Monday, November 9, 2009

Ibu.. Kau di sini rupanya...

"Ke mana kau nak pergi tu Mat Yong?" kedengaran Wak Izwil melaung bertanya rakan baiknya, Mat yong. "Nak pergi cari ibu" balasnya ringkas. Terkejut Wak Izwil dengan jawapan rakan baiknya itu kerana setahunya selama 10 tahun berkenalan, tidak pernah sekalipun si Mat Yong bercakap mengenai ibunya. Memang Wak Izwil pernah dengar akan kisah ibu Mat Yong satu ketika dulu, namun sudah agak lama. Itupun didengarnya dari pak lebai dan orang-orang tua yang selalu bersembahyang di surau usang di hujung kampung berhampiran rumah Ahmad Kerbau.

Sesekali pernah juga didengarnya kisah ibu Mat Yong dari Pak Azmi, guru silat Belangkas di kampungnya yang terkenal dengan kehebatan ilmu persilatannya. Pernah sekali ditanya akan guru silatnya itu semasa latihan, ke mana menghilangnya ibu Mat Yong, merajuk sekian lama,langsung tak pernah pulang menjenguk anaknya. "Kau cari la sendiri" jawab gurunya selamba. Sejak itu tidak pernah lagi ditanya Wak Izwil kepada guru silatnya itu akan perkara tersebut.

Lalu Wak Izwil pun berlari secepat mungkin untuk menyampaikan khabar tersebut kepada beberapa lagi rakan seperguruan mereka yang lebih tua, Poka, Mat Dami, Mat Rizan, Landak Adan dan Shahar mengenai Mat Yong yang keluar merantau sendirian mencari ibunya.

"Kenapa dia pergi tak beritahu kita, apa dia fikir dia sudah dewasa, sudah dalam ilmu di dada?!" bentak Mat Rizan dengan memek muka menampakkan geram akan perlakuan adik bongsu seperguruan mereka yang terburu-buru pergi tanpa memaklumkan kepada mereka, abang seperguruan Silat Belangkas '

"Biarlah, dia sudah dewasa, biarlah dia buat keputusannya sendiri dalam hidup..." balas Poka yang lebih tenang. Memang semua maklum akan perangai Mat Rizan yang panas baran namun kerap membuat rakan seperguruannya ketawa kerana sikapnya yang kelakar dan suka bercakap.

"Aku tak peduli pun, lantak dia la nak pergi manapun.." sampuk Mat Dami sambil melurut janggutnya yang tinggal sejemput. Kurang 3 bulan, genaplah sudah 6 tahun Mat Dami memencilkan diri dari dunia persilatan.

'"Jangan begitu, mari kita kejar Mat Yong dan jumpa dengan dia sendiri sebelum dia pergi jauh..'"balas Landak Adan yang terkenal dengan kepetahannya menyusun kata dan sesekali menjadi imam di surau kampung mereka walaupun berbadan agak kecil berbanding rakan seperguruannya yang lain.

'"Elok benar pada pandangan Landak Adan tersebut, Mat Yong masih mentah dan perlukan nasihat dari kita yang lebih tua.. " ujar Shahar yang berbadan tinggi dan tegap merasionalkan keadaan. Semua senyap dan setuju dengan pandangan Shahar yang merupakan guru Kaka Silat Belangkas dan juga Ketua Kampung Tualang 7.

Gembira Wak Izwil mendengar keputusan dari rakan seperguruannya untuk mengejar Mat Yong kerana Mat Yong adalah adik seperguruan mereka yang paling muda, dan paling rapat dengannnya serta suka bertindak terburu-buru. ( Bersambung...)



6 comments:

fakir al banjari said...

hoi, apa babit penumpang Atuk Enal pulak ni?

Gelojak_Jiwa said...

jangan saman saye pak! hehehe...

Gelojak_Jiwa said...

sebenarnya cerita tersebut tiada kaitan dengan yang sudah mati....

fakir al banjari said...

kami ni masih mati daaaa

Gelojak_Jiwa said...

masih tapi bukan sudah... jadi tetap xde kaitan

Oghang Ba Ado said...

ada.. ada..