Monday, November 16, 2009

Ibu.. Kau di sini rupanya... (siri 2)

Lalu bergegaslah keenam-enam sahabat ini tadi cuba mengejar Mat Yong sebelum dia pergi terlalu jauh. Bagi mereka Mat yong adalah seperti adik mereka sendiri. Segala keperitan, susah dan senang semuanya ditanggung bersama semenjak mereka saling berkenalan. Walaupun mereka pada asalnya pada aliran perguruan yang berbeza, Shahar dengan Perguruan Sendi Sakanya, Landak Adan dengan Perguruan Harimau Mengaum, Wak Izwil dari perguruan Liat Selatan, Mat Yong juga dari Perguruan Sendi Temenggung, ada pula dari perguruan Sendi Siam, dan sebagainya namun hati mereka seolah-olah telah terikat semenjak berguru dengan Pak Azmi sekian lama. Falsafah dan ajaran Pak Azmi yang terkenal kependekarannya itu telah berjaya mendidik mereka ini dan anak-anak muridnya yang lain supaya sentiasa sepadu dan sejalan dalam menghadapi apa jua keadaan dan rintangan yang mendatang. Itulah yang menjadikan mereka ini semua agak rapat dan hubungannya terasa seperti saudara sendiri.

Terhenti langkahan Mat Yong apabila terdengar ada orang yang memanggilnya sayup-sayup. Lalu dipalingnya dan mendapati keenam-enam abang seperguruannya melangkah laju ke arahnya. Sedikit gusar namun darah kependekarannya yang mengalir dari keturunan ayahnya itu menggagahkan dirinya untuk berhadapan dengan kekanda seperguruannya itu. Dikesatnya peluh jantan yang bercucuran di dahinya dan segera menghentikan langkahnya.

“ Kenapa kau pergi tak bagitau kami? “ sergah Mat Rizan sambil mencekak pinggang. Tertunduk Mat Yong membisu seribu bahasa,takut bertentang wajah dengan Mat Rizan. Dikejapnya bibir sambil menunjukkan muka seolah-olah orang yang tidak bersalah.

“ Kenapa tiba-tiba kau nak pergi cari ibumu? Apa kau tak selesa tinggal di Kampung Tualang Tujuh ni? Di sini kau ada kami, sahabatmu, ada rumah tersergam indah memukau jiwa setiap yang melihatnya, malah ada tanah seluas saujana mata memandang. Lagipun sudah lama kau menetap disini, kenapa kau nak susahkan diri menempuh perjalanan jauh dan sukar untuk mencari ibumu yang entah di mana? Bagaimana dengan hartamu, ladangmu, emas dan permatamu?” sambung Mat Rizan lagi.

Ikut hati, mahunya di ‘silat’ Mat Yong seperti yang selalu dibuatnya sewaktu Mat Yong masih lagi remaja dahulu. Sunyi seketika suasana di situ, hanya kedengaran nafas mendengus sekali sekala serta suara cengkerik yang memecah suasana.

“ Aku rindu akan ibuku” perlahan suara Mat Yong memecah keheningan. “Kenapa baru sekarang?” sampuk Poka yang dari tadi mendiamkan diri. “Sebenarnya….. sudah lama aku mendengar pelbagai cerita mengenai ibuku yang telah lama menghilang dari orang-orang kampung. Tapi selama ni aku tak kisah pun. Semalam Wak Izwil bercerita mengenai ibuku dengan agak panjang lebar menyebabkan semalaman aku tak tidur memikirkan ibuku dan akhirnya akupun mengambil keputusan untuk mencarinya pada hari ini.” panjang penerangan dari Mat Yong. Harapannya dengan cerita tersebut akan memuaskan hati kekanda-kekandanya.

“ Abang tak salahkan Mat Yong keluar mencari ibu, tapi kenapa Mat Yong tidak memaklumkan kepada kami? Mat Yong rasa kami akan menghalang hasrat Mat Yong ke?” soal Poka. Kelihatan Mat Yong mengangguk lemah. “Hmmm……” dengus Mat Dami sambil memerhati Mat Yong... (bersambung)

11 comments:

fakir al banjari said...

Kawan-kawan Mat Yong tau ke ibu dia ada kat mana?

susah ke mat yong cari mak dia?

kalau mat yong ada ibu, sapa pulak pak dia?

Gelojak_Jiwa said...

tunggu la cerita abih dulu.. xsabo sungguh nampaknya pembaca budiman kita ni ye.. hehe.. tunggu!!

Oghang Ba Ado said...

drama swasta.. bangang punya tajuk rtm bubuh masa era 80-an, lepas tu tukar tajuk layar mutiara.. ha ha ha.. tapi drama dulu background/gambar dia cantik.. pakai filem wayang masa shoot... ohoo nostalgia 80an..

Gelojak_Jiwa said...

aku kecik lagi masa tu.. so, aku hanya tau awal 90 an je

Gelojak_Jiwa said...

apa pendapat abg fakir? adakah kawan Mat Yong si Landak Adan tu benar-benar kenal dengan ibu Mat Yong? Benarkah Landak Adan pernah berjumpa dengan ibi Mat Yong??.
Atau sekadar mendengar kisah dari orang-orang di surau usangnya?? hehe...

fakir al banjari said...

Bak kata G_J, tunggu sampai habih dulu. lagi 2 kali isnin lagi tau la kut

Gelojak_Jiwa said...

bagaimanapun komen dari tuan fakir sangat diperlukan. kerana jika tuan fakir tahu mengenai karekter Landak adan mungkin boleh dikongsi serba sedikit dalam membantu perkembangan watak. setiap komen atau cadangan akan diambil secara serius..

Oghang Ba Ado said...

landak adan mulut lancang.. buat lawak muka tak berdarah.. kah kah kah

Gelojak_Jiwa said...

huh, aku amik serius dengan komen ni. akan kujadikan modal untuk perkembangan watak dalam penceritaan nih!

fakir al banjari said...

Wak Izwil lagi lancang. mulut lancang, tangan lancang, kaki lancang, lancang kuning

Gelojak_Jiwa said...

Lalalala.... Next komen! Landak Adan bermulut Lancang tidak beremosi, Wak Izwil memang dalam watak ni macam lancang kuning.