutnya begini.. Betullah dengan berpuasa ni akan dapat pertolongan dari Allah untuk menghalang nafsu yang membuak-buak ni.


Bisikan 1 : Takpelah..walaupun aku selalu buat dosa, namun aku tetap tak tinggal solat 5 waktu dengan sengaja. Kalau aku tertinggal pun,aku tak sengaja.. Lagipun aku orang Islam,tetap akan masuk syurga juga. Amalan banyak pun tak tentu lagi masuk syurga!
Bisikan 2 : Celaka sungguh kau syaitan! Berani kau nak menipu aku!
Bisikan 3 : Mmm... sebenarnya, Jika kau buat dosa dan tak jaga solat,mana kau nak dapat pertolongan dan rahmat Allah untuk masuk syurga. Jangan sangka  kau masuk syurga kerana amalanmu, walaupun kau masuk syurga pun sebab Allah redha atas amalanmu. 

Bisikan 1 : Akulah antara orang yang diberi peluang untuk mengenaliNya. Dia pernah menunjukkan padaku SifatNya yang Agung! Dah tentu aku antara orang yang bertuah dan mungkin dipilih sebagai salah seorang waliNya! Mungkin kerana sifatku yang selalu redha pada Allah,maka Allah pun redha pada aku. InsyaAllah masuk syurga,salah sikit-sikit tu biasa la..
Bisikan 2 : Hati-hati bang.. jangan cepat membuat kesimpulan.
Bisikan 3 : Benar.. Sebenarnya Allah beri peluang mungkin kerana doa ibu atau ayahku. Siapalah aku untuk amalannya dipandang oleh Allah. Ya Allah,syukur padaMu kerana masih memberiku peluang. Aku memohon perlindunganMu Ya Allah dari bisikan Syaitan dan nafsu yang sentiasa melalaikan aku.

P/s : Yang mana satu ye??

Saturday, August 6, 2011

Dia Cyunx Awak? Awak Cyunx Dia Tak????

Satu Hari yang cerah..

Mat Yong : Alhamdulillah..  Aku ada harta yg cukup, negara kita pun aman, makan minum semua cukup. Takde peperangan dan kebuluran macam negara2 tertentu tu.. Syukur pada Allah kerana masih sayangkan aku.

Landak Adan : Alhamdulillah.. Mana kau tahu Allah sayang kat kau? Tak malu...

Mat  Yong : Eh,betul la bang.. kan Allah tu Maha Penyayang.. Mesti Dia sayang semua makhluk Dia.

Landak Adan :  Ni abang nak tanya.. Apa bukti yang kau ada nak kata Allah sayang kat kau? Kau kata kau kaya? kau kata kau aman? kau kata kau bahagia itu tanda Allah sayang kat kau? Kalau begitu,maknanya Allah lebih sayang kat OBAMA dan sekalian rakyatnya la lebih dari kamu. Mereka semua hidup dalam kemewahan dan keseronokan. Apa petunjuknya. ce citer...

Mat Yong : Eh, takde la sampai macam tu. Kan Allah tu Maha Penyayang pada semua makhlukNya. Jadi mesti Dia sayang kat saya juga kan? Orang kafir pun Allah sayang juga kan? (kena dah aku ni jap lagi)

Landak Adan : Jadi apa bezanya kau dan orang kafir tu? Kalau Allah sayang kenapa Allah campak mereka ke neraka jahannam selama-lamanya. Kalau Allah sayang kenapa nak laknat iblis laknatullah tu?? Jadi apa indikatornya kau nak tahu Allah sayang kat kau?

Mat Yong : Ye la... Jadi...Ape indikatornya bang?

Landak Adan : Hak Hak Hakim Besar! Ibnu Atho'illah kata.. Kau  nak tahu bagaimana Allah terhadap kamu maka kau perhatikan bagaimana kamu dengan Allah.. Kamu SAYANG ALLAH TAK? Kalo sayang, Kamu IKUT SURUHAN ALLAH TAK? Kalo sayang, KAMU TINGGAL LARANGAN ALLAH TAK?

Mat Yong : Kan dah kena... hu hu hu

P/S : Kamoo Cyunk DIA Tak???

Wednesday, July 20, 2011

Kebatinan @ Tasauf??


Gotik : Cikgu, apa pendapat cikgu mengenai ilmu kebatinan? Boleh tak saya amalkan?

Guru : Boleh.. Namun dengan syarat,pastikan guru yang mengajar kamu itu memahami ilmu usuluddin atau akidah dahulu. kerana jika tidak boleh membawa kepada kebatinan yang sesat lagi menyesatkan.

Gotik : mengapa begitu pula guru?

Guru: Ini kerana kebatinan ini satu amalan ilmu dalam,atau ilmu berkaitan roh atau hati. Jika tersalah bawa akan menjauhkan hati dari matlamat asalnya. Amalan Kebatinan dan Tasauf itu sedikit sahaja bezanya, namun besar natijahnya. 

Gotik : Apa bezanya guru?

Guru : Hahaha,saya bagi kamu untuk mencari jawapannya.. dah tahu nanti bagitahu saya.

Selang Sehari...

Gotik : Guru,saya sudah tahu jawapannya! Bezanya ialah Tasauf itu amalannya semata-mata kerana Allah, dan Kebatinan itu amalannya untuk mendapat selain Allah!!! Bezanya ialah IKHLAS!

Guru : Hahaha! Alhamdulillah... itulah rahsia terbesar dalam pengamalan kebatinan atau ayat-ayat Allah. Dua-dua berzikir menggunakan nama Allah, namun niat yg berbeza akan memberi natijah yang berbeza. Satu kerana Allah,satu lagi selain Allah.

P/s: Psssttt...kau buat kerana apa?????

Friday, April 15, 2011

Jangan Kau Hampiri...



Si Ibu dan Si Anak.

Anak : Ibu,kenapa ia jadi begitu?

Ibu : Anakku,itu kerana ia telah dicipta untuk menjadi begitu. Segala kehinaan dan kejelikkan telah tercipta untuknya. 

Anak : Bagaimana pula begitu?

Ibu : Segala apa yang manusia tidak mahukan lagi,akan dilontar kepada ia. Ia tetap menerima penghinaan itu dengan penuh ketabahan. Manusia merendahkannya kerana tidak tahu nilainya. Sehingga sampai masanya....

Anak : Sampai masa apa ibu?

Ibu : Sampai masa ia sudah tidak tertahan dengan penghinaan sehingga ia musnah dan hancur. Lalu mengeluarkan segala kebusukan dan kemusnahan. Menusuk ke rongga jasad dan kalbu. Sehingga menyedarkan mereka yang sedang tidur nyenyak, merimaskan manusia yang sedang bersuka ria. Akhirnya manusia akan sedar nilai dan kepentingan untuk memeliharanya. Anakku,janganlah kau letakkan dirimu bersama ia. Janganlah kau musnahkan dirimu dengan menetap di dalamnya hatta hampir dengannya. Jauhilah ia sebolehmu,kerana jika tidak, kau juga akan dihina sebegitu rupa. Kau akan dilihat sepertinya dan manusia akan melayanmu seperti melayan ia.

Anak : Takutnya ibu! Apa namanya Ia itu ibu?

Ibu : Itulah LONGKANG.....


P/s : Hanya si Bodoh Bangang dan Bahlul sahaja yang tak tahu bahawa itu adalah LONGKANG!!!

Thursday, February 17, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Tiga


Wartawan BBS kita dengan hati keringnya terus sahaja menerjah pengurus kilang tersebut dalam temubual sekali seumur hidupnya.

Wartawan : Assalamualaikum tuan. Apa khabar? Saya En. Wartawan dari siaran berita berat sebelah dalam usaha temuramah sekali seumur hidup ingin menemubual tuan selaku pengurus kilang di tanah melukut ni.

Pengurus Kilang : waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi hadir ke bumi bertuah ini. Dari jauh tan datang,sudah tentu saya sudi. Ada royalty tak? Hehe,gurau aje.

Wartawan : Maaf tuan,saya tak reti nak gurau2 ni sebab biasanya saya reti bagi soalan-soalan kebabom je. Harap tuan bersedia la ye. Ni,soalan saya yang pertama,boleh tuan buat ulasan sedikit apa sebab dan akibat kejadian seperti ini berlaku.

Pengurus Kilang : Mmm..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Saya sebenarnya mengaku ini adalah berpunca dari kesilapan saya kerana menghukum Luah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saya ketika tu menjadi teramat marah sampai hilang pertimbangan,yela,sape tak marah bila orang kata bini kita ada skandal! Lebih-lebih lagi dengan pekerja saya,kuli saya,lagi la saya geram dibuatnya. Apakan daya,nasi udah menjadi nasi himpit, sekarang, siapa pun tak mampu nak halau si Lebat kecuali abangnya Luah itu.

Wartawan : Cuma ada satu perkara yang mengganggu saya, bukankah Luah itu pekerja tuan yang paling lurus bendul sampaikan tiang pun tak selurus beliau,dan paling setia? Sampai hati tuan sanggup menghukumnya begitu ye..

Pengurus Kilang : Itulah.. padahal dulu dialah yang menjadi pak turut dalam mendapatkan segala kemahuan saya. Yela,kita ada kuasa dan harta,siapalah yang tak mahu perempuan cantik,,betul tak? Hehe..  Setia sungguh si Luah tu,tiada yang tidak dibuatnya. Dialah pekerja yang paling saya dambakan selama ini, pekerja yang sanggup menurut setiap arahan saya demi memastikan kuasa pengurusan kilang ini kekal di tangan kaum kami. Sanggup berkorban demi memastikan kehendak tuannya dipenuhi tanpa memikirkan dosa dan pahala. Mungkin nombor asasnya lapan kot.. Saya menyesal.. Kalaulah saya tidak terburu-buru,kalaulah saya tak pecat dia seumur hidup… Pasti dia dapat menghalang kejadian ini dari berlaku.
Wartawan : Baiklah,boleh tuan ceritan pendapat tuan mengenai Lebat yang berjuang menuntut keadilan untuk abangnya Luah?

Pengurus Kilang : Lebat penderhaka!! Derhaka pada tuan dan juga bangsa! Derhaka pada pekerja dan kilang melutut!! Ops,Melukut! Kilang kami ada prinsipnya iaitu pantang derhaka pekerja pada tuannya!

Wartawan : Mmm.. walaupun tuannya derhaka pada tuhannya?

Pengurus Kilang : Iyaaa! Kerana itu telah tercatat dalam piagam kilang sejak sekian lama.. sejak kilang ini ditubuhkan oleh nenek moyang saya dahulu! Kilang ini saya punya,mesti ikut cakap saya! Kalo tak puas hati,boleh nasihat je,jangan melawan! Jangan derhaka! Jangan bantah! Mesti nasihat secara lemah lembut,jangan la sampai rampas kuasa! Saya sebagai tuan pengurus, sentiasa betul walau apa keadaan sekalipun! Itu piagam kami!

Wartawan : Nampaknya tuan ni memang tak malu sungguh! Tuan kata kilang ini milik tuan? Hak tuan? Mana pengurus sebelumnya? Semua dah matikan? Ke mana pergi bila mati? Kepada tuhankan? Kilang ini setahu saya dimiliki oleh seorang sahaja pemunya dari dulu sampai sekarang! Tuan hanya pengurus sahaja. Bukankah sebelum kilang ini dibuka,telah disediakan piagamnya oleh pemunya asal tersebut,lalu diubah oleh tuan dan keturunan tuan sesuka hati demi memastikan kuasa mengurus ada di tangan tuan? Tuan pengurus,bukan pemilik! Tuan buat sesuka hati,tuan tak takut balasan tuhan ke?

Pengurus Kilang : Ngeeeeaaa! Banyoknye soklan kamu! Ngerinyee! Ngerinyee!! Yela,takkan kami tak boleh ubah sikit-sikit? Bukan apa,demi kepentingan kumpulan penyelia dan pekerja juga. Kami kena bersatu, kami kena bangunkan ketuanan kilang kami supaya tiada penderhaka seperti Lebat yang akan memusnahkan keamanan dan kesepaduan kilang kami. Lebat pun asalnya setia seperti abangnya Luah,namun.. mungkin kerana takut nasibnya akan seperti abangnya,tu yang dia menentang. Kalo nak kata keadilan,dah banyak kerja kotor yang dia buat bersama abangnya Luah dahulu. Mungkin la alasannya untuk keadilan abangnya,mungkin salah satu,tapi macam saya kata tak boleh begitu. Kilang kami ada adat dan tatasusila yang perlu dipatuhi. Jika tidak,musnahlah kami!

Wartawan : Kilang tuan punah buka kerana Lebat,tetapi kerana system dan pengurusannya yang sudah rosak dan hancur! Piagamnya sudah diubah sesuka hati,ditanam ideology ketuanan kilang sehingga melampaui batas-batas agama.  Ini soalan terakhir, dalam banyak-banyak turutan peristiwa ini,yang mana tuan paling menyesal?

Pengurus Kilang: Mmm.. payah juga nak jawab.. Saya rasa yang paling menyesal ialah ketika saya pecat si Luah, pekerja saya yang paling setia.. Kalau dia ada,tak begini jadinya,hilang kuasa saya. Penyesalan kedua saya ialah sepatutnya saya pecat si Lebat,bukan Luah. Lebat penderhaka dan jika saya dapat menguasai kilang ini semula,saya akan letak si Lebat sebagai ikon penderhaka.

Wartawan : Mmmm…nampaknya tuan masih tak sedar. Okla,saya beransur dulu,Assalamualaikum.

Pengurus Kilang; waalaikumsalam.

P/s : Jeng jeng jeng! Nampok sangat menipunye..

Friday, February 11, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Dua

Setelah puas mencari hampir habis sepuntung rokok, akhirnya wartawan terjah sekali seumur hidup telahpun berjumpa dengan bekas-bekas penyelia kilang seperti yang pernah disebut oleh encik Lebat pada temuramah sebelum ini. Setelah memperkenalkan dirinya, maka bermulalah sesi temuramah sekali seumur hidup bersama soalan-soalan mautnya. Bersama wakil penyelia kilang melukut di sini.

Wartawan : Assalamualaikum tuan. En. Lebat minta saya sampaikan salam kepada tuan-tuan semua. Dia ada beritahu bahawa sebab sebenar kejadian ini berlaku adalah kerana tuan-tuan semua yang dengki kat dia dan abangnya Luah. Dan dia menyalahkan tuan-tuan dan pengurus kilang di atas pemecatan seumur hidup  abangnya  si Luah.Betul ke begitu?

Wakil Penyelia : waalaikum salam. Eh,mana ada begitu. Lebat tu memang  begitu,suka sangat membelitkan fakta macam abangnya juga si Luah tu! Perangai sama je mereka berdua tu. Kami bukannya dengki kat diaorang tu, kami cuma nak tuntut keadilan pada pekerja-pekerja lain yang lebih senior dari mereka berdua tu. Yela,cuba bayangkan,ada yang dah kerja berpuluh-puluh tahun, macam-macam pengalaman dilaluinya, tup! Tup! Si Luah pula yang diberi jawatan tu dek pengurus kilang kami tadi. Sebabnya? Konon atas jasa mereka melayani nafsu serakah si pengurus kami dengan membawa balik perempuan-perempuan dan halau beberapa kerat pencuri kat kilang kami tu. Mana tak geramnya? Dia nak salahkan kami atas pemecatan abang dia? Abih,nasib pekerja yang sepatutnya pegang jawatan penyelia Kolam tu atas kelayakan dan pengalaman siapa punya salah?Kami ke? Mula-mula penyelia kolam,lama-lama, entah jawatan saya pun diambilnya! Sebab tu kami nasihatkan si pengurus kilang tu pecat je dia seumur hidup! Biasa la,ingat dia seorang je pandai putar belit? Kami ni lagi banyak pengalaman dari dia tau! Haha!

Wartawan : Oh, begitu.. Betul juga ye kata encik tu. Tapi encik,bukan ke dari cerita encik tu bunyi macam dengki je? Lebih-lebih lagi tadi encik kata “entah jawatan saya pun diambilnya”, adakah ini satu andaian semata-mata?

Wakil Penyelia: Kalo kamu nak kata dengki,terpulanglah pada kamu. Yang penting kami ada sebab kami tersendiri. Kami hanya cuba menjaga keharmonian kilang kami sahaja. Ketuanan pekerja-pekerja kami yang setia,hak kami. Semenjak mereka ada, macam-macam benda jadi di sekeliling kami. Kami sampai terpaksa bermusuh dengan kilang lain hanya semata-mata perempuan. Kami pun kena jaga kebajikan pekerja-pekerja kami juga. Kami tak mahu sebab mereka yang lurus bendul pergi layan serakah pengurus kilang kami, orang lain pula yang merana. Lagi satu, tentang entah jawatan saya pun dirampasnya sudahpun terbukti dengan kejadian rampasan kuasa si Lebat yang berlaku sekarang. Punya la gila kuasa,sampai jawatan pengurus dipangkahnya!Baru penyelia kolam dah macam-macam benda jadinya! Bayangkan kalau jadi ketua penyelia? Hancuusss!

Wartawan : Mmmm.. tapi dia kata dia rampas kerana menuntut keadilan abangnya Luah!

Wakil penyelia : Itu kata dia.. Dia memang pandai putar belit. Kamu tahu tak selepas abangnya dipecat,dialah yang dilantik menggantikan abangnya sebagai penyelia kolam tu? Kalo betul dia nak tuntut keadilan semata untuk Luah,banyak lagi cara lain dia boleh buat! Saman je la pengurus kilang tu sorang sebab dia yang pecat si Luah tu. Atau buka kilang baru ke,ape ke, ni idak! Dia pergi rampas pula kilang kami tu. Menyusahkan orang lain,semua orang dipecatnya tanpa mengenal salah dan usia. Kilang tak berjalan,hasil takde! Kamu tengok ape jadi? Kalau betul dia ikhlas nak tuntut keadilan,apa perlu dia rampas kilang tu? Sebelum ni,dia yang membantu tuah buat kerja-kerja jahanam tu,kenapa tak fikirkan keadilan? Kenapa tolong sekali Luah tu buat kerja kejahatan? Lepas tu duk dalam kilang tak keluar-keluar mengabihkan hasil yang ada dalam kilang tu. Kamu tahu kenapa? Sebab dia pun takut kena pecat macam abangnya si Luah tu! Lebat ni memang pelik sikit perangai! Kurang waras! Tak Sabo! Samseng!  

Wartawan : Saya no komen. Tak sangka ye,maknanya Lebat ni buat alasan je la. Betul juga,kalo dia marah kat pengurus kilang dan penyelia-penyelia lain,kenapa orang lain pula yang jadi mangsa ye? Atau mungkin orang lain ni cuba halang dia kot? Memang dia akui dia kurang rasional sikit. Yela,orang mengamuk ni bukan kira, bila dah amuk, tak dapat kepala,ekor pun jadi! Padan muka diaorang! Hahaha! Oklah,sekarang saya nak Tanya satu soalan maut, Encik fitnah si Luah ni tadi tak rasa bersalah dan berdosa ke? Bukankah perbuatan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh dalam agama? Kenapa tuan buat juga?

Wakil Penyelia: Hoh??! Maut sungguh soalan kamu ni! Payah juga nak jawab soalan ni. Mmm..Kadang-kadang kami tahu apa yang kami buat ni salah.. Tapi apakan daya,seperti yang saya bagitau sebelum ini, Demi untuk memastikan kuasa kaum pekerja kami kekal dan tidak ditindas,kami terpaksa menindas beberapa orang demi mendapatkan keharmonian ini berkekalan. Kami bertanggungjawab menjaga  ketuanan kilang kami ini. Bukan senang kami nak jaga amanah kami,biasa la, untuk mencapai sesuatu,kita harus korbankan sesuatu walaupun bercanggah dengan nilai agama kita, betul tak? Percayalah,satu hari mereka akan berterima kasih kepada kami atas usaha yang kami telah lakukan untuk menghalang pekerja dari hanya menjadi lurus bendul macam tiang talipon seperti si Luah dan Lebat tu. Kami hanya membantu pengurus kami mengusir anasir-anasir yang merosakkan kilang kami. Itulah tugas dan tanggungjawab kami. Kami tak mahu anak-anak pekerja kami di kemudian hari menjadi punah ranah disebabkan perangai mereka tu. Percayalah,kami tetap setia pada tuan kami selagi segala keperluan kami dipenuhi,cukup makan, cukup tidur, dan bersuka-ria bersama keluarga. Tak percaya carilah mereka.

Wartawan : Terharu sungguh saya dengar jawapan dari pihak tuan,ada benarnya cakap tuan itu. Selagi tuan dikurniakan akal dan lidah,memang tuan boleh jawab dengan baik. Namun jika di akhirat nanti,tuan jawablah depan tuhan kalau tuan mampu.  Takpelah,walaubagaimanapun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada tuan kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan  maut saya pada hari ini. Saya tetap kagum dengan sifat tuan mempertahankan ketuanan kilang dan hak pekerja tuan. Assalamualaikum dan terima kasih..

Wakil Penyelia : Waalaikumsalam,nanti singgah la lagi. Tapi harap rahsiakan perbualan kita dari pengurus kilang ye!

Wartawan : InsyaAllah.

Maka perjalanan wartawan terjah sekali seumur hidup diteruskan lagi bagi mendapatkan berita-berita yang mendidihkan hingus dan cecair otak mereka yang mendengarnya! Teruskan meleleh!

P/s :  P/s Cerita ini ada kena-mengena dengan itik dan ayam serama. Jadi anda boleh mula membuat kesimpulan awal. Hahahaha!

Wednesday, February 9, 2011

Berita Berat Sebelah (BBS) –Bahagian Satu


Suatu masa di suatu zaman, seorang wartawan yang membuat liputan sekali seumur hidup telah menerjah masuk ke sebuah kampong bernama Melukut untuk mengorek dan mengobek cerita-cerita panas yang sedang hangat di pasar ikan ketika itu. Beliau telah berjumpa dengan beberapa orang dan bertanya beberapa soalan maut. Mari kita lihat apakah jawapan-jawapan mereka yang sempat ditemubual.

Wartawan : Assalamualaikum.. saya difahamkan tuan telah memecat ramai orang tak bersalah tanpa mengira siapa dan merampas kuasa mengurus kilang di sini. Apa sebab sebenar tuan lakukan demikian?

Lebat: Oh,cepat betul berita ini tersebar ke tempat lain ye. Iye,memang saya marah dengan semua orang di sini kerana abang saya si Luah telah dihukum pecat seumur hidup tanpa ada sesiapa yang sanggup menolong padahal banyak jasanya telah ditaburkan untuk penuhi nafsu serakah tuan kilang d isini serta pekerja-pekerjanya. Bayangkan,si Luah ni punya la baik sampai sanggup merantau jauh dan menipu anak orang supaya dapat diberinya kepada tuan kilang si kaki perempuan tu! Bukan itu saja,malah kami sanggup pula pergi ke sana dan membunuh tunang pada si perempuan tadi sebab mereka nak membalas dendam pada kami. Malahan, kami pernah juga pergi ke chuna untuk membawa anak tuan tanah di sana untuk berkahwin dengan tuan kilang kami ni. Cumanya Si Luah tu biasa la,pandai mengayat,dah si perempuan tadi jatuh hati pula pada si Luah,nak kata apakan? Punya banyak jasa Luah sampai dinaikkan pangkat Penyelia Kolam dalam masa yang singkat je tau! Hebat kami ni! Sedangkan Luah yang pangkat penyelia tu kena pecat,ni pula aku yang pangkat penolong je,tu yang aku amuk tu! Sebelum aku kena lebih baik aku kenakan orang lain dulu! Hahahaha!

Wartawan : Oh.. begitu rupanya.. tak patut.. tak patut..  Tapi encik Lebat, apa yang sebabkan rakan encik tadi si Luah tu dikenakan hukuman begitu rupa sedangkan punya la lurus bendul kawan encik tu?  Semua benda dibuatnya tak kira betul ke salah.

Lebat: Itu la pasalnya! Ini semua sebab penyelia-penyelia yang dengki punya pasal! Iye la,penyelia-penyelia lain semua ambil masa yang lama nak naik pangkat,tup! Tup! Kami yang baru kerja ni dah dapat pangkat besar,mahunya tak bulat biji mata deme tu! Lahabau sungguh! Ada ke diaorang kata si Luah ni beromen dengan isteri tuan kilang ni tadi?? Logik ke? Kalo dia nak buat,dari masa culik dulu lagi dia buat dah! Banyak lagi yang comelnya! Yang si tuan kilang ni tadi bodoh juga pergi percaya tanpa usul periksa siapa suruh! Ha,sekarang,padan muka diaorang! Nak sangat! Aku kalau ambil,dengan kilang-kilang aku ambil, tak main jawatan penyelia macam Luah tu!

Wartawan : Hmm… Begitu rupanya. Takpelah,nanti saya akan temuramah pula penyelia-penyelia yang encik maksudkan tadi. Tahniah la sebab encik dah menguasai kilang ni. Harap encik Lebat bangunkan kilang ini dengan lebih baik. Maaf kalau saya kata kilang ni nampak berselerak je,operasi pun tak jalan, takde output. Macammana encik nak bayar gaji pekerja-pekerja encik ni? Lagi satu,ni memang soalan betul2 maut ni, Kenapa encik pecat pekerja-pekerja encik yang tiada apa-apa salahpun? Kan zalim di sisi agama?

Lebat: Hoh? Maut sungguh soalan kamu ni. Sebenarnya saya pun tak terfikir lagi macam mana nak jalankan kilang ni. Ingat nak bakar je kut! Haha! Tentang pekerja yang saya pecat tadi tu.. macammana nak cakap ye? Mmm,saya ni sebenarnya baran orangnya, kurang rasional sikit berbanding si Luah tu,tak reti sangat nak jalankan operasi ni. Saja je suka-suka saya pecat,seronok! Tuan kilang pecat Luah seorang,saya pecat punya la ramai! Hahaha! Nanti kalau jumpa tuan kilang dan penyelia,sampaikan salam pada mereka ye. Pesan kat depa,padan muka angpa! Hohoho! Dah la,aku nak tidur ni,nanti ada pula yang maut kena sembur dengan aku,terima kasihlah sudi temuramah saya hari ni.

Wartawan : Terima kasih kerana sudi luangkan masa encik Lebat.

Lalu wartawan tadi memulakan perjalanan seterusnya dalam usaha temuramah sekali seumur hidupnya.

P/s Cerita ini ada tiada kena-mengena dengan itik dan ayam serama. Jadi jangan buat kesimpulan dulu.

Tuesday, February 8, 2011

Anda ikhlas?


Suatu masa yang tidak diketahui masanya...

Mat Yong : Assalamualaikum bang Landak, hensem nampak hari ni!

Landak Adan : waalaikumsalam. Aih,baru perasan ke selama ni? ho ho horlick satu! Ni awat tiba-tiba puji abang  ni? Macam ada udang di sebalik mee goreng mamak je! hu hu hutan dara! 

Mat Yong : Eh,mana ada,saya ikhlas ni bang! hehe..Ambuih,semenjak dua menjak ni dara sokmo disebutnya ye! bang,bila sebut bab ikhlas ni macam mana nak tau kita ikhlas ye bang?

Landak Adan : Ikhlas ni bukan sebab nak balasan! hohohomestay!

Mat Yong : Eh,macam mana tu bang? Terang la lebih lagi!

Landak Adan : Contohnya begini, di sekolah kamu ngajo dan kamu ada sebatang rotan, Suma budak tak brani buat salah sebab takut rotan bukan kamu, mereka patuh sebab rotan. Ada pula yang patuh sebab harapan kamu janjikan habuan atau balasan baik!Atau patuh sebab sayang jawatan yang mereka ada?  Ada tak yang patuh sebab takut,harap dan sayang hanya semata-mata pada batang tubuh kamu?

Mat Yong : Takde la pula rasanya.. Nape bang?

Landak Adan : Aiya... Lembab sungguh kamu ni, itukan abang dah bagi jawapannya... Malu atokk! Maknanya,itulah maksudnya ikhlas, kamu perbuat sesuatu sebab takut,harap dan sayang hanya semata-mata padaNya! Bukan kerana balasan baik atau burukNya. Ada fahemmm?

Mat Yong : yayayayamee!!!

P/s : Upah itu hablumminannas.

Friday, December 31, 2010

Seladang....

                                            gambar diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Seladang
Hari terakhir tahun 2010 ini saya ingin bercerita sedikit mengenai seekor binatang yang selalu kita dengar namun jarang kita jumpa iaitu seladang. Saya pernah melihat binatang ini semasa kecil apabila dibawa ayah dan ibuku ke Felda jenderak selatan,kuala krau ketika ayahku masih bertugas sebagai guru besar di SRK  Kuala Krau.

Sila baca dengan teliti.

Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah diIndia. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagaibison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antaratanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabuatau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.[1]Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.[1]
Seladang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum :bertulang belakang (vertebrata), kelas : mamalia(berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak) Aturan : Artiodactyla, Keluarga : Bovidae.
Seladang tergolong dalam keluarga yang sama dengan Lembu, Banteng dan Kambing Gurun. Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 2 meter (6 kaki) dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.
Seladang hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh seladang jantan yang berkuasa. Seladang lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat daripada pancaran terik matahari di bawah pokok sepanjang hari. Seladang adalah haiwan maun dan makanan utama Seladang adalah tumbuhan, terutamanya rumput-rumpai. Seladang mudah ditemui di kawasan di mana rumput, pokok herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.
Selembu di Zoo Negara Malaysia.
Pada masa ini terdapat kacukan baka seladang dan lembu yang dikacuk di Zoo Negara Malaysia, yang dikenali sebagai Selembu.

Tapi ada satu sahaja yang ingin saya komen iaitu mengenai pemakanan seladang. Seladang adalah haiwan herbivor yang makan dari pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang segar dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan sumber tenaga terbesar dalam kitaran makanan kita yang menyerap tenaga dari matahari. 
Tumbuh-tumbuhan ini akan dikunyah oleh seladang tersebut dan dihadam melalui 4 perut yang dikurniakan Allah melalui proses-proses yang tertentu. (malas nak cerita).
Setelah melalui proses-proses tersebut selama beberapa hari, segala zat dan khasiat yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan ini akan diserap sepenuhnya dan ditukar menjadi tenaga kepada seladang tersebut.
Lalu hampas dari makanan yang dihadam ini tadi ditolak ke hujung usus oleh makanan-makanan baru dan hanya menanti masa untuk dikeluarkan lalu menjadi bahan kumuh atau dikenali sebagai tahi seladang@ bullshit. Bullshit ini pula baunya memang agak membusuk kerana sudah disimpan terlalu lama lalu mengeluarkan gas sulfur dan gas-gas lain yang menyebabkan bau busuk. Malah bullshit ini akan dilepaskan bertaburan di mana sahaja seladang tadi ingin berkumuh. Namun bullshit ini juga masih berguna dan bermanfaat oleh petani untuk membuat baja bagi menyuburkan tumbuh-tumbuhan lain yang akan dimakan oleh seladang tadi. Lalu kitaran bullshit ini akan berterusan selagi seladang tadi masih hidup.. sekian

P/s. Hahahahahahahaha!

Monday, December 13, 2010

Beratnya...


Suatu ketika Mat Yong berbual dengan Landak Adan di surau kampungnya...

Landak Adan : Assalamualaikum Mat Yong, jarang dah nampak di surau akhir-akhir ni,sibuk ke?

Mat Yong : Waalaikumsalam... Bukan sibuk bang,saya kan dah pindah rumah baru-baru ni,jauh sikit dari surau, tu yang jarang pergi tu..

Landak Adan : Kenapa pula jarang pergi bila dah pindah rumah? Kereta kan ada?

Mat Yong : Bukan macam tu.. Dulu rasa senang sikit nak pergi sebab dekat,boleh jalan kaki je. Sekarang ni jauh jadi kadang-kadang tak sempat,rasa berat sikit tubuh nak pergi, nak kena panas enjin kereta dulu,nak jalan kaki tak larat..

Landak Adan : Ni abang nak bagitau.. Yang berat itu HATI bukan TUBUH.. Kalau hati kamu ringan,sejauh mana pun kamu akan usaha datang,macam masa kamu jumpa makwe kamu,sejauh manapun sanggup pergi,betul tak! Tapi bila hati dah berat, masjid sebelah rumah pun tak pergi juga!

Mat Yong : Kena lagi aku(dalam hati)

Monday, December 6, 2010

GILA BENGKUNG



Tersebut la kisah,sekumpulan manusia,
Sombong belaka,riak pun ada,
Kata tak kisah, tapi hati melara
Melihat orang lebih darinya.

Hidupnya penuh hasad dan dengki.
Pada manusia yang diberi sakti.
Culanya tinggi idaman hati.
Apakan daya orang tak bagi.

Konon tak kisah cula yang sakti.
Janji ilmunya melangit tinggi.
Mengata orang sesuka hati.
Riaknya besar tak sedar diri.

Cula itu satu amanah
Buat orang bersifat fathonah
Kau pula dengki menyumpah seranah
Konon kaulah penyelamat ummah

Kalau diikut resamnya padi..
Makin berisi makin menunduk…
Namun diikut resamnya keladi..
Makin berisi makin melalut…

Ada pula yang tak gila cula..
Konon tak sanggup, ilmu tak ada,
Malas belajar, sibuk la pula…
Buat alasan berganda-ganda

Buatlah apa membazir tenaga..
Mencari ilmu yang tak seberapa,
Kalau begitu baik berhenti sahaja,
Cari duit buat belanja..

Konon culanya rendah ilmunya ada
Orang tengok hebatnya dia
Tak sedar itulah riak yang celaka
Ilmu ada disembunyi pula..

Kisah Sodom, dua jejaka
Berzikir mereka, berdua saja
Tak peduli mereka amanah tuhannya
Akhirnya mati dalam celaka
  
Konon kau la penyelamat bangsa
Mengajar manusia jangan gila kuasa
Masyarakat punah kau buat apa??
Menolak  amanah sebab tak gilakan cula
Pigidahh!

IBNU HARON

Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Sembah Batu?


Selepas solat Maghrib,maka bertakbirlah para jemaah mengagungkan Allah Azzawajalla menandakan tibanya Hari Raya Qurban.. Lalu selepas membaca doa, Mat Yong menghampiri Landak Adan perlahan-lahan lalu terus baring disisinya. Selang beberapa ketika...

Mat Yong       : Tengah berzikir ke bang? khusyuk benor nampak tu!

Landak Adan : Biasalah kita ni hamba,lemah,nak solat 24 jam tak larat maka sebab itulah nabi kata ibadah yang paling mudah adalah berzikir.. Kamu tiba-tiba je baring sebelah abang ni kenapa? mesti ada udang di sebalik mee ni!

Mat Yong : Hehe... abang Landak ni memang tinggi ilmunya,tau aje ye.. Ni bang,saya nak tanya, Allah ni ada kat dalam kaabah ke? Kenapa semua manusia menuju ke Mekah dan menyembah kaabah? Kenapa nak sembah batu tu? Kan ke itu rumah Allah,Allah pun perlu rumah ke?

Landak Adan : Bukan begitu...Allah itu tidak sama dengan satupun makhluk.. Dia tidak bertempat seperti bertempatnya makhluk malah luar dari akal manusia yang dangkal ini. Allah ini ghaib pada pandangan manusia,tiada seorangpun yang pernah melihat Allah secara nyata termasuk nabi Muhammad kecuali kat akhirat nanti. Kalau tak nampak macammana kau nak sembah? jawab! jawab!

Mat Yong : Laaa..kita sembah je la dengan menundukkan hati,dengan membayangkan seolah2 kita berdepan dengan Allah atau seolah-olah Alllah melihat kita. Betul tak?

Landak Adan : Pandai pun! Jadi kaabah itu sebagai panduan atau tumpuan untuk kita menyembah Allah, sebagai tempat menundukkan anggota zahir, jadi semua orang menyembah ke arah yang satu yakni kaabah namun hakikatnya hati kita menyembah Allah. Ini kerana kita tak nampak Allah namun kita nak sembah Allah,nak cari Allah, tapi di mana? Bagaimana nak tunjuk kita cintakan Allah?

Mat Yong : Saya faham!!! Jadinya Allah zahirkan satu tempat yang suci yakni kaabah supaya manusia ada tempat nak tuju dan sembah serta berkorban harta dan nyawa iaitu menunaikan haji untuk menunjukkan kita cinta dan rindukan padaNya,betul tak? Jadinya kita tak sembah batu,kita tak kata batu tu ada kuasa apa-apa atau Allah ada dalam kaabah dan perlukan rumah, kita cuma menjadikan kaabah sebagai tempat tujuan untuk menunjukkan ketaatan dan supaya manusia ada tempat untuk dituju. Yahuuuuuuuu!!!

Landak Adan : yahuuuuuuuu!! (tersenyum)

Lantas Mat Yong dan Landak Adan terus menjerit-jerit 'yahuuuuuuu'!

P/s Kenapa berkorban sedangkan Allah tak perlukan pada korban? Kerana yang Allah nilai usaha manusia, bukan Allah perlukan usaha tu,cuma manusia yang perlu usaha untuk dapat redha Allah..

Monday, November 15, 2010

Ibu.Kau Di sini Rupanya... (Siri 14)



            Lalu Shahar mengajaknya solat Maghrib dahulu kerana haripun telah beransur kelam.  Mat Yong lalu mengikuti rapat disisi dan pulang dengan keadaan perasaannya  bercampur baur. Beliau sebenarnya masih mengharapkan untuk memiliki bunga yang menjadi idaman setiap manusia yang melantas di taman tersebut,namun apakan daya, dia sedar dia tiada kuasa untuk menentukan dengan kehendak hatinya kerana kehendak pengukir sentiasa mengatasi kehendak pembeli.

            Pengukir tahu mengenai pemilik yang sesuai untuk menyimpan bunga ukirannya. Setiap helai daun, setiap kelopak bunga setiap inci panjang tangkainya telahpun diukur molek benar dengan kehendak dan kesesuaian bakal pemiliknya. Sebab itulah orang lain tidak sesuai untuk menggunakannya. Seperti juga senjata Melayu yang ditempah khas untuk seseorang, maka pengukir akan mengukur setiap inci panjang dan lebar yang sesuai untuk si pemakai supaya tidak akan memakan diri sendiri di kemudian hari. Jangan nanti harapkan pagar,pagar pula yang memusnahkan padi akibat rapuhnya pagar yag didirikan itu tadi.

     Kini Mat Yong telah mula memahami  bahawa walaupun sehebat manapun ilmu kependekarannya, seutuh manapun kasih dan sukanya akan bunga tersebut, sedalam mana keinginannya untuk memilikinya, sekuat mana keteguhannya berusaha mendapatkannya,namun takdir lebih mengatasi segala-galanya. Maka benarkah takdir menentukan segala-galanya? Jika begitu mengapa perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu? Mengapa perlu berusaha untuk memiliki sesuatu seperti harta, ilmu dan sebagainya??!!! Tidak bolehkah sekadar berserah kepada takdir jika takdir yang memiliki segala-galanya? Terhambur persoalan demi persoalan dalam hati Mat Yong. Solatnya pada malam itu berimamkan Shahar menjadi tidak khusyuk dan diapun tidak tahu apa yang dibaca sepanjang solatnya tadi. Sedar-sedar Shahar sudahpun memberi salam.

       Selesai memberi salam, shahar pun berpaling menghadap mat yong dan menemukan lututnya dengan lutut Mat Yong. Direnungnya Mata Mat Yong dengan renungan yang tajam. “apa pula la orang tua ni nak” Detik hati Mat Yong sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Tahukan kamu apa yang menjadi hakmu? Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul keluar dari mulut Shahar.  “Hakmu adalah mendapat rezeki yang ditentukan oleh Allah… Maka apa pula hak Allah?” sambung Shahar lagi walaupun soalan pertamanya belumpun sempat dijawab Mat Yong. “hak Allah adalah mendapatkan taat dari hambaNya.. Kau berusaha dengan taat maka Allah akan menilainya dan memberi dengan kehendakNya bukan dengan kehendakmu. Kau terlalu mengidamkan bunga emas tersebut sehingga kau merayu-rayu dan meminta-minta pada penjual sedangkan sepatutnya kau meminta pada pengukirnya,maka jika itu hakmu akan pengukir itu beri padamu.. Kau telah meminta dengan cara dan jalan yang salah, kerana itu hatimu sentiasa gundah  gelisah.  Apakah yang melupakan kau pada janjimu untuk mencari ibumu dulu?”  Adakah hati kau sudah tidak ingin kembali pada ibumu kerana godaan-godaan sepanjang perjalanan kau ini? Apakah kau sudah bosan dan terpaut pada kecantikan Bandar ini sehingga kau tidak ingin pergi ke Bandar yang lebih besar,mewah dan lebih cantik daripada ini serta bukannya palsu seperti ini?” nada suara Shahar sedikit berubah. Mat Yong hanya mampu diam seribu bahasa,usahkan menjawab,nak bertentang mata pun dia tidak berani.
            Tersentak dengan kata-kata Shahar, Mat Yong terus tertunduk malu. Malu semalu-malunya sehingga ingin meminta maaf pun terasa malu dan tak berdaya. Hatinya sebak memikirkan janji yang pernah dimeterainya dulu. Kesal memikirkan dirinya yang terpedaya dengan kecantikan dan kemewahan palsu yang tidak kekal lama. Perlahan air matanya terjurai membasahi pipinya. Lalu Mat Yong berkata “Bantulah aku melupai keinginan palsu ini, aku kesal…”
            “Mmm, Baiklah… kau mulakan dengan istighfar memohon keampunan kepada Allah atas segala dosamu yang telah lalu…kerana hatimu hanya boleh ditenangkan olehNya. Hari ini aku  akan mengajarkanmu suatu ilmu yang jika kau beramal dengannya,maka kau akan beroleh kekuatan yang benar,jiwa dan ragamu akan bersatu dengan alam sejagat. Kau bukan sahaja boleh memahami bahasa manusia,malah tumbuhan dan haiwan pun akan berinteraksi denganmu… Tapi ingat, ilmu ini jangan disulam dengan sebarang niat yang tidak suci. Inilah juga ilmu yang akan membuka jalan yang tersembunyi selama ini dari mata zahirmu, jalan yang akan membawa kau ke Bandar bersemayamnya ibumu yang kau cari-cari itu. Namun segala-galanya adalah bergantung pada ibumu jua. Namun aku percaya,ibumu lebih merindui saat pertemuanmu dengannya daripada kerinduanmu untuk bertemu dengannya. Ibumu tidak pernah menduakan kasih sayangnya kepadamu hanya semata padamu jua. Ilmunya bermula begini… kita mulakan pembelajaran kita dengan membaca Ummul Quran Al-fatihah… (siri terakhir pada sambungan akan datang..)

Thursday, November 11, 2010

Ibu.Kau Di sini Rupanya... (Siri 13)

     
      Bandar ini penuh dengan kuntuman-kuntuman bunga berwarna warni dan wangian-wangian yang harum semerbak. Setiap benda yang disangka hina dan busuk menjadi mulia dan harum di Bandar ini. Ketika sedang lalu di sebuah taman bunga, Mat Yong terpandang dan terpegun akan sekuntum bunga hiasan yang terdapat di tamanr tersebut. Keadaan bunga itu  mengusik jiwa kependekarannya, sangat indah dipandang mata, semerbak haruman menusuk ke rongga hidung serta lembut dan licin bila disentuh. Tidak pernah dalam hidupnya melihat keindahan seperti bunga tersebut yang sangat mengasyikkan jiwanya. Daunnya emas, batangnya diperbuat dari ukiran perak dan kuntum bunganya diukir dari emas merah bertatahkan berlian.
      Sehingga terdetiklah dalam hatinya untuk memiliki dan membajai bunga tersebut. Mat Yong pun bertanya kepada tuan bunga sama ada bolehkah dia memiliki dan menyimpannya. Rupa-rupanya bukanlah Mat Yong seorang sahaja yang tertarik dengan bunga tersebut malah telah ramai musafir dan pedagang yang mengidamkannya. Lalu si tuan mengingatkan bahawa bunga itu bukanlah untuk dijual malah  sudahpun ada pemiliknya dan  si tuan menyatakan bahawa si pemiliknya akan mengambilnya setelah sampai masa yang telah ditentukan.
      Lalu Mat Yong masih tidak berpuas hati dan tetap ingin memiliki bunga tersebut kerana pada pandangannya bunga itu adalah sangat istimewa dan amat menarik hatinya untuk dimilikinya walau dengan apa cara sekalipun. Lalu didorong oleh perasaan haloba, maka ditawarkan kepada tuan tersebut dengan bayaran yang mahal, dengan janji manis untuk menjaga  dengan baik dan menyiram bunga tersebut dengan penuh kasih sayang, memeliharanya seperti menatang minyak yang penuh dan akan memastikan bunga itu sentiasa segar harumannya seperti selalu malah mengindahkan pasunya dengan hiasan yang lebih istimewa. Namun tuan kedai tetap menjawab sedemikian iaitu bunga tersebut telahpun ditentukan pemiliknya.
     Lantas Mat Yong dengan penuh kekecewaan melangkah pergi dari tempat tersebut. Sepanjang masa di Bandar tersebut Mat Yong tetap tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan kecantikan bunga tersebut. Lalu Mat yong merintih keseorangan dan teringat akan ibunya lantas memikirkan sekiranya ada ibuku, pasti dia ada kesaktian bagi memastikan bunga idaman tersebut menjadi miliknya.
    Hampir setiap hari Mat Yong akan lalu di taman bunga tersebut dan memujanya dengan mantera-mantera dan rayuan-rayuan yang indah serta meluluhkan jiwa mendengarnya. Harapannya agar bunga tersebut akan menjadi miliknya sehinggakan beliau terlupa akan kata-kata tuan bunga tersebut bahawa bunga itu telahpun ada pemiliknya dan hanya menanti masa sahaja untuk diambil dan disimpan di dalam perhiasan pasu yang indah milik tuannya pada suatu hari nanti.
      Sehinggakan suatu hari Shahar bertemu dengan Mat Yong setelah berasa terlalu lama tidak mendengar berita Mat Yong dan memerhatikan Mat Yong bertingkahlaku dengan kelakuan yang agak pelik memuja sekuntum bunga di taman tersebut lalu bertanya; “ Apakah yang terjadi padamu? Kenapa langkahmu terhenti di sini wahai Mat Yong? Adakah kamu telah berjumpa dengan ibumu sehingga terlalu lama kamu singgah di Bandar ini?”
      Lalu dijawab “ Oh abang Shahar,lihatlah bunga ini, saya sangat terpikat dengan kilauan warna dan haruman bunga ini dan saya amat teringin untuk memilikinya,bolehkah abang membantu saya memilikinya?”
      “Sedarkah kamu bahawa telahpun tertulis di situ bahawa bunga itu sudah ada pemiliknya dan walau apa sekalipun yang kamu lakukan, bunga itu tetap akan diserahkan kepada pemiliknya” Balas Shahar dengan tenang. “Kamu kagum dengan kecantikan dan keindahan buatan bunga hiasan itu sehingga kamu singgah terlalu lama di Bandar ini, Sudah lupakah kamu akan tujuan asalmu dalam perjalanan ini? Bagaimana janjimu dulu untuk setia menyelusuri    laluan ini sehingga sampai pada ibumu? Jika kau inginkan bunga tersebut mengapa kau tidak berjumpa dengan perekanya agar boleh dibuatkan bunga yang cantik serupa itu juga atau lebih cantik dari itu?” Sambung Shahar sedikit keras. “Mungkin kau sudah lupa bahawa apa yang ada di Bandar ini semuanya palsu belaka dan kecantikan itu akan hilang dimamah usia, kilauannya akan pudar ditelan waktu serta mekarnya akan luluh dimakan masa. Sudahlah, kau teruskanlah pencarian ibumu sehingga kau bertemunya, marilah abang ajarkan kau suatu rahsia yang telah abang simpan sekian lama pada hari ini” sambung Shahar lagi.
Lalu mat Yong menunduk malu dan masih hatinya terdetik  menginginkan bunga hiasan tersebut walaupun tahu ianya palsu semata. Beliau kesal dengan dirinya yang terpikat dengan kecantikan Bandar tersebut walaupun pada mulanya dialah yang menghina penduduk di situ yang terpasung layu dengan keindahan Bandar Casanova itu. Lalu dengan nada perlahan ditanya “ Apakah rahsia tersebut wahai abang Shahar?”…… Bersambung......

Monday, November 8, 2010

Tengok Tu....



Tengok tu..
Entah kemana hilangnya malu..
Kecantikan anugerah ditonjolkan semahu..
Menarik jantina berlainan nafsu..
Seronok hingga maruah disapu..

Tengok tu..
Agama agaknya letak di siku..
Otak pun dah jadi beku..
Sebab Aurat duk  buka selalu..
Akibat jahil selalu tertipu..

Tengok tu..
Orang tegur dikata tak sebulu
Kalau dimarah kata peduli apa aku
Kubur kau bukan kubur aku
Mak ayah aku kata ikut suka mu


Tengok tu..
Mati bukan tunggu diberitahu
Esok ke lusa siapa pun tak tahu
Kat kubur lidah pun kelu
Kena sebat bertalu-talu..

Tengok tu..
Dah mati baru nak merayu
Mungkar nankir  tanya apa agamamu
Dulu suruh tutup kenapa tak mahu
Ambik kau peduli apa aku!!

IBNU HARON