Wednesday, November 25, 2009

Aura Dalaman...... Bleach! Go Ichigo! Gambate neh!


Siapa yang penah baca komik Jepun Bleach? Kisah mengenai seorang remaja Jepun di Bandar kakakura yang nakal dan boleh nampak hantu atau dipanggil 'hollow' di dalam komik tersebut. Bagaimana beliau boleh melihat hollow secara semulajadi sedangkan orang lain tidak boleh kecuali beberapa orang sahaja seperti Ishida Uryuu? Anda boleh terus membaca kisah menarik ini di laman "onemanga".


Jadi kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai aura. Pernah disebut oleh abg Fakir di dalam blognya alam sukma mengenai mengesan serangan dari musuh, lawan atau kawan.

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan tenaga atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Copyright CVT

_________________
http://paranorms.openu2.com


18 comments:

Gelojak_Jiwa said...

Pernah dulu tahun 2004, abg shah mengaajar saya ilmu gerak badan sendiri. Bermula dengan bacaan Al-Fatihah, maka bermulalah latihan saya selama seminggu.

Disebabkan saya tidak pernah terlibat dengan apa-apa ilmu kebatinan malah kurang berminat, jadi masa yang diambil sedikit lama berbanding abg Lan yang hanya mengambil masa kurang 5 minit.

Apabila tubuh dirasakan bergerak sendiri sebenarnya adalah hasil daripada pengeluaran aura tanpa henti mengalir menjadikan kadangkala sukar untuk mengawal pergerakan tubuh. Tubuh bergerak sendiri namun boleh dihentikan bila-bila masa mengikut keinginan hati. Bukan Jin atau seruan, aura dirasakan sangat meluas sehingga jika kita menutup mata sambil berjalan boleh dirasakan aura tumbuh2, manusia, malah motosikal. Banyak lagi pengalaman yang tidak dapat diceritakan.

Jika berminat untuk mengetahui lebih dalam mengenai ilmu gerak tubuh maka hubungi Mohamed Shah Rizad b. Ismail di talian 0124161050 untuk maklumat lanjut. Pertanyaan percuma. Tidak rugi anda pelajarinya, percayalah pada kehebatan diri anda! Anda pasti boleh!

fakir al banjari said...

wah macam best je.... saudara shah layan ke?

siapa abang lan tu?

Gelojak_Jiwa said...

dia layan ke idak tak tau le pulak I. Abg Lan tu mengikut karekter yang diceritakan olek OBA adalah seorang yang bermulut lancang dengan muka tak bersalah/berdarah. KIJAM sungguh! rase seperti iginkuku ketis-ketis tulang rusuknya! Bior berterabur! haha!

Anonymous said...

waaahhh.... menarik perhatian sy...
caner ngn aura sy??
mcm mn nk imbangi aura kita selain daripada solat 5 waktu..maksud sy ade x senaman yg membolehkan kita menggerakkan aura kita serta mengawalnya.. mohon di ajar pd sy...
huhu wakaka

Gelojak_Jiwa said...

kepada reyok, semua orang mempunyai aura tersebut. hanya tunggu masa untuk diaktifkan sahaja. camne cara reyok kena hubungu saudara shahrizad. beliau yang ajarkan pada saya.

tentang senaman atau gerakan untuk ibangi aura tidaklah pernah pula saya belajar, mungkin ada caranya tetapi idak ku tau.

Aura yang di ajar kepadaku bukanlah nampak dengan mata kasar, tetapi melalui rasa. dengan gerak akan hadirnya rasa, dari rasa itulah akan adanya rahsia. rahsia tersimpan sirr, dari situ akan lahirnya makrifat. chheewah! wallahualam

Gelojak_Jiwa said...

oh ye, baru saya ingat, ada 1 cara untuk imbangi aura seperti yang saya tau. MANDI BUNGA.
Mandi bunga dikatakan mampu mengimbangi aura di tubuh kita. Ini kerana warna sebenarnya terhasil dari getaran gelombang menurut hukum fizik.
Setiap warna mempunyai getaran atau panjang gelombang yang berbeza. Mandi bunga dikatakan membuang sial, sebenarnya mandi bunga mampu memulihkan getaran gelombang tubuh kepada normal.
Maha Suci Allah yang menjadikan cahaya dengan pelbagai lapisan, sehingga mata kita disilaukan untuk melihat keAgunganNya.
Menurut kata abang fakir, kerapkali orang yang baru mandi bunga akan ada orang yang terpikat dengan kita. Bukan keran jin atau setan tetapi kerana gelombang tubuh yang normal akan menghasilkan aura atau aroma yang tidak disedari akan menarik perhatian orang lain. Wallahualam

fakir al banjari said...

siapa nak mandi bunga boleh hubungi saya melalui blog saya http://alamsukma.blogspot.com. ada cara nak kawal aura.... nak tau ka?

tapi susah nak buat. saya sendiri selalu tak boleh kawal aura sendiri. dalam tahun ni sahaja dah 4 kali tukar jam tangan, rosak sebab aura tangan yang tak terkawal

Anonymous said...

sm la... jam sy slalu cepat rosak...
sebab beli jam 10ringgit... 2 yg slalu rosak tu...
wakaka

fakir al banjari said...

jamku yang rosak tu jenama orient dan alba. harga seratus lebih. sekarang pakai jam rm40 je padan muka tokey kedai jam

Gelojak_Jiwa said...

saya nak blajo la aura tuh! best je bunyinye! ada pengeras tak? bila bole saya mula blajo nih? nak ilmu tangan berapi gak atau cindai berapi ke..!

fakir al banjari said...

tamak! baju di ampaian tak habis dipakai, nak beli baju baru?

Oghang Ba Ado said...

molek la tu bang.. dia suka tukar-tukar baju, macam macam kaler.. daripada aku ni, tak pakai baju langsung, kencing merata... hah hah hah..

Gelojak_Jiwa said...

hehe, sikap tamak itu kan sebahagian sifat gelojakku! banyak baju banyak pilihan. namun terpulang pada si penjual. sekiranya sudi,jualkanlah hamba barang sehelai dua baju supaya kurang sejukknya.

fakir al banjari said...

nantikan maklumat lanjut di alamsukma.blogspot. hu hu hu, promosi lagi

Gelojak_Jiwa said...

uih,ni kena bayar ni promosi nih! hehe..

Oghang Ba Ado said...

diskaun 100%! copek jang copek!

fakir al banjari said...

hah ha ha. aku suka diskaun 100% ni

Gelojak_Jiwa said...

semua benda jadi best kalo barang free..