Wednesday, December 2, 2009

Silat Seni Gayong Malaysia.....

Assalamualaikum...

27.5.2002
Orientasi bermula selama seminggu. Masihku ingat, seorang MPP berucap, enak sungguh halwa telingaku mendengar ucapannya,penuh hikmah dan keyakinan. Tapi...susah nak nampak mukanya,kecik je orangnya.. kemudian ucapan YDP MPP,penuh jambang di wajahnya,garang sekali nampaknya. Tapi... ucapannya memang tak best. Terketar-ketar..macam baca teks. Aku bagitau pada orang sebelahku, yang kecik tu tadi mesti bekas guru, YDP tu mesti tiada pengalaman mengajar. Tepat sekali tekaanku..

22.6.2002..

6 sahabat berjanji untuk turun latihan Silat di depan bangunan MPP. 5 orang telah turun pada hari tersebut,namun aku tidak turun kerana sayangkan tidurku. Sebelum itu, YDP MPP @ Mat Dom mengajak turun bergelanggang setelah berbual pada malam sebelumnya.

2 minggu kemudian...

Aku masih terus tidur.. Jam menunjukkan pukul 9 pagi, 5 sahabat yang lain semua dah turun bersilat sejak 8.00 pagi, akhirnya aku memilih untuk sambung kembali tidur dan berasa sangat menyesal dan malu lalu timbul di hatiku, "nampaknya sekali lagi sejarahku berulang, silat bukan takdirku". Tiba-tiba..... 'uda'..'uda'.. berkali-kali namaku dipanggil. aku kenal suara itu adalah Mat Dom, aku terus bingkas bangun, melihat ke tingkat 1, dan Mat Dom mengajak aku pergi bersamanya.

Kali pertama turun bergelanggang di depan MPP. Aku di perkenalkan dengan cikgu Azman, susuk tubuhnya lebih krang sama dengan guru lamaku, cikgu Razali yang mengajarku Pusaka Gayong. Aku tengok mereka semua belajar golongan 10. Mat Dom yang ajar, lalu aku terus boleh buat sebab aku dah pernah belajar sebelum ni.. aku kenal Halim,bengkung putih,mesra orangnya.

seminggu kemudian...

Aku makin pening. inilah kelemahan utama aku. aku susah sangat nak paham buah yang dipelajari. Apa yang patut aku buat, kenapa susah sangat nak hafal setiap gerakan?! Tengok Yasir mudah je hafal. Orang lain pun mudah je.
Hanif,Ibrahim, saifullah, saiful anuar semuanya yakin jer.

Setiap kali abang shah tunjukkan buah, aku slalu melihat dengan teliti, tapi masih tak dapat buat dengan baik. Rasa macam dah fedup,nak mengalah dah. Aku ingat abang shah cakap setiap kali dia tunjukkan buah, "ha, tengok! tengok baik-baik". itu je yang dia cakap,kejam betul! Mana la aku nak paham..

Abang shah a.k.a abang KK ni aku perasan dia suka cakap melalut. kadang-kadang tak tahan nak gelak setiap kali dia buat lawak. Tapi aku perasan satu, kata-kata dia ni ramai orang tak paham termasuk aku. Tapi yang pelik, abang mat Dom, abang Po'ok, abang azlan nampaknya macam paham je ape yang dia cakap. Aku rasa sebenarnya percakapan dia ni berisi dalam mengarut! Aku ingat perbualan Mat Dom dengan dia, mat Dom tanya "ha,macammana AKU hari ni?" "Aku ok" Gilo apo diaorang ni, lepas tu gelak-gelak! penin! penin! Ckg Azman pernah cakap, "shah ni kamu kena dengar baik-baik kata dia, kerana dalam lawak dia tu sebenarnya penuh dengan makna". tapi aku tengok ckg Azman pun kadang-kadang tak paham apa dia cakap.

Waktu rehat aku mengambil peluang sepenuhnya untuk berehat di tepi longkang di depan bangunan MPP. Dah hampir sebulan aku bersilat. Masih susah untuk faham nak buat buah silat. Nasib baik ada Yasir, dia cepat hafal buah, aku sebilik dengan dia, jadi tiap-tiap hari aku tanya dan minta dia hafal buah-buah yang diajar. kami turun setiap petang berdua je di depan bangunan MPP. Malu semua buang tepi, abang shah tengok kitaorang turun petang, dia pun turun gak. Aku tercabar bila ckg Azman kata dulu abg Shah n lain-lain turun berlatih petang-petang. takkan aku tak boleh buat?

Tiap-tiap petang abang shah ajar kami buah silat. KOmbat. pening...pening... satu pagi, minum air,waktu rehat, penat berlatih silat aku duduk di tepi, aku tengok abang shah tunjuk buah silat pada orang lain. Aku sebenarnya rasa hampir putus asa je.. Tiba-tiba.... aku terlihat sesuatu yang belum pernah ku lihat. selama ini aku pandang ke atas. membangga dengan diri, berlagak, rasa di atas lebih baik. aku terlalai untuk memandang ke bawah. bila aku dah terduduk barulah ku tahu di mana silapku selama ini.

"TAPAK" ya, itulah sebenarnya yang ku cari selama ini. aku tidak memahami tapak, jadi bagaimana aku nak bersilat. Selama ini aku hanya menghafal, sebenarnya aku perlu memahami, mengerti barulah aku boleh mengenal. sejak itu, bersilat bukan lagi masalahku, buah kombat, kuncian? semuanya mudah. Yang masih menjadi sukar adalah kelembapan otakku untuk mengingat satu persatu.

Taman Nirwana. Hujung semester 1 2002.

Aku dan 6 rakanku, Yasir, Hanif, Saifullah, Saiful Anuar, dan Ibrahim mengambil ujian di taman Nirwana. Bersemangat sungguh aku rasa sebab aku buat tanpa kesilapan. Seronok rasanya, semua kami lulus, tetapi...

10 comments:

Anonymous said...

tiba2... kena hempuk dgn abg shah....
"wei, turun sblum ceq hambat ang ngn kayu ni"
cepat.....

wakakaka

Oghang Ba Ado said...

Ya.. tuan-tuan sudah jumpa dengan Mullah Omar! taliban! taliban! talibesen..

fakir al banjari said...

macam pernah ku dengan cerita ini. tapi .... di mana ya?

Gelojak_Jiwa said...

mungkin abang fakir pernah berada di sana ketika tu kot

Oghang Ba Ado said...

huish! dia bukan sahaja ada! malah, dialah _ _ _ yang _ _ _ _ _ _ _ itu!

Gelojak_Jiwa said...

huhuhu!. nampaknya begitu.. dia memang..... begitu....

fakir al banjari said...

hebat pengalaman tuan rumah. kena belajar lagi la nampaknya aku ni....

Gelojak_Jiwa said...

kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. ajarlah saya..

Bentoro Jet lili said...

Memang betul, kadangkala susah saya nak faham apa yang Shah cakapkan sebab pada saya dia mempunyai kebolehan kelebihan yang tersendiri. Begitulah lumrahnya, setiap dari kita mempunyai kelainan tersendiri, maka itulah kita ini berbeza antara satu sama lain walaupun ada terdapat enam lagi kembaran yang serupa dengan kita di tempat lain, namun kita tetap berbeza walaupun pun serupa.

Gelojak_Jiwa said...

eh, baru perasan ada cikgu azman rupanya. Selamat berkunjung ke laman pemikiran saya cikgu. terima kassih atas tunjuk ajar cikgu.

Betul cakap cikgu tu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.