Thursday, January 14, 2010

Kisah Wali Allah (Bahagian 2)

Kisah ini terjadi pada tahun 2006. Ketika itu aku adalah seorang guru sandaran tak terlatih (GSTT) di sebuah sekolah di Perak. Tempoh tersebut adalah merupakan tempoh yang penuh ujian untukku semenjak awal tahun 2005.

Pada satu ketika aku berada dalam kepayahan, kekeliruan yang menyenakkan fikiran, berusaha mencari sebuah jawapan kepada teka-teki yang sarat dengan hikmah di depan mata. Aku berusaha mendekatkan diri dengan Allah, mengamalkan zikir yang telah ditalkinkan oleh guruku, sambil hati diikat dengan cinta awekku(kini isteri.hehe), tugas sebagai guru yang memberatkan jiwaku. Entah bila masanya aku beribadah dengan khusyuk. Bagai-bagai perkara nak kena fikir. Sekolah, awek, pelajar dan sebagainya.

Jadi bagaimana nak jadi seorang yang hatinya dekat dengan Allah jika asyik tersekat dengan perkara duniawi ni. Ini mustahil !!!. Aku meminta pandangan abang Azlan dan abang Shah selaku guruku dalam pencarian hakiki. Solat dilewat-lewatkan, malah ada masanya ditinggalkan. Sukarnya bersendiri dalam mendepani ujianMu Ya Allah. Kasihanilah HambaMu ini.

Lalu satu hari aku mendapat jawapan hasil penerangan Abang Azlan dan dengan kefahaman yang telah diberikan olehNya. Namun hatiku dan jasadku tetap berat dalam menjalani kehidupan di tengah ramai,penuh dengan kepelbagaian manusia, memuaskan hati setiap orang di sekeliling kita. Hebatnya Iman Rasulullah dan para sahabat serta pejuang-pejuang islam yang menegakkan Islam di muka bumi, bagaimana mereka boleh mendepani segala masalah umat, padahal hati mereka sentiasa dekat dan menjadi kekasih Allah.

3 malam berturut-turut aku berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah agar menemukan aku dengan seorang waliNya, yang merupakan seorang guru sepertiku, tetapi hatinya sentiasa dekat denganNya. Tujuanku ingin tahu,adakah benar wujud walinya yang bekerja di tengah ramai.

Ditakdirkan Allah, hari keempat,aku berbual dengan seorang guru dan akhirnya terbuka apa yang tertutup selama ini mengenainya. Aku benar-benar terkejut, seorang guru yang selama ini ada di hadapanku, orangnya biasa sahaja, hisap rokok, buat lawak, dan sebagainya, namun pengalaman batinnya tersangatlah tinggi dari pengetahuanku. Aku tak faham ketika itu semua penerangannya,namun setelah aku membaca buku Sirrul Asrar karangan Syeikh Qadir Al Jailani,aku mula memahami sedikit demi sedikit. Adakah dia seorang wali Allah? Entahlah....

P/s memang ramai Wali Allah yang ada di kalangan manusia,namun kita memang tak diberitahu. Jadi hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu kepada seseorang terutamanya ulamak kerana mungkin mereka salah seorangnya adalah wali Allah.


Penafian : Saya berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud
".....Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: 'saya kira si anu(hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang ini begini atau begitu' kalau ia mengetahui tentang orang tadi - Riwayat Al-Bukhari

9 comments:

fakir al banjari said...

aku dah jumpa puluh-puluh ribu wali
kerana perjalananku ini
kadagkala aku jumpa sendiri
kadangkala aku bawa teman bersama

ada yang alim
ada yang nampak biasa
ada yang kaya raya
ada yang papa kedana
ada yang jadi bos
ada yang jadi kuli
ada ahli politik
ada tukang sapu tepi jalan
ada duk umah makan minum bini bagi
ada yang duk penjara makan minum kita tanggung
ada pagi di KL petang di Arab Saudi
ada sarapan di Johor Baharu, makan malam di Kota Bharu

wali
wali
wali

bila perlu maka tok kadi pun panggil

"mana wali pengantin perempuan?"

"Saya"

kata bapanya, bekas banduan yang baru tiba dengan bas dari Johor baharu....

heh heh heh

Gelojak_Jiwa said...

haha! ni yang aku tak tahan ni!

Jiman said...

adehh...kaedah yg tepat...
teman bace smpai abeh...
ehehehe(gelak sorang2)

juragan kota said...

wali....
wali....
wali....
walimatulurus....hehehehe

fakir al banjari said...

korang kawin la cepat. bagi dapat anak perempuan maam aku.

boleh la jadi wali

Oghang Ba Ado said...

wali makan timun

Gelojak_Jiwa said...

Timun??!

Anonymous said...

kenapa tak bleh komen ni

Anonymous said...

antara sifat-sifat seorng yang digelar wali ialah mereka yg tetap mengerjakan amal soleh ,meninggalkan yg makruh dan harus apatah lagi lagi yang haram.