Sunday, December 6, 2009

Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade.....

3 orang Sanin tersebut adalah merupakan 3 ninja terhebat di Kampung Daun dalam negara Pawaka. Kehebatan mereka bertiga adalah menjadi legenda dalam kampung tersebut.

Mereka bertiga merupakan pelajar kepada ninja terhebat Konoha sepanjang zaman, Hokage ke-4 kampung Daun ( Minato Namikaze) yang digelar Konoha No Kiroi senko, yang mati kerana mengorbankan diri ketika cuba menyekat Iblis terkuat dalam sejarah iaitu Musang Sembilan Ekor yang telah memporak-perandakan seluruh dunia. Anaknya sendiri bersama Uzumuki Kushina iaitu Uzumaki Naruto dijadikan korban untuk mencapai matlamatnya membawa keamanan kepada dunia.

Yang menariknya bagi saya ialah, Jiraiya telah berkecimpung di dalam bidang penulisan ( buku lucah??!), sambil menjalankan misi pengintipan di seluruh dunia.

Manakala Orochimaru menjadi seorang pemberontak yang gilakan hikmat kekal abadi, dan hobinya adalah menimbulkan kucar-kacir di seluruh dunia sehingga dikelaskan penjenayah kelas S, malah menjadikan kampungnya sebagai sasaran percubaan hikmatnya dan kerana dendam kesumat terhadap hokage ke-3 ( Hiruzen Sarutobi) sehingga sanggup membunuh gurunya itu selepas kematian hokage ke-4.

Tsunade pula terlalu asyik dengan judi walaupun beliau sentiasa bernasib malang malah tidak pernah menang pun, jika menang sekalipun, maka beliau tahu bahawasanya beliau akan dirundung malang. Anehnya..

Apa yang aneh? Yang aneh bagi saya ialah, bagaimana 3 Sanin, legenda terkuat di kampung daun, tetapi tiada seorangpun yang berminat menjadi HOKAGE.

Malah Tsunade terpaksa menerimanya kerana tertarik dengan Naruto, seorang pelajar hingusan yang berjaya merubah hatinya dan selepas kematian HOKAGE ke 3. Itulah perempuan.

Jiraiya? Langsung menolak! Beliau lebih suka menulis buku. Orochimaru? Beliau hanya suka dengan hikmat dan berdendam kerana dihalau keluar dari kampung kerana membunuh penduduk kampung daun untuk mendapatkan ilmu kekal abadi.

Maka saya ingin menjawab seperti yang menjadi soalan sahabat saya OBA di blog Tapak Yoi iaitu selain Jiraiya, saudara Mautauka juga berminat dengan penulisan.

Saudaraku OBA...

Dari kisah 3 Sanin tadi dapatlah saya simpulkan:

1. Memang apabila seorang ninja mencapai peringkat Sanin, maka minatnya berubah samada menjadi penulis (blog,e-book,cerpen,nukilan,hikayat dsb) , gila hikmat(mautauka,Oba,Fakir dsb) atau buat kerja-kerja tak berfaedah (main judi, taip blog pukul 3 pagi, main game tengah malam, buat e-book sampai sebulan, mandi bunga, dsb).

2. apabila sampai kepada peringkat Sanin juga, menjadi ketua bukanlah matlamat, tetapi matlamat adalah samada melindungi sesuatu secara bawah tanah dan berkongsi idea lucah??! (Jiraiya), menimbulkan huru-hara(orochimaru), atau langsung lari dari realiti(Tsunade). Menjadi ketua hanya jika terpaksa sahaja.

Kesimpulannya, adakah anda telahpun mencapai peringkat Sanin atau berada pada tahap shunin,chunin ataupun junin (tugas menjalankan misi kelas C,B,A atau S) maka lu fikirlah sendiri.

Aku pun tak tau nak buat kesimpuulan ape.. deyy.. ape yang aku merapik ni daa......

3 comments:

fakir al banjari said...

Mustahil. ada sorang lagi tapi kau tak sebut. dia buat perangai gila-gila supaya orang tak tau ilmu dan pemikiran dia. dia adalah SHIN CHAN

Oghang Ba Ado said...

ho hooooooooo.. tarian labuuu

Gelojak_Jiwa said...

ya.. ya.. abang fakir betul. Sebab tu saya cakap lu fikir la sendiri. Gila-gila adalah salah satu sifat Sanin. Itu adalah contoh yang kuberi sahaja.

Persoalan ini bukannya siapa Sanin atau tidak, tetapi mengenai sifat Sanin itu sendiri.

Kena ingat, guru kepada Rock Lee iaitu Maito Gai berpangkat Junin(ninja elit) adalah merupakan seorang yang Auww (harimau lembut??) dan berperangai gila-gila juga.

Jadi bukan samada dia junin, shunin(genin) chunin,sanin, anbu atau hokage yang menjadi persoalan, tetapi bagaimana mereka menjalankan tugas mereka selaku ninja-ninja yang semuanya bertanggungjawab terhadap kampung mereka.

Saya hanya menjawab persoalan yang telah ditimbulkan oleh OBA sahaja. walaupun Oba telah mengetahui jawapan sebenarnya, tetapi menjadi tanggungjawabku untuk menjelaskan kepada umum sekadar pengetahuanku sahaja berdasarkan komik NARUTO.

Wallahualam