Tersebut la kisah,sekumpulan manusia,
Sombong belaka,riak pun ada,
Kata tak kisah, tapi hati melara
Melihat orang lebih darinya.
Hidupnya penuh hasad dan dengki.
Pada manusia yang diberi sakti.
Culanya tinggi idaman hati.
Apakan daya orang tak bagi.
Konon tak kisah cula yang sakti.
Janji ilmunya melangit tinggi.
Mengata orang sesuka hati.
Riaknya besar tak sedar diri.
Cula itu satu amanah
Buat orang bersifat fathonah
Kau pula dengki menyumpah seranah
Konon kaulah penyelamat ummah
Kalau diikut resamnya padi..
Makin berisi makin menunduk…
Namun diikut resamnya keladi..
Makin berisi makin melalut…
Ada pula yang tak gila cula..
Konon tak sanggup, ilmu tak ada,
Malas belajar, sibuk la pula…
Buat alasan berganda-ganda
Buatlah apa membazir tenaga..
Mencari ilmu yang tak seberapa,
Kalau begitu baik berhenti sahaja,
Cari duit buat belanja..
Konon culanya rendah ilmunya ada
Orang tengok hebatnya dia
Tak sedar itulah riak yang celaka
Ilmu ada disembunyi pula..
Kisah Sodom, dua jejaka
Berzikir mereka, berdua saja
Tak peduli mereka amanah tuhannya
Akhirnya mati dalam celaka
Konon kau la penyelamat bangsa
Mengajar manusia jangan gila kuasa
Masyarakat punah kau buat apa??
Menolak amanah sebab tak gilakan cula
Pigidahh!
IBNU HARON
19 comments:
gua gila gila
gila gila remaja..
kesian kat depa muda-muda dah gilak
post ini sgt best..ramai muda-mudi sekarang asyik bg alasan bengkung xpenting,yg penting ilmu (aku le slh sorang..ngee)
nasib baik aku bukan salah seorang tuh! hahaha!
cari bengkung buatlah apa,
kalau Allah terkadang alpa,
bengkung tidak bisa beri apa-apa, Allah jua yang maha kuasa
wah... benar pantun si pendekar lama,
Allah Tuhan Yang Punya Kuasa,
Manusia hanya punya usaha,
Buat jawapan soalan di sana..
Mengejar bengkung haruslah sedia,
memikul amanah seberat dunia,
Kadang teralpa sibuk sentiasa,
Demi Agama jangan dihina..
Paling best jawapan Ijat :
"Aku ambik bengkung pasai nak ilmu yang lagi tinggi, dan tambah kawan"
ya jugak, kalau spm tak lulus, sapa nak bagi buat master? walau ilmu ada, tapi setakat mana yang ada ilmu master tanpa SPM?
Allah boleh bagi sesuatu bersebab atau tanpa sebab, yang bersebab tu senang sikit, sebab kita boleh jangka, dan usaha ikut hukum alam...Yang penting jangan putus mengingat, itu yang susah tu
ijat tu saudara shahrizad ke? haha!
wah..betulnya kata saudara fakir.. tak boleh nak komen dah.. ini satu hujah yang boleh diterima akal..
Orang gila x mengaku dia gila..
Anda gila ?
ye la macamana dia nak ngaku sebab dia pun tak tau dia gilak
maknanya orang yang mengaku gila adaah orang yang tak gila sebenarnya.. orang yang kata orang tu gila ada 2 kemungkinan.. 1,orang tu memang gila.. 2,orang tu tak gila tapi buat-buat gila.. hoh??!
ehem2
tumpang lalu... menarik!!
nak tumpang berapa hari ni wak? satu malam kira cincai 450.check out sebelum pukul 5.13 minit pagi esok! huhu
belilah majalah gila-gila..
tak payah,jumpa halim je.. haha!
hahaha aku dah lama tak dengar oba cakap macam org gilak..aiyak! jangan gilak gilak nanti terberlalak..tapi yang paling sadis bilak gilak talak..hahahah
saya pulak rasa dah lama OBA tak cakap mcm orang waras! hahaaha!
gila bayang.... oho....
Post a Comment