Tuesday, December 22, 2009

Ibu, kau di sini rupanya.......... (siri 6)

Dirasakan jasadnya seolah-seolah terlepas dari kawalannya. Hilang kekuatan jasmani berganti kekuatan rohani. Kini hanya hatinyalah yang mengarah tubuhnya,bukan lagi jasadnya. Seperti Sang Raja di atas singgahsana. Apabila Sang Raja menyuruh diam, maka diamlah hamba, apabila Sang Raja menyuruh sujud,maka sujudlah hamba, apabila takhta Sang Raja menjadi sarang pengangkara, maka angkaralah rakyatnya.

Inilah kali pertama Mat Yong mengalami pengalaman batin yang tidak dapat di ungkap oleh lidahnya. Diceritakan pengalamannya kepada Shahar dan lain-lain dengan penuh keriangan umpama kanak-kanak mendapat mainan. Shahar hanya tersenyum melihat keletah Mat Yong,.Umpama bayi baru reti bertatih. Bayi sebelum reti bertatih hanya tahu merangkak keriangan. Semua perkara yang menarik perhatiannya dikejar sehingga dapat. Sama ada memberi manfaat atau celaka badan tidak dipedulikannya.

Apabila reti bertatih berlari, ke sana ke mari menunjukkan mainannya, kadangkala tersembam ke bumi kerana kaki masih belum kuat untuk menongkat tubuh. Perjalanan menjadi sempurna jika tubuh sudah bersedia, apabila syariat tubuh dijaga dengan sebaiknya, bukan dizalimi diri dengan merasakan sudah tidak perlu pada tangan dewasa untuk memapah padahal umur baru setahun jagung. Itulah yang dirasakan Shahar apabila melihat saudaranya itu. Kini Mat Yong sudah mula bertatih, Namun masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya, fikirnya.

“Tahniah Mat Yong kerana berjaya menguasai ilmu Layang Tubuh ini. Ingat, gunakanlah kearah kebaikan dengan meminta bantuan dari Yang Empunya segala ilmu pengetahuan. Bagaimana denganmu pula?” soal Shahar kepada Wak Izwil.
“Tiada gerak yang diizinkan kepadaku, mungkin belum sampai masanya untukku, mungkin Dia merasakan aku belum layak untuk menguasainya” jawab Wak Izwil sedikit cemburu dengan saudara bongsunya.

“Benar kalimahmu saudaraku, namun janganlah kita berprasangka dengan Tuan Empunya jiwa kerana KehendakNya melebihi kehendak kita hambaNya, biarlah masa yang menentukan, mungkin ini bukan bahagianmu” balas Shahar penuh bermakna. Bagi Mat Yong, beliau memang kurang memahami maksud dan kata-kata kekandanya itu.

24 comments:

fakir al banjari said...

mat yong, mat yong. berminggu-minggu kau tak datang gelanggang, last-last gelanggang hari selasa jugak kau datang ye. nape tak datang hari isnin?

Gelojak_Jiwa said...

haha... ingat hari ni isnin, tak sodar dah solaso! seronoknya cuti!!

fakir al banjari said...

kalau kau cuti seronok ye, kalau bini cuti nape tak ketawa jugak?

Gelojak_Jiwa said...

Bini cuti tak ketawa tapi melonjak keriangan! sebab dia balik kampung mak dia! merdeka! huhu! (tak tahan kena leter)

ps. Baru 1 tahun setengah kawin woi!

fakir al banjari said...

maksudku cuti yang lagi satuuuuuuuuuuuuuuu

Gelojak_Jiwa said...

alamak!!!! itu memang den maroh! ni bini tengah cuti la ni!! tu yang aktif blogger nih!!

fakir al banjari said...

hua hua hua, mana u punya cbox sudah sembunyi?

Gelojak_Jiwa said...

ada..ada.. saje je tadi try design pamplet lain

Oghang Ba Ado said...

sama aje jang? susunan dia lain ke?

Gelojak_Jiwa said...

aku tukor balik. Tak best! yang pink jugak best!

fakir al banjari said...

adakah Wak Izwil telah menguasai ilmu layang tubuh itu?

Gelojak_Jiwa said...

entah le.. saya sebagai penulis pun tak pasti.. nanti kitatanya sendiri karekter tu ye..

Oghang Ba Ado said...

wak izwil dapat ilmu/fahaman songsang.. dapat ilmu melayang-layang.. gila isim.. tetapi betulkah dia gila isim? atau... heh heh heh...

Mat Yong: Wak! kenapa ko kencing merata-rata depan orang? ko tak tau malu ke?

Wak Izwil: mana ada orang kat sini? yang ada cuma binatang yang tahu makan, berak dan mengawan sahaja.. (wak izwil terus memancutkan kencingnya di hadapan orang yang lalu-lalang... heh heh heh...)

Gelojak_Jiwa said...

hahaha! hancing sungguh!!

fakir al banjari said...

adakah ini bermaksud Wak Izwil berangapan Mat Yong pun tahu makan, berak dan mengawan sahaja?

Oghang Ba Ado said...

tidak.. kemampuan mat yong berbicara dengan wak izwil menunjukkan mat yong sudah mampu menguasai ilmunya dengan baik berbanding wak izwil yang dalam keadaan hal mabuk melayang-layang..

Gelojak_Jiwa said...

kenapa namaku pula yang di giling giling nih? ini seolah2 satu konspirasi nih! Ini berlawanan dengan perlembagaan Gelojak! HAHA!

Gelojak_Jiwa said...

nampaknya saudara fakir sedang cuba mewujudkan konspirasi untuk membuat hamba berdebat dengan OBA dan Beliau? Atas alasan apakah soalan seumpama itu diutarakan? Adakah ini bermakna saudara fakir juga dianggap OBA hanya tahu makan, berak dan membiak? Huhu...

fakir al banjari said...

sorry, I dah tau perangkap U, I lalu je, tak kena la. ye ye tak kena, ye ye tak kena

Gelojak_Jiwa said...

aiseh,tak kena la pulak! huhu!

Oghang Ba Ado said...

heh heh heh.. sulah gahalu, cindana pula..

Sula tau, cindai cina pula..

haiya! mati pun naik keleta!

Gelojak_Jiwa said...

susah bercakap dengan korang ni. Bercakap dengan tunggul lagi baik dari melayan korang nih! huh! kui..kui..

Oghang Ba Ado said...

he he he.. baru sado ko rupanye?

eheh!

Gelojak_Jiwa said...

itulah, baru tersado nih!huhu..