Monday, December 7, 2009

Ibu, kau di sini rupanya...... (siri 5)

Dzat! DZat! DZat! Tangkas sekali pergerakan pesilat-pesilat Belangkas bersilat. Hari ini seramai 3 pesilat baru telah diperkenalkan. Manji , Tahakontot, dan Lahkubing. Kelihatan sumbang sekali langkahan mereka kerana baru kali pertama belajar silat.

“Baiklah saudara seperguruanku, pada pagi ini telah diilhamkan padaku untuk menurunkan ilmu yang ada padaku dinamakan Layang Tubuh. Dengan adanya ilmu ini dengan keizinanNya, maka segala mara bahaya akan dapat kau elak, serangan hendap tiada terkesan, tubuh berjaga di dalam dengkurmu. Layang Tubuh bukanlah ilmu sesat, bukan menjadi kuat, jika benar jalannya akan mendapat makrifat. Ilmu ini tergantung kepada penumpuan dan bakat yang ada padamu. Bukan semua mampu menguasai ilmu ini, setinggi mana ilmu persilatanmu bukan penentuan kamu akan menguasainya. Hanyalah dengan izin Allah semata”

Mat Yong, Wak Izwil, Mat Rizan, Ahmad Shakar semuanya begitu khusyuk mendengar penerangan dari Shahar. Mat Dami dan Poka hanya tersenyum di tepi. Rupanya mereka telahpun menguasai ilmu layang tubuh tersebut. Landak Adan tiada di gelanggang kerana ada urusan lain yang lebih mustahak.

Seminggu sudah berlalu semenjak Shahar menurunkan ilmu Layang Tubuh. Namun Mat Yong masih juga belum menguasai ilmu tersebut. Mat Yong melempiaskan tubuhnya di lantai rumahnya sambil merenung memikirkan bagaimana untuk menguasai ilmu tersebut. Ketika fikirannya hampir terlayang dan melelapkan mata, tiba-tiba…. (hehe….macam biasa la)

5 comments:

Gelojak_Jiwa said...

ul-betul stuck nak buat sambungan cerita ni. Jadi cerita ini akan dihentikan buat sementara. Harap maklum.

fakir al banjari said...

dey macha, berapa banyak u punya sambung daaa? yang tu tak disambung lag, yang ni bersambung pulak. pening den dibueknyo

Oghang Ba Ado said...

tunggu air dan semua lendir-lendir kat kepala tu dibuang dulu.. baru online!

Gelojak_Jiwa said...

lendir di jiwa menyebabkan apiku tersekat-tersekat sehinnga hampir sahaja memadamkan api jiwaku. Lendir terhasil dari demam dan selsema jiwa akibat kehadiran virus mazmumah.

Oghang Ba Ado said...

buleh ubat.. buleh ubat..